Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2020

Long Tiger Dah Jadi Long Tikus Mondok

PDRM, JPN mohon siasat kes ini sebaik baiknya tanpa berselindung apa apa kerana ini melibatkan kedaulatan negara Malaysia. Jika terdapat bukti yang kukuh, sila ambil tindakan sebagaimana yang termaktub dalam undang undang... Rentetan penularan dokumen peribadi keluarganya di laman sosial , ramai natizen mempertikaikan kredibilitinya selaku ketua pemimpin NG0 Melayu apabila beliau sendiri bukan Melayu. 'Aktivis' yang ‘langsi’ menggunakan nama Long Tiger ini sangat popular di media sosial apabila beberapa kali mencetuskan perbalahan dengan beberapa pihak.  Dia juga dikatakan sebagai Abang Long Kawasan Bukit Gambir. Namun keturunannya dikaitkan dengan pelarian rohingya.  Beberapa dokumen mengenai keturunannya juga turut mula ditularkan di media sosial oleh warganet.

KENYATAAN TENGKU ZAFRUL (MENTERI KEWANGAN) - MEMBAWA TANDA TANYA KEPADA RAKYAT

1.  Dulu ketika mula-mula Kerajaan Pakatan Harapan memerintah, PH kata hutang Negara sudah mencecah RM 1 trillion ringgit. 2.  Hutang Negara ini termasuk *Hutang Liability* Negara. 3.  Bila Laporan Rancangan Malaysia di bentangkan di Parlimen oleh PM Dr. Mahathir, jelas di dalam Laporan tersebut, *Hutang Negara adalah sebanyak RM688 billion ringgit.* 4.  Bukannya RM 1 trillion ringgit. 5.  Amat jelas kpd. Rakyat, ini merupakan *SATU PEMBOHONGAN*, terhadap Rakyat. *PEMBOHONGAN KEDUA :* 6.  Lim Guan Eng, Menteri Kewangan kemudiannya melakukan *Pembohongan Kedua,* iaitu melakukan pinjaman Bon Samurai drp. Negara Jepun 2 kali. Kononnya Negara tiada duit untuk membayar projek, gaji dan hutang Negara. 7.  Tetapi kenapa kini, Tengku Zafrul, Menteri Kewangan kata, *Kerajaan Tidak Perlu Pinjam Duit dari Luar Negara,* kerana kedudukan kewangan Negara masih kukuh. 8.  Adakah Rakyat dimainkan oleh LGE Menteri Kewangan terdahulu, Seorang Akauntan yang tidak bertauliah ? 9.  Terki

HUTANG ASING PENTADBIRAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN: SATU SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA PERLU DITUBUHKAN SEGERA

PENGAKUAN rasmi Menteri Kewangan Tengku Zafrul bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan Negara masih kukuh mewajarkan suatu siasatan peringkat tertinggi ke atas segala urusan pinjaman asing pentadbiran 22 bulan Pakatan Harapan.    Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut PH buat pinjaman wang melalui Bon Samurai Jepun? Apa sebenarnya motif mantan Perdana Menteri ke-7 Mahathir dan Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan kerajaan terlucut PH ?.     Secara tidak langsung kenyataan Tengku Zafrul, negara tidak perlu membuat pinjaman di luar negara telah membongkar penipuan Mahathir dan Lim Guan Eng.     Dalam hal ini sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja atau Royal Commission of Enquiry (RCI), perlu buat siasatan perihal tindak tanduk Mahathir dan Lim Guan Eng buat pinjaman wang melalui Bon Samurai sedangkan kewangan negara kukuh.     Lebih-lebih lagi Mahathir sendiri ada membuat kenyataan terakhir sebagai Perdana Menteri bahawa negara mempunyai riza