Skip to main content

PEGAWAI BERADA DI KORIDOR KUASA JANGAN SOMBONG DAN BERLAGAK YA.

SEJAK 9 Mei 2018,mrk hilang,hari ini mrk datang menjenguk,buat2 sibuk di sebelah pemimpin kononnya nak menunjukkan mrk org perjuangan.

Sejak 9 Mei 2018,ada yg mencerca UMNO,setuju dgn kata2 kerajaan (ketika itu),UMNO tidak ada masa depan,UMNO akan mati. Mrk caci dan maki hamun pemimpin UMNO hingga mengungkit sejarah dan keturunan,hari ini mrklah yg memuji dan memuja pemimpin,ada yg peluk,ada yg dah mula cium tangan.

Sejak 9 Mei 2018, ada yg tutup media sosial,selama ini begitu hebat berjuang tiba2 FB,Tweter,Insta jd medan berckp ttg makanan,fesyen dan yg tidak berkaitan dgn politik perjuangan,hari ini media sosial diaktifkan semula.

Sejak 9 Mei 2018,Presiden dan pimpinan dicerca tapi hari ini Presiden dan MP2 lain tidak lg dicaci dan tidak lagi disuruh bercuti dan disuruh letak jawatan.

UMNO tidak perlu berdendam tapi tanda dan ingatlah wajah2 atau nama2 yg lari ketika kita susah,yg tinggalkan rakan seperjuangan disaat UMNO memerlukan sokongan serta dokongan.

Pemimpin UMNO yg bakal jadi Menteri,Timbalan Menteri atau apa shj jawatan, bersederhanalah menerima munafik politik ini yg datang memeluk dan mengucap tahniah sehingga melukakan hati rakan2 seperjuangan yg tidak bergerak seinci pun dari berjuang utk kepentingan UMNO walaupun mrk dicaci,dikeji sebagai barua.

Pada Menteri dan Timbalan Menteri juga,jgn dikutip para2 pengkhianat yg lari ketika susah sebagai Pegawai2 kalian. Takut kalian diludah oleh yg setia tetapi dipinggirkan.

Pada pegawai2 yg bakal berada di koridor kuasa ini.Jgn sombong,berlagak.

22 bulan atau 2 tahun,sepatutnya kalian insaf dan muhasabah diri,saat ini renunglah ke dalam diri sambil membilang teman2 perjuangan yg setia disaat susah dan senang.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun