Titah Sultan Selangor ini bukti bahawa kerajaan Selangor bertindak terburu-buru. Mereka sepatutnya mengambil sikap berhemah sebagaimaan Tuanku Sultan Selangor yang menunggu dulu laporan penuh dari JAIS, barulah baginda bertindak.
“Tindakan yang diambil Sultan Selangor sekarang ini, bukan bermakna baginda memihak kepada mana-mana pihak, jangan disalah tafsir apatah lagi diputar belit kononnya Tuanku hanya mengambil tindakan sekarang, sebenarnya kalau kita tengok sejarah kesultanan Selangor ini, pernah Tuanku Almarhum Sultan Salahuddin menegur kerajaan Selangor di bawah pemerintahan BN, banyak kali Tuanku tegur secara terbuka,” YB Datuk Zulkiflee. Ini membuktikan Tuanku Sultan Sharafuddin sekarang ini merupakan kesinambungan warisan di Raja Selangor yang sentiasa meletakkan kepentingan kebajikan rakyat terdahulu tanpa mengira siapapun yang memerintah dan ini adalah tradisi yang sepatutnya dihormati dan kita sepatutnya membantu Tuanku dalam memperkukuh serta memantapkan lagi institusi Di Raja dan juga pentadbiran kerajaan.

Comments