Skip to main content

Lantikan Low, Bukti Kesungguhan PM Banteras Rasuah


                                    
Barisan kabinet telah diumumkan Rabu lalu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Namun, ianya masih tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Ramai yang mempersoalkan setiap pelantikan yang diberikan kepada mereka yang telah diberi mandat oleh PM dengan pelbagai alasan dan isu yang dikaitkan. Tidak terlepas dari palitan yang sama, Datuk Paul Low Seng Kuan yang telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri memegang portfolio rasuah. Mereka di luar sana mempertikaikan kredibiliti Paul untuk memegang tanggungjawab itu dalam konteks memperjuangkan rasuah. Sedangkan mengikut rational, perlantikan Paul menunjukkan kesungguhan kerajaan di bawah PM Najib memerangi rasuah di mana ianya dilihat dapat meningkatkan integriti dan tadbir urus yang baik. Masih belum ada negara di dalam dunia mengambil NGO terutama dari Transparency International (TI) sebagai Ahli kabinet. Penganalisis sosial dan politik Dr Chandra Muzaffar berkata, pelantikan itu diharap dapat menjayakan misi membentuk kerajaan yang bersih, telus, berintegriti dan bebas daripada amalan rasuah. "Ia menunjukkan langkah awal Perdana Menteri ke arah (menjayakan) objektif itu, namun ia perlu disertai dengan langkah-langkah lanjut selepas ini," katanya mengulas mengenai barisan Kabinet Persekutuan. Sentimen Dr Chandra itu turut dikongsi anggota panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Datuk Seri Azman Ujang yang berpendapat pelantikan Low menunjukkan kesungguhan Najib untuk menangani rasuah dalam pentadbiran kerajaan. "Low sendiri telah memperjuang tadbir urus yang baik, integriti dan ketelusan dalam kerajaan. Kini beliau menganggotai Kabinet dan boleh memastikan kerajaan mengotakan janjinya untuk memerangi gejala rasuah," katanya. Azman berkata, Low boleh membantu Kabinet memastikan keputusannya sentiasa terbuka dan bersih berkaitan pemberian projek. Berbekalkan pengalamannya yang luas dalam TI Malaysia, Low juga mampu membawa idea baharu berkaitan tadbir urus baik seperti dituntut pengundi pada Pilihan Raya Umum baru-baru ini, katanya. Sesetengah negara seperti Singapura dan Brunei langsung tidak mempunyai TI yang bergerak atas kapasiti NGO yang berpangkalan di sana sebagai sebuah badan bertaraf antara bangsa. Situasi ini dilihat kritikal dan radikal dalam pendekatan meningkatkan ketelusan dalam menjalankan urusan pentadbiran negara. Low yang dilantik sebagai menteri NKRA rasuah, menerima kecaman hebat dari kaum Cina khususnya dari parti ‘ultra kiasu’ DAP dan secara tidak langsung menunjukkan kebiadaban mereka yang tidak menghormati keputusan kepimpinan negara. Mereka sewajarnya menyokong usaha PM dalam membanteras rasuah dengan meletakkan seseorang yang dinilai potensinya. Rakyat perlu beri memberi ruang kepada Low untuk membuktikan kemampuannya dalam memegang tanggungjawab ini dan bukannya berterusan mengkritik dan merendahkan kemampuan seseorang itu. Sikap merendah-rendahkan seseorang ini dilihat semakin menular di kalangan masyarakat terutamanya dari kalangan pakatan pembangkang. Mereka kerap mencari salah dan kekurangan seseorang itu untuk membunuh keyakinan dan karier orang yang disasarkan. Namun, apa jua yang diucapkan, menteri-menteri yang telah dilantik haruslah melaksanakan mandat yang telah diberikan dengan sebaiknya. Ini semua hanyalah perang psikologi yang dimainkan pembangkang bagi menjatuhkan semangat dan menambahkan lagi keraguan rakyat kepada kerajaan. Sebagai sebuah gagasan yang kuat, sikap bersatu padu dan keyakinan yang tinggi diperlukan bagi memastikan setiap rancangan yang telah dirangka dapat berjalan dengan lancar. Selamat bertugas demi negara.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun