Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2019

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

LAPAN PERKARA MUDAH YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH PIHAK POLIS UNTUK MENGESAHKAN IDENTITI PELAKU VIDEO BERKAITAN AZMIN

Ketua Polis Negara mengatakan bahawa video seks luar tabii mengaitkan Azmin itu adalah tulen. Namun Ketua Polis Negara juga berkata mereka tidak dapat pastikan 100% bahawa pelaku dalam video tersebut adalah Azmin oleh itu identiti pelaku tidak dapat disahkan. Sebenarnya, dalam mana-mana teknologi identiti digital menggunakan muka, memang ianya tidak digunakan untuk mengesahkan identiti namun hanya untuk mengecam identiti untuk siasatan lanjut. Teknologi pengecaman muka ini sudah ada sejak tahun 1964 dan digunakan oleh kerajaan seluruh dunia untuk mengecam penjenayah dan pengganas dan kini oleh sektor komersial. Dan mana-mana perisian mengecam muka yang digunakan jarang sekali memberikan 100% ketepatan, sebab terdapat beribu titik perbandingan digunakan yang mana muka orang yang sama tidak 100% sama setiap hari. Contohnya semalam muka bersih, hari ini ada jerawat; semalam ada jambang, hari ini cukur bersih; semalam rambut panjang, hari potong pendek dan sebagainya. Perisian

UMNO Sebagai Rumah. DSN Dan Semua Saf Kepimpinan Seprtti Ayah

Kenapa td aku tanya, korg org mempertahankan UMNO atau mempertahankan pemimpin? Ni lah jwpnnya.... Ibaratkan UMNO sebagai rumah. DSN dan semua saf kepimpinan seprtti ayah, pak cik dan saudara mara kita. Bygkan, kalau rumah kita terbakar, kemana hala tuju kita? Sah2 kena menumpang ke rumah org lain kan smeentara nak bina rumah baru. Akan tetapi, jika ayah ataupun pakcik2 dan saudara mara kita meninggalkan kita, kita masih ada rumah utk berpayung.  Itulah sebabnya kenapa kita perlu mempertahankan rumah kita dr segala bentuk ancaman samada dr dlm mahupun luar. Itulah sebabnya, aku pantang bila kita 1 kem bergaduh sama sendr. Rasa mcm nak dipijak2 je. Contoh mudah, lihat sahaja bagaimana tentera Islam hebat berjuang demi Islam, payung ummah. Xda pulak aku dgr panglima hebat Islam, Khalid Al waled berperang demi nama Muhammad.  Begitu juga hebatnya 250 ribu tentera Islam mengepung Baitul Maqdis semasa pemerintahan Salehuddin Al Ayubbi. Xda pulak riwayat menyatakan,

Madey Madey ....

Saya telah menduga akan ada dikalangan pemimpin UMNO yang berfikiran 'positif' dan menganggap tawaran Madey adalah wajar demi perpaduan Melayu. Soalnya ialah kenapa sekarang ajakan itu dibuat oleh Madey?. Setelah UMNO dilunyai dan dihina. Setelah UMNO dikafirkan. Setelah UMNO dijijikkan. Ada dua sebab utama Madey mengajak UMNO bersatu dengan Munge Layer. Pertama kerana dia pasti ta'awun UMNO-PAS akan dapat menumpaskan PH dalam PRU15. Keduanya, Madey mahu menguatkan dirinya dan partinya bagi menahan kemaraan Nuwar yang akan merempuhnya bagi merampas jawatan PM. Sungguh aneh sekali, seorang yang menjadi pemecah perpaduan Melayu tiba-tiba mengajak untuk berpadu. Sungguh melucukan bila yang diajak itu sebuah parti yang jauh lebih besar dari partinya. Paling melucukan lagi ialah apabila ada pemimpin UMNO yang tidak boleh berfikir tipu helah dan putar belit Madey berpolitik demi kepentingan dirinya.

ORANG MELAYU TIDAK AKAN MEMAAFKAN PERBUATAN BERSATU MENGGADAI HAK SERTA POSISI ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA KEPADA DAP.

1) Seruan pihak tertentu agar orang Melayu menyertai BERSATU utk membentuk penyatuan Melayu tidak akan dilayan oleh orang Melayu. 2) Malah orang Melayu akan terus menolak Bersatu, kerana parti itu bertanggungjawab memecah-kecilkan orang Melayu semata-mata kerana persengketaan peribadi antara pemimpin tertentu. 3) Orang Melayu juga merasa sangat tertipu dengan politik Bersatu yang telah menipu pengundi dengan menabur gula-gula dalam manifesto mereka semata-mata untuk mendapat undi tetapi langsung tidak menunaikan janji mereka. 4) Bersatu juga meneruskan agenda DIVIDE N RULE dengan masuk ke Sabah dan Sarawak yang pastinya merosakkan kesatuan orang Melayu dan Bumiputera di sana. 5) Bersatu juga bertanggungjawab terhadap menularnya budaya songsang, liberal, LGBT dan lain-lain yang semakin bebas. 6) Bersatu juga dilihat bertanggung jawab menggadai kuasa dan kedudukan Melayu kepada DAP, terutamanya posisi strategik seperti menteri kewangan, menteri penerangan, peguam negara dan men

50 DALIL WAJIB JATUHKAN PAKATAN HARAPAN (PH)

1- Pakatan Harapan (PH) yang kini memerintah tanah air Malaysia kelihatan gagal melaksanakan tanggung jawab mereka dengan baik. Kita sudah melalui 2 Ramadhan dalam pemerintahan PH yang sebelum ini kita bersangka baik dan ada menyokong PH atas dasar untuk menjatuhkan kerajaan lama Barisan Nasional BN/UMNO yang jelas wujud ketidak-telusan dan rosak ketika itu dipandu oleh DS Najib. Namun sekarang ini setelah dikaji maka didapati PH perlu dijatuhkan dengan kadar segera selagi mereka tidak bermuhasabah diri dan berubah kearah yang sepatutnya dalam mentadbir negara termasuk keperluan menumbangkan PH pada PilihanRaya Umum ke 15 nanti. 2- Maksud wajib menjatuhkan PH dari segi Bahasa dan ‘Urfi disini adalah kemestian dalam perjuangan politik bagi mengsejahterakan rakyat Malaysia yang kian gelisah sejak PH memerintah. 3- Pemimpin dan menteri yang bukan Islam non muslim dari PH sering campur tangan urusan Islam. Perkara ini sangat membimbangkan dan bercanggah dengan Islam dan undang-undang