Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

Pesisir Pacific Dan Asia Menjadi Bandar Hantu.

Sudah hampir tiga pagi... Mata masih belum mampu terlelap biarpun untuk sekeika... di kaca TV saloranan CNN menggambarkan seluruh kotaraya dunia,tiada yang terkecuali menghadapi serangan virus Corona... Kota raya London Sepi..Paris sunyi..Madrid bagaikan bandar hantu...Millan di Itali terus dicengkam bungkam...Colombo warganya menjerit minta nyawa...New York..Las Vegas...Washington.. dari gambaran di kaca tv amat mengerikan. Beijing... Bangkok... Manila..Jakarta..bandar Ho Chin Min..Laos ... Seoul...Pyongyang...hampir keseluruhan kotaraya di pesisir Pacific dan Asia tidak terkecuali menjadi bandar hantu..sepi sesepinya. Agak menghairankan apabila Tokyo masih bertahan menyataan bahawa negerinya tidak diserang wabak Virus Corona..menurut  Perdana Menterinya,  Tokyo masih mahu bertahan untuk tidak berganjak menangguhkan pesta sukan Olimpik.... (hanya kerana mahu mengaut keuntungan dan glamour)  pimpinan negara tersebut tega menyembunyikan sesuatu yang sukar untuk kita percaya tiada wa

BAGI YANG MENUNGGU ULASAN SAYA TENTANG KABINET TSMY 2020

Berhenti menunggu, saya takkan buat sebarang ulasan hari ini.  Saya kasi peluang anda bergembira dapat kabinet baru dulu. Saya tak fikir rakyat Malaysia yang gembira dengan kejatuhan DAP boleh menerima analisa jujur saya yang mempunyai kesan pro dan kontra akibat penyertaan Muafakat Nasional didalam Kabinet Perikatan Nasional ini.  Enjoy dulu, lepas tu kita baru fikir macamana nak pertahan geng semburit yang dah jadi geng kita, geng kereta terbang yang dah jadi geng kita, geng tembak babi yang sekarang dah jadi geng kita, geng Mak Lampir yang kini jadi geng kita, geng tipu sijil yang kini jadi geng kita, geng liberal yang kini jadi geng kita, geng wahabi yang kini jadi geng kita, geng rogol amah yang kini jadi geng kita dan macam-macam masalah lain yang terpaksa kita pikul kerana tidak dapat bersabar sikit menunggu PRU15 untuk berkuasa.  Buat sementara waktu ni, berhentilah minta Parlimen Dibubarkan, kerana jika parlimen dibubarkan sekarang, keputusannya belum tentu memihak kepad

Ayuh kKta Rapatkan Saf Dan Kita Tutup Segala Kelemahan

Korang nak claim kredit ambik la... Korang nak usung proposal pun jalan jela... Saya tak pernah nak ambil tahu apa korang kejar.. Bagi saya cukup mudah saya hanya seorang penghasut yang menghasut  rakyat untuk benci Pakatan Harapan. Hari BN tumbang, saya nekad untuk saya lawan Pakatan Harapan secara solo. Saya yakin ramai pembaca media sosial akan bersama dengan saya untuk kita solidariti menentang Rejim Pakatan Harapan. Tak pernah pula saya nak claim ohh itu video saya owhh itu poster saya. Bagi saya cukup berbesar hati apabila video yg dihasilkan dan poster yg dihasilkan diguna pakai oleh kawan kawan saya. Tak pernah terlintas dalam hati untuk bermusuh dengan sesiapa pun waimah sahabat yang loncat ke seberang selepas BN tumbang. Bagi saya mereka mempunyai seribu alasan untuk tidak memihak kepada BN semasa itu. Sekarang saya masih lagi mengetuk keypad HP walaupun kerajaan Pakatan Harapan sudah pun tumbang tak sampai 2 tahun memerintah. Cuma senario ada sedikit berubah, saya hany

UMNO TERSINGGUNG DENGAN MUHYIDDIN, BERKERAS TETAP MAHU ZAHID HAMIDI SEBAGAI TPM

Sama ada disengajakan atau tidak,  perutusan Muhyiddin Yassin yang menyebut hanya mahu melantik mereka yang bersih, berkaliber dan berintergiti sebagai anggota jemaah menterinya telah membuatkan UMNO mula tersinggung dan berkecil hati. UMNO melihat kenyataan Muhyiddin itu sebagai isyarat beliau hampir pasti akan mengenepikan Presiden UMNO, Zahid Hamidi yang sedang berdepan perbicaraan di mahkamah dalam barisan kabinet yang bakal dilantiknya. Hakikatnya, UMNO dengan sumbangan sebanyak 41 kerusi Parlimen untuk menyokong Muhyiddin melakukan rampasan kuasa menumbangkan PH, bukan saja mahukan Zahid Hamidi dilantik sebagai menteri, bahkan untuk menduduki kerusi TPM. Beberapa sumber yang rapat dengan PWTC memberitahu, UMNO tidak ragu-ragu mengatakan Zahid Hamidi perlu diberikan jawatan TPM atas kapasitinya sebagai Presiden UMNO. Mereka berhujah bahawa UMNO berpegang kepada prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah serta mahu Muhyiddin yang kini bersama dala

PERIKATAN NASIONAL BUKANLAH MUAFAKAT NASIONAL

Oleh: Dr Tanaka Mustafa 1) Perikatan Nasional adalah coalition antara Muafakat Nasional (UMNO+PAS), Barisan Nasional (UMNO+MCA+MIC), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Bersatu (PPBM) dan 'Ex-PKR' (Team Azmin Ali). 2) Coalition ini hanya wujud untuk menyokong TS Muhyidin Yassin sebagai PM-8, bagi menamatkan krisis politik yang berlarutan hampir seminggu. Nama Perikatan Nasional pun bukanlah nama rasmi. Hanya direka untuk memudahkan sebutan. Tiada manifesto. Tiada apa-apa perjanjian. Tiada tahaluf siyasi Tiada ta'awun siyasi 3) Dengan demikian, TS Muhyidin tidak terikat untuk melantik sesiapa pun dalam kabinetnya, tidak terikat dengan apa-apa manifesto untuk dilaksanakan etc. Namun atas budi bicara antara beliau dan komponen Perikatan Nasional, beliau dijangka tidak akan meminggirkan mana-mana komponen dalam kabinetnya. 4) Setiap komponen Perikatan Nasional pula tidak tertakluk kepada mana-mana komponen lainnya. Muafakat Nasional tidak tertakluk kepada prinsip Baris

DEMI ISLAM DAN MEKAYU ... SAYA MAAFKAN TAN SERI

Eratkanlah Ikatan Silaturahim Sesama Kita

Kemenangan atau kekalahan, itu milik ahli politik. Kehidupan mereka akan berubah. bukan kehidupan kita. Apa yang milik kita ialah keluarga, sahabat, dan jiran2 kita. Jadi, apa sahaja keputusan, jangan abaikan mereka semua. Siapa sokong BN atas keyakinan dia maka sokonglah. Siapa sokong PAS atas keyakinan dia maka sokong la. Siapa sokong PH atas keyakinan dia maka sokonglah. Itulah asas demokrasi. Jangan doakan kematian, Jangan kutuk, jangan caci. jangan maki. jangan fitnah. Raikan perbezaan dan eratkan persaudaraan. Kawan tetap kawan itu pasti, tapi Lawan tetap lawan hanya Sokong politik, kita sakit siapa datang ziarah? Kita mati siapa datang ziarah? . Sembahyang jenazah siapa hantar ke kubur? , talkin siapa amin kan? tahlil pun siapa yang datang? Yg kita sokong menang tak datang pun, jadi jgn taksub pada calon dan  parti. .

PEGAWAI BERADA DI KORIDOR KUASA JANGAN SOMBONG DAN BERLAGAK YA.

SEJAK 9 Mei 2018,mrk hilang,hari ini mrk datang menjenguk,buat2 sibuk di sebelah pemimpin kononnya nak menunjukkan mrk org perjuangan. Sejak 9 Mei 2018,ada yg mencerca UMNO,setuju dgn kata2 kerajaan (ketika itu),UMNO tidak ada masa depan,UMNO akan mati. Mrk caci dan maki hamun pemimpin UMNO hingga mengungkit sejarah dan keturunan,hari ini mrklah yg memuji dan memuja pemimpin,ada yg peluk,ada yg dah mula cium tangan. Sejak 9 Mei 2018, ada yg tutup media sosial,selama ini begitu hebat berjuang tiba2 FB,Tweter,Insta jd medan berckp ttg makanan,fesyen dan yg tidak berkaitan dgn politik perjuangan,hari ini media sosial diaktifkan semula. Sejak 9 Mei 2018,Presiden dan pimpinan dicerca tapi hari ini Presiden dan MP2 lain tidak lg dicaci dan tidak lagi disuruh bercuti dan disuruh letak jawatan. UMNO tidak perlu berdendam tapi tanda dan ingatlah wajah2 atau nama2 yg lari ketika kita susah,yg tinggalkan rakan seperjuangan disaat UMNO memerlukan sokongan serta dokongan. Pemimpin UMNO yg

KABINET BARU PERLU SEDIA HADAPI KRISIS

Alhamdulillah kemelut penentuan Perdana Menteri ke-8 telah selesai pagi tadi dengan perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Walaubagaimanapun tentunya selepas ini akan ada pertikaian dan tindakan balas daripada Mahathir dan Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan. Kerajaan baru yang akan dibentuk oleh Muhyiddin kini adalah sangat kritikal sebab sekarang sebenarnya adalah masa yang amat mencabar untuk membentuk kerajaan di kala ekonomi berada di ambang krisis. Kemelut politik juga dijangkakan akan terus berlaku dengan perebutan kuasa yang berpanjangan seperti 22 tahun dahulu pada tahun 1998. Pada PRU-13 pada tahun 2013, kerajaan Barisan Nasional hampir tumbang berhadapan dengan Anwar Ibrahim. Lima tahun kemudian, pada PRU-14, kerajaan Barisan Nasional telah tumbang berhadapan dengan Mahathir semasa Anwar berada di dalam penjara. Pada PRU-15 hanya dua tiga tahun yang akan datang ini, buat pertama kali dalam sejarah kerajaan akan berdepan