Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2011

Hudud PAS Bolih Meliwat Isteri???? Aik.... Biar Betul.....

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu,Datuk Zulkifli Nordin bukan sahaja tidak menjangka ucapannya di Parlimen akan menimbulkan isu besar,malah bersimpati dengan sahabat-sahabatnya di barisan kerusi pembangkang apabila menjadi 'histeria' dan boleh menyebabkan 'kawan-kawan di Zoo Negara' terkejut dengan tindak balas mereka semasa ucapannya petang tadi.Persidangan Dewan Rakyat menjadi hangat apabila Datuk Zulkifli Nordin mendakwa undang-undang Hudud yang diluluskan kerajaan Pas semasa memerintah Terengganu, membenarkan suami meliwat isteri

Pertikai Sultan Selangor : Aziz Bari Dibidas Di Sidang Parlimen

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Beberapa anggota Parlimen hari ini membidas pensyarah undang-undang Prof Dr Abdul Aziz Bari kerana kenyataannya yang mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan gereja di Damansara Utama Ogos lalu. Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu wajar dikenakan tindakan kerana kenyataannya seolah-olah tidak menghormati Sultan sebagai ketua agama Islam. Beliau turut menyangkal hujah Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) yang berpendapat sarjana perlu diberi kebebasan untuk menyatakan pandangan mereka. “Memang kita ada kebebasan untuk bercakap dan memberikan kritikan membina tetapi ada batasnya. Dia (Aziz) kritik salah tempat dan salah masa. “Saya minta tindakan tegas diambil terhadap Aziz. Saya tidak kisah dia ikut parti mana,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 di Dewan Rakyat di sini, hari ini. Abdul Aziz, dipetik sebagai berkata oleh sebuah portal (MalaysiaKini)

Guang Eng Lupa Pulau Pinang Dan Johor Adalah Negeri Dalam MalaysiaMenter...

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman menyifatkan tindakan Lim Guan Eng menabur fitnah dan memberikan gambaran buruk tentang negeri Johor tidak akan memberi pandangan negatif orang luar kepada Malaysia, sebaliknya memberi pandangan negatif kepada Lim Guan Eng sendiri. “Sebagai seorang warga Negara Malaysia, Lim Guang Eng yang dan juga sebagai Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan juga Ketua Menteri sebuah negeri dalam Malaysia, beliau adalah bertanggungjawab menjaga nama baik Malaysia. “Barangkali beliau terlupa, bahawa Pulau Pinang dan Johor itu terletak dalam Malaysia, dan sebagai Ahli Yang Berhormat, apa yang diluahkan oleh Lim Guan Eng ini, Nampak sekali beliau seorang yang tidak bertanggungjawab dan tidak mencintai Negara kita, Malaysia ini,” ujarnya di Lobi Rehat Ahli-Ahli Parlimen di sini. Ujarnya, mungkin Lim Guan Eng hanya fikirkan Pulau Pinang negeri sendiri, bukannya negeri yang terletak dalam Negara Malaysia. “Inilah yang harus kita ti

Isu DUMC : Kerajaan Selangor Perlu Minta Maaf Terburu-buru Salahkan JAIS

Titah Sultan Selangor ini bukti bahawa kerajaan Selangor bertindak terburu-buru. Mereka sepatutnya mengambil sikap berhemah sebagaimaan Tuanku Sultan Selangor yang menunggu dulu laporan penuh dari JAIS, barulah baginda bertindak. “Tindakan yang diambil Sultan Selangor sekarang ini, bukan bermakna baginda memihak kepada mana-mana pihak, jangan disalah tafsir apatah lagi diputar belit kononnya Tuanku hanya mengambil tindakan sekarang, sebenarnya kalau kita tengok sejarah kesultanan Selangor ini, pernah Tuanku Almarhum Sultan Salahuddin menegur kerajaan Selangor di bawah pemerintahan BN, banyak kali Tuanku tegur secara terbuka,” YB Datuk Zulkiflee. Ini membuktikan Tuanku Sultan Sharafuddin sekarang ini merupakan kesinambungan warisan di Raja Selangor yang sentiasa meletakkan kepentingan kebajikan rakyat terdahulu tanpa mengira siapapun yang memerintah dan ini adalah tradisi yang sepatutnya dihormati dan kita sepatutnya membantu Tuanku dalam memperkukuh serta memantapkan lagi institusi Di

Walkabout Perdana Menteri Ke Negeri Selangor DUN Gombak Setia

Aku sempat dengar perbahasan bajet yang dikemukakan oleh ahli parlimen permatang pauh, anwar ibrahim. Antara isu gempak yang anwar bicarakan di sidang parlimen semalam adalah kenapa kerajaan memberikan subsidi yang cukup besar kepada pengusaha MYDIN.Kenapa, kata anwar MYDIN diberikan ruang yang besar dalam perniagaan barangan kepenggunaan harian 1malaysia. Anwar kata kenapa ada monopoli.Anwar kata kenapa syarikat MYDIN. Anwar nak temberang siapa ni. apa dia lupa ke sewaktu dia menjadi menteri kewangan, anwar secara langsung telah memberikan dana politik/anugerah bisnes yang cukup besar dalam skim yang disebut sebagai SKIM KONTRAKTOR WIBAWA. 10 orang kroni anwar ibrahim, antaranya rahim ghouse,kamarudin jaafar (ahli parlimen pas tumpat) mendapat sekurang-kurangnya projek yang berjumlah hampir RM1billion. Hari ini anwar pertikai tindakan kerajaan memberikan ruang kepada pengusaha MYDIN menjalankan urusniaga kedai 1malaysia. Harga barangan di kedai 1malaysia lebih mampu dibeli oleh majo

Ini Bajet BN Bukan Bajet Pembangkang -YB Noh Omar.

Depan PM semua kata ok tetapi PM tahu ada yang tak ok. Kita masuk pilihan raya kerana nak menang dan tak nak kalah apatah lagi di kawasan Ibu Kota kerana kita tak nak BN jadi parti hanya di kawasan desa atau kawasan-kawasan luar bandar sahaja serta dilihat kononnya golongan intelektual tidak menyokong BN. Kalau nak menang dalam PRU, kita mesti tonjolkan ‘winable candidate’, mesti tampilkan kriteria calon berdasarkan penilaian, buat perkiraan rapi dan tinjauan tapi kalau ‘winable candidate’ itu adalah ‘saya’ maka akan berlaku potong trip dan membuat tindakan-tindakan yang tak betul. “Ini bukan saja akan jejaskan peluang calon kita untuk menang sama ada secara halus iaitu dengan tidak membuat sebarang kerja atau memberikan sokongan kepada calon BN seperti yang pernah berlaku dalam pilihan raya kecil lalu apabila rumah Setiausaha Bahagian sendiri tapi pukul 10.00 malam dah tutup lampu. Ujar PM, insiden lain yang lebih teruk lagi juga pernah berlaku sebagaimana dalam Pilihan Raya Negeri Sa

Bajet 1Malaysia.mp4

Suasana Dewan Rakyat riuh sikit semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menyentuh tentang ‘negara berkebajikan’ ketika membentangkan Belanjawan 2012 petang Jumaat. Puak di galeri pembangkang nyata terasa ibarat orang makan cili terasa pedasnya. Ini kerana Perdana Menteri mempersoalkan siapa yang dulu dan kini terus mengamalkan konsep yang baru cuba digunapakai mereka itu untuk memancing undi. “Bukankah kerajaan Barisan Nasional sudah sejak sekian lama mengamalkan konsep negara berkebajikan?," katanya. "Kita ucapkan tahniah kepada mereka kerana baru sedar terhadap konsep negara kebajikan ini. Namun, kita minta mereka ada sedikit rasa keikhlasan politik, janganlah berlagak seolah-olah merekalah orang pertama yang menemui formula ini,”katanya lagi Bajet yang dibentangkan Najib nyata selari dengan konsep itu apabila ia antara lain mengumumkan ‘durian runtuh’ untuk golongan berpendapatan rendah sebanyak RM 500 secara one off (pemberian sekali). Ia bagi golongan berpendapatan RM3,000 ke

Bajet 2012, Belanjawan Keprihatinan Kerajaan Kepada Rakyat -- Ahmad Zahid

Secara keseluruhannya, Belanjawan 2012 adalah belanjawan yang merangkumi semua peringkat tanpa mengira penduduk di kawasan bandar mahu pun luar bandar. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datu Seri Najib Tun Razak membuktikan bahawa keprihatinan kerajaan terhadap rakyat. “Secara menyeluruh, ucapan belanjawan perdana menteri tidak meninggalkan satu kelompok rakyat Malaysia, malah ini memang diharapkan oleh semua rakyat Malaysia di bandar dan juga luar bandar. “Selain membabitkan kemudahan infrastruktur, bajet yang dibentangkan membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap betapa pentingnya pendidikan di semua peringkat sektor pendidikan menerima bajet paling banyak kali ini. “Ia meliputi semua peringkat, termasuk sekolah agama sama ada bantuan kerajaan atau bukan kerajaan, sekolah Cina dan Tamil,” katanya kepada UMNO-Online di Parlimen selepas pembentangan Belanjawan 2012. Menurutnya, pelaburan kerajaan dalam pe

Tolak Pembangunan Kampung Baru : Pas Hanya Tahu Nak Jual Melayu Kepada DAP

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Shahril Samad hairan dengan sikap Pas yang begitu bersungguh-sunguh menolak pembangunan Kampung Baru walaupun ia bertujuan untuk membangunkan tanah orang Melayu di situ. “Pas tuduh kononnya akan memberi keuntungan kepada syarikat dan individu yang berkepentingan tapi sudah terhad kepada empat buah syarikat yang tegap-tegap, PNB, Tabung Haji, Yayasan Hartanah dan Putrajaya Holding “Saya rasa mana-mana pun yang dapat bekerjasama dengan syarikat-syarikat tersebut, saya ingat memang bagus untuk pembangunan tanah Melayu di Kampung Baru. Tambahan pula, mana-mana individu pemilik tanah yang ingin bangunkan sendiri tanahnya pun boleh, tetapi dia kena rujuk balik kepada Perbadanan Kampung Baru,” ujarnya mengulas sikap pihak Pas yang berusaha menolak rang undang-undang pembangunan Kampung Baru semalam. Beliau yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru seterusnya berkata melalui kerjasama ini, semua kepentingan pemilik tanah Kampung Baru terjamin termasuk kepenti

Khazanah Terlibat wee choo keong

Rashdan & Co: Binā tak Fikir wang rakyatkah? September 14, 2011 oleh weechookeong Rashdan "sketches tak Fikir wang rakyat!" Bagaimana En Mohmed Rashdan Yusof aka Danny, Pengarah Eksekutif yang baru dinobatkan MAS oleh Khazanah, yang cuba untuk menyelamatkan MAS dari ambang. Ia merupakan satu keputusan yang tidak masuk akal oleh MAS. Satu kes yang jelas tidak ketekunan kerana dijalankan sebelum membuat keputusan. Sama seperti bahagian swap rahsia MAS-Asia! Satu kes yang jelas yang dipimpin oleh hidung! Seseorang akan berfikir bahawa MAS tidak sepatutnya pergi-senang perbelanjaan, kerana ia telah baru "diselamatkan" oleh MAS rahsia - AirAsia berkongsi swap. MAS yang dipanggil pengurusan baru masih mengidap penyakit lama mengatakan satu perkara dan melakukan lain. Ini adalah masalah yang berterusan yang dihadapi oleh MAS di mana eksekutif yang hanya tahu bagaimana untuk menasihati kepada pekerja-pekerja MAS terpaksa untuk mengurangkan kos dan faedah mereka untuk me

PAS Buat Gimik Politik Lagi -YB Nizar Zakaria Ahli Parlimen Parit.

Pas kini sebenarnya dalam keadaan yang cukup keliru akibat permainan sempit pemimpin mereka sehingga terpaksa sorong papan tarik papan. Ini gambaran yang diberikan Ahli Parlimen Parit, Nizar Zakaria yang menyifatkan Pas seperti hilang arah malah lebih malang kelirukan dengan prinsip perjuangan mereka sendiri. Apa tidaknya kata beliau setelah sekian lama berjuang kononnya ingin menegakkan negara Islam, Pas dalam muktamar terbaru tiba-tiba menggugurkan perjuangan itu dan menggantikannya dengan negara kebajikan. Namun jelasnya apabila perjuangan negara kebajikan telah memerangkap mereka, Pas bertukar lagi dengan mewar-warkan semula hukum hudud. “Rakyat sebenarnya sedar dan memahami bahawa kebajikan, bantuan ataupun subsidi atas nama kebajikan kepada rakyat dalam negara ini, telah pun dipelopori oleh UMNO dan Barisan Nasional, kerajaan yang memerintah selepas negara merdeka lahi. ”Bila cara tersebut tak boleh jalan, Pas terpaksa mendendangkan semula lagu lama mereka iaitu hukum hudud”, kat

Bertaubat dan Berhenti Mengadai Agama Islam YB Datuk Seri Zahrain Hash...

Sekiranya didapati Anwar terlibat dalam isu pluralisme yang dianggap sesat JAKIM perlu ambil tindakan terhadap Anwar.“Orang ramai, rakyat Malaysia harus sedar bahawa Anwar sekarang sudah tersepit dan apa yang dilakukan oleh beliau adalah satu tindakan terdesak, sebab itu kita sebagai orang ramai harus mengetahui dan memahami apa sebenarnya perjuangan Anwar Ibrahim. “Dia nak jadi Perdana Menteri, agama dia boleh tolak, bangsa dia pun dia boleh tolak. Sebab itu kita harus peka dan sedar”, YB Zahrain.

PAS Dicabar Bertanding Lebih Banyak Kerusi-YB Dato Dr Mohamad Shahrum Os...

Pas dicabar untuk bertanding lebih banyak kerusi Parlimen jika mereka benar-benar hendak melaksanakan hukum Hudud dan Negara Islam di negara ini jika pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, ujar Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman. “Mereka harus bertanding lebih banyak kerusi Parlimen jika benar-benar hendak laksanakan hukum Hudud ini. Jika dengan jumlah kerusi yang mereka bertanding pada PRU 12 yang lalu, kemungkinan untuk Pas memerintah memang tidak ada. ”Ini kerana jika mereka (Pas) mahu melaksanakan hukum Hudud, pasti DAP akan membantah dan tidak membenarkannya. Bila nak mereka memerintah, sampai bila-bila pun mereka tidak akan dapat melaksanakan hukum hudud tersebut,” katanya ketika ditemui UMNO-Online di Dewan Rakyat di sini, hari ini. Tambahnya, jika Pas gagal menambah kerusi untuk ditandinginya pada PRU13, memang benarlah hukum Hudud Pas ini hanya sekadar permainan politik mereka untuk meraih undi o