Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Pengerusi MARA - Saya DiRehatkan ... Bukan Digantung ... TS Annuar Musa

Tan Sri Annuar Musa masih lagi Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), ujar Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Jelasnya, beliau ketika ini masih bercuti daripada menjalankan tugas berkenaan. "Beliau masih lagi Pengerusi (Mara) dan masih lagi mendapat gaji, elaun dan sebagainya. Semuanya berjalan seperti biasa. Beliau hanya bercuti bergaji," katanya dalam sidang media selepas Bicara Komuniti TN 50 di sini hari ini. Beliau berkata, sebarang tindakan sama ada untuk melantik Pengerusi MARA yang baharu atau mengekalkan jawatan disandang Annuar berkenaan juga diserahkan kepada jawatankuasa audit yang terlibat. "Jawatankuasa audit sedang menyiasat. Kita tunggulah," katanya lagi. "Surat secara rasmi saya terima, saya direhatkan dari tugas rasmi bagi membolehkan audit dalaman MARA melakukan penyiasatan atas isu bola sepak penajaan Kelantan oleh UniKL dan PMB. "Jadi, sejauh mana penyiasatan itu saya tidak boleh ja

Ahli Parlimen DAP Kutip Fakta Tepi Jalan - Rahman Dahlan

“Semua Yang Berhormat boleh tanya soalan, kalau YB ini boleh baca, baca juga dalam laman web Petronas, tak adalah keluar kenyataan yang ‘low standard’, fakta semua berterabur, ini yang membimbangkan kita, kenyataan ini akan menyebabkan pelabur di luar negara rasa kita ni paria. “Saya minta tanya soalan yang berkualiti jangan kutip cerita dari Sarawak Report dan Wall Street Journal,” kata Abdul Rahman ketika menjawab pada sesi soalan lisan di Dewan Rakyat pada Isnin. https://www.youtube.com/watch?v=TYgekCwtN2Y&feature=youtu.be