Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2020

TERIMA KASIH - DATO SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI & TEAM

1. Allah Bagi Ujian setiap hambanya... Sebelum ini ramai salahkan Najib Razak, sehingga apa saja yg beliau buat tak betul... akhirnya beliau dijatuhkan... Bila dah dijatuhkan, Allah buka sedikit demi sedikit kebenaran, ramai yg sebelum ini menyesal dan tak kurang yg nak kan beliau menjadi PM semula.... 2. Apabila Najib turun, UMNO perlukan nakhoda yg baharu... Melalui pemilihan, ahli UMNO memilih Zahid... Zahid satu-satunya Presiden UMNO ketika UMNO menjadi pembangkang... Diserang kiri dan kanan dan tak cukup orang luar, org dalam sendiri menyerang beliau... 3. Dalam keadaan ramai pemimpin UMNO telah mula angkat kaki keluar dan ada juga yang tak mahu langsung terlibat dlm kepimpinan utama, namun, Zahid tetap teguh berjuang mengemudi pimpinannya yang percaya dan setia terhdap beliau... Satu demi satu, kepecayaan rakyat yg sebelum ini terhakis terhadap UMNO dipulihkan... Strategi mengembalikan kegemilangan UMNO juga telah mula berhasil... 4. YA ini bukan kerja seorang, tapi ianya

Sokong Membawa Rebah Kuasa Seorang Firaun.

Banyak melihat photo ini.. sekadar gambar. Tetapi photo ini lah punca segala punca. 2. Maka bertemu semua peminpin Parti Politik orang Melayu/Bumiputra atas jemputan seorang Firaun untuk mengadapnya. Atas alasan kepentingan Melayu tetapi agenda kepentingan dirinya. 3. Dimainkan sentimen dia seorang nasionalis dan mesti menolak parti Chauvinis Cina. Kerana dia tahu, tidak hari ini. Akan datang si Firaun ini akan ditolak oleh Orang Melayu kerana  bersengkongkol dengan Parti itu. 4. Kisah saekor Harimau tua yang   tinggal didalam  gua dan tidak ada tenaga lagi untuk mencari makan dalam cerita donggeng kanak2  menjadi kenyataan di tahun 2020. 5. Dalam cerita donggeng hanya kancil sahaja tidak masuk ke dalam gua, bila memerhatikan hanya tapak kaki masuk  gua berjumpa harimau untuk di lantik menjadi Raja Rimba sahaja yang ada, tapak keluarnya tidak ada. Makna semua yang masuk sudah kojol di makannya. 5. Maka salepas malam itu si Firaun ini memikirkan bahawa hanya dengan sekali p

Selamat Menikmati Masa Tua Dengan Bahagia

*"MENUJU MASA TUA"* *1. Baki umur ini pendek,* "selagi selera.....makanlah" "selagi layak........pakailah" "Selagi manfaat......belilah" "Selagi sihat.....mengembaralah "Selagi lapang ... bersilaturahimlah "Selagi boleh........bersedekah" "Selagi mampu .... berjihadlah" "Selagi bernyawa.. beribadahlah *Nikmati hidup seadanya.* *2.* Dulu kita berusaha, utk memiliki. Kini waktunya untuk melepaskan harta, pangkat, anak, isteri semua akan kembali kepada-NYA. *Bahagia terletak pada keikhlasan.* *3.* Sehari berlalu, umur berkurangan, berbuat baiklah dan sentiasa ingat Allah kerana *kita tidak tahu bila akan dipanggil.* *4.* Hidup ini sangat singkat dalam sekejap kita mulai tua dan *pasti masuk KUBUR..*  Menyesal di dunia masih ada jalan, jangan menyesal dalam kubur tidak berguna lagi. *5.* Jangan tengok ke atas, akan sentiasa merasa kurang, tengok ke bawah boleh merasa cukup dan syukuri apa adanya p

Buatlah Kebaikan Walau Sekecil Mana Pun

⚘Pertama : Bila kamu nampak semut, maka janganlah kamu membunuhnya. Carilah dengan itu wajah Allah, semoga Allah mengasihani kamu sebagai mana kamu mengasihaninya. Kamu ingatlah bahawa ia bertasbih kepada Allah, maka jangan engkau hentikan tasbih ini dengan membunuhnya. ⚘Kedua : Bila kamu nampak burung sedang minum air dari kolam, maka jangan lah kamu lalu di sebelahnya sehingga menakutkannya. Biarkan ia dengan perasaan yang aman. Engkau carilah dengan itu redha Allah, semoga Dia mengamankan kamu pada hari di mana, nyawa telah sampai di tenggorok. ⚘Ketiga : Bila kamu hendak mengalihkan kucing yang sedang mengganggu di tengah jalan, elak kan dari membuatnya terkejut. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah memelihara engkau dari kematian yang mengejut. ⚘Keempat : Bila engkau terpaksa membuang sisa atau baki makanan, jadikanlah niat engkau hendak memberi makhluk lain makan. Carilah dengan itu redha Allah. Semoga Allah mengurniakan engkau rezqi dari jalan yang tak disangka. B

HOTELS FOR SALE* *KUALA LUMPUR HOTELS FOR SALE

1) *Kuala Lumpur* *Armada Hotel* 4 stars hotel 24 storeys hotel 257 rooms RM 220M 2) *Kuala Lumpur* *Holiday Inn Express* 4 stars hotel 15 storeys hotel 386 rooms 190 car parks bays Freehold RM 365M 3) *Kuala Lumpur* *Ibis Hotel* 4 stars hotel 684 rooms Freehold RM 500M 4) *Kuala Lumpur* *G Tower* 5 stars hotel 32 storeys Freehold RM 1.2 Bill 5) *Kuala Lumpur* *Maya Hotel* 4 stars boutique urban hotel 207 rooms Freehold RM 235M 6) *Kuala Lumpur* *Journal Hotel* 4 Star Hotel Total 112 Rooms RM 120M 7) *Sentral Hotels Group's* (10 hotels in Malaysia) RM 608M (For 10 Malaysia hotels) * Subang Jaya, Shah Alam Geno Hotel 4 stars hotel 20 storeys 244 rooms Freehold RM 200M *PENANG ISLAND HOTEL FOR SALE* *BATU FERRINGGHI* 5 stars Sea View hotel for sale 13 storeys hotel 316 guests rooms attached bathrooms RM 260M *TANJUNG BUNGAH* 4 stars Beachfront hotel for sale 17 storeys hotel 280 guests rooms attached with bathrooms R

Kebijaksanaan politik Tun M mampu runtuhkan kerajaan Muhyiddin

Wajar dibaca oleh kedua2 penyokong kerajaan dan PH. Analisa yang agak objektif Kekurangan yg ketara bagi pengkritik2 tegar Tun Mahathir adalah cuba membina naratif baru berdasarkan persepsi dan cakap2 politik yg tidak berdasarkan fakta dan data analitikal yg sepadan. Saya telah agak lama membuat kajian terhadap pemikiran dan politik Tun Mahathir dan sehingga kini saya masih belum dapat memposisikan mana2 satu tokoh politik yg dianggap sepadan dgn ketokohan Tun Mahathir sekalipun Anwar Ibrahim, yg dianggap seorang ikonik politik yg sangat berpengaruh dan cemerlang rekod pencapaiannya samada di dalam belia, UMNO dan pasca pemecatannya dari UMNO pada tahun 1998 lalu. Berikut saya menyenaraikan beberapa faktor yg saya yakin Tun Mahathir mampu menggugat dan meruntuhkan kerajaan TSMY tidak lama lagi. PERTAMA, Tun sejak awal mengatakan beliau mempunyai bilangan yg cukup utk membentuk kerajaan berbanding TSMY. Walaupun TSMY memiliki segala kelebihan sbg PM, yg mampu utk melakukan taw

PEMIMPIN MENDENGAR....

Rasullullah SAW bersabda yg bermaksud " Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan di minta bertanggongjawab ke atas kepemimpinannya. Seorang Penguasa adalah pemimpin bagi rakyatnya dan bertanggongjawab ke atas mereka. Seorang isteri adalah pemimpin ke atas rumah suaminya dan bertanggongjawab ke atasnya. Seorang hamba adalah penjaga bagi harta tuannya dan dia bertanggongjawab ke atasnya" (Hadis riwayat al-Bukhari) Pemimpin yg baik pasti mahukan kepemimpinannya berjalan sempurna. Bagaimanapun pemimpin tetap perlu mendengar pandangan orang lain dlm membuat perancangan dan keputusan. Antara sifat pemimpin yg baik adalah tidak menggunakan kekuasaan yg dimiliki untuk membuat keputusan. Semangat mengadakan perbincangan perlu di semarakkan bagi memastikan pemimpin itu benar-benar memahami kehendak dan aspirasi orang ramai di bawah kepemimpinannya. Kepemimpinan dlm sesebuah rumah tangga misalnya, suami tidak boleh menafikan pandangan isteri dan anak-anak dalam mem

DI SEBALIK VIRUS CORONA Kerajaan Terpilih, Ramadan dan Hari Raya PKP.

Tiada siapa melainkan Allah swt yang turunkan Corona Virus. Turunnya dua bulan sebelum Ramadan. Di saat konflik kepimpinan negara, yang akhirnya berlaku pertukaran kerajaan, dari PH ke PN. Rasanya, mampukah PH menangani pandemik Covid-19 seperti yang PN lakukan hari ini? Allah swt lebih mengetahui, sebab itu DIA angkat TSMY ganti Tun M. Kita pun tak menjangka, di saat kemelut politik, janji peralihan kuasa Tun M kepada DSAI, tiba² Tun M letak jawatan. Sekelip mata segalanya berubah. Baginda YDPA memilih TSMY sebagai PM8 dan terus diuji menangani pandemik Covid-19. Rasanya seluruh rakyat Malaysia menarik nafas lega kerana Covid-19 terjadi bukan di bawah kerajaan PH, yang sepanjang masa pemerintahan mereka tak habis² mempolitikkan segala hal. Kalau masih PH... Punah Harapan rakyat, tiada pembelaan. Kuasa Allah yang menentukan peralihan kepimpinan negara. Tiada istilah kerajaan pintu belakang atau tebuk atap. Pemimpin² PH patut cermin diri, lihat di cermin, layak atau tidak jadi pe

BERITA MALANG BUAT MAHATHIR

BERITA MALANG BUAT MAHATHIR BILA LORETTA LYNCH, BEKAS PEGUAM NEGARA AMERIKA DISIASAT ATAS BEBERAPA SALAH LAKU TERMASUK MENGENAKAN DATO SRI NAJIB DAN BEBERAPA INDIVIDU BAGI PIHAK NGO YANG DIBIAYAI OLEH NED, OPEN SOCIETY MILIK SOROS DAN CLINTON GLOBAL FOUNDATION https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=580288832890519&id=1060007127376680&sfnsn=mo CERITA DALAMAN DARIPADA PIHAK SPRM BERHUBU G PENYELESAIAN KES RIZA AZIZ https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/20/penyelesaian-kes-pengubahan-wang-riza-aziz-inside-story-sprm/ 𝐍𝐀𝐉𝐈𝐁 𝐁𝐀𝐊𝐀𝐋 𝐁𝐄𝐁𝐀𝐒 𝐀𝐊𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐓𝐈 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀𝐀𝐍- 𝗚𝗼𝗽𝗮𝗹 𝗥𝗮𝗷 𝗞𝘂𝗺𝗮𝗿 Pendakwan terhadap DSN dijangka akan digugurkan tidak lama lagi. Antaranya adalah disebabkan oleh tindakan kerajaan Amerika, kekurangan bahan bukti amat ketara pihak pendakwaan yang boleh digunakan untuk mensabitkan kesalahan. Juga kerana pihak pendakwaan manjadikan hampir keseluruhan asas kes mere

LIMA PUKULAN K.O. UNTUK TUN DR MAHATHIR

Dalam sidang media bersama Pakatan Harapan, BERSATU dan WARISAN pada 18 Mei, Tun Dr Mahathir menyatakan: (1) MPT BERSATU tidak pernah buat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan. (2) Sehingga diputuskan sebaliknya, BERSATU masih kekal di dalam Pakatan Harapan. (3) Tindakan Tan Sri Muhyiddin membawa BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan adalah bertentangan dengan perlembagaan BERSATU. (4) Tindakan Tan Sri Muhyiddin membawa BERSATU masuk ke dalam Perikatan Nasional juga adalah bertentangan dengan perlembagaan BERSATU. (5) BERSATU akan mengambil tindakan disiplin terhadap Tan Sri Muhyiddin kerana membuat tindakan yang bertentangan dengan perlembagaan BERSATU. Malangnya, hanya selang sehari sahaja selepas Tun Dr Mahathir membuat kenyataan ini, satu demi satu pukulan k.o. terus singgah di muka beliau: Pukulan k.o. pertama yang keluar adalah audio rakaman Mesyuarat MPT BERSATU pada 23 Februari dalam mana Tun Dr Mahathir kedengaran menerima keputusan Ahli-Ahli MPT BERSATU

PH mendakwa Perikatan Nasional adalah Kerajaan pintu belakang dan tebuk atap atau kerajaan tak sah.

Mari kita singkap sikit sejarah sejak berakhirnya PRU14 pada 9 Mei 2018 lalu. Kemudian cuba kita sama2 beri penilaian dan beri gelaran utk beberapa kerajaan negeri yg ditubuhkan selepas itu. Selepas berakhirnya PRU14 kita dikejutkan dg tindakan 30 MP BN/ UMNO melompat dan menyokong ke PH sama ada dg menjadi MP bebas atau menyertai parti dlm PH. 1. Sabah. BN 29 DUN + STAR 2 DUN. Musa Aman angkat sumpah jadi Ketua Menteri Sabah dg sokongan 31 ADUN. Warisan, PKR dan DAP menang 29 DUN. Kemudian 6 wakil rakyat BN bertindak menyokong Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu. Apa gelaran yang sesuai untuk Kerajaan ini? TEBUK TUPAI? 2. Kedah. PH menang 18 DUN. PAS dan UMNO juga menang 18 DUN. Tiba2 ADUN Guar Chempedak menyokong Mukhriz dan Mukhriz angkat sumpah Menteri Besar. Kerajaan ini kerajaan apa? TEBUK DINDING??? 3. Perak Kerusi DUN Perak ada 59. PH menang 29 DUN. Tak boleh tubuh kerajaan. Entah kenapa 2 wakil rakyat UMNO menyokong PH. Faizal Azumu angkat sumpah M

Tun Mahathir ... Bukan Lagi Pengerusi Parti Bunga ???

TSMY MEMANGKU JAWATAN PENGERUSI PARTI (BERSATU) Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengesahkan Tan Sri Muhyiddin Yassin kini memangku jawatan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi menggantikan Tun M. Berdasarkan dokumen yang dikemukakan - iaitu surat peletakan jawatan pengerusi, ROS mengesahkan peletakan jawatan Mahathir sebagai pengerusi Bersatu oleh Muhyiddin, presiden Bersatu adalah juga sah dan masih berkuat kuasa selaras dengan peruntukan perlembagaan Bersatu sehingga diadakan pemilihan pengerusi baru.

Transkrip Audio MeetingTerakhir Majlis Presiden PH

Ringkasan penuh rakaman audio Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan pada 21 Febuari 2020: 1. (Minit ke 7) Tan Sri Muhyiddin menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir kekal sebagai PM. 2. (Minit ke 13) Syed Saddiq menyelar Bendahari PKR yg mendesak Tun melepaskan jawatan & tidak bersetuju dengan usul yang dibincangkan. 3. (Minit ke 17) Radzi Jidin nyatakan beliau tinggalkan kerja 20 tahun di Australia untuk berkhidmat pada negara, hentam PKR & sokong Tun Mahathir kekal sebagai PM. 4. (Minit ke 22) Khalid Samad cadang DS Anwar Ibrahim dilantik dalam kabinet. Khalid ingatkan bahawa mesyuarat (transisi kuasa) perlu dilakukan demi menjamin kelicinan proses. 5. (Minit ke 33) Anthony Loke bersetuju dengan Khalid Samad dan cadang Tun dikekalkan dalam cabinet selepas peralihan kuasa. 6. (Minit ke 36) Azmin Ali memuji Tun dan mengadu diserang secara terbuka dalam Keadilan serta digelar ‘Barua Mahathir’. Azmin turut menghentam DS Anwar Ibrahim. Azmin menyatakan tidak wuj

Bila UMNO Hilang Kuasa, Semua Hilang Senyap

Saya masih ingat selepas kita hilang kuasa 9hb Mei, ketika Pemilihan UMNO ramai yang tak berani menawarkan diri bertanding kerana hilang kuasa. Paling real sebelum kita hilang kuasa, ramai yang pasang badan , cerita ttg kesetiaan perjuangan dalam UMNO dan minta bantu nak bertanding pelbagai jawatan dalam UMNO. Bila UMNO hilang kuasa, semua hilang senyap seribu bahasa , malah bila tanya kenapa tak menawarkan diri bertanding jawapan mereka berubah iaitu tak minat lar pasal UMNO bukan kerajaan malah ada dikalangan mereka terus melompat tinggalkan UMNO. Jadi ketika pemilihan 2018 , tak ramai yang berani menawarkan diri bertanding kerana . 1) UMNO Bukan Kerajaan dan tiada kuasa 2) UMNO Tiada Dana , Jika Menang Semua Kena Tanggung Sendiri. 3) UMNO Pasti Tidak Akan Kembali Jadi Kerajaan, Buang Masa. Maka Yang Menawarkan Diri Pada Pemilihan UMNO 2018 , Majoriti Meletakkan Kepentingan UMNO Dihadapan Melebihi Kepentingan Pribadi, Kerana Ketika Itu Yang Menawarkan Diri Majoriti Tanam

Selepas 51 tahun, kita mengenang semula sejarah PERISTIWA 13 MEI 1969...

Hari ini, 13 Mei 2020 Peristiwa 13 Mei* pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini telah meragut nyawa serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 10 Mei 1969" merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara Malaysia. Latar belakang Isu perkauman dalam pilihan raya 1969 Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai bumiputera dan hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah daripadanya dalam pilihanraya. Pada pilihanraya umum 1969, Parti Perikatan yang dianggotai oleh UMNO, MCA, dan MIC gagal memperolehi majoriti 2/3 di parlimen walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini di

Insan Bernama Pemimpin

Cermin muka mu tika kau berdiri di depan cermin.. bilang kerutan yang timbul di wajah mu dan lihat bibir mu dan renung dahi mu. Kau pemimpin yang semakin hilang harga diri di mata kami dan disudut hati rakyat. Kau pendekar hebat di gelanggang politik negara kau pijak kau sepak kau tendang kau perhina lawan mu mengikut rasa kaki dan hati mu untok memuaskan nafsu dendam mu pada seteru mu Kau pergunakan beribu teori hari ini kau kata boleh esok kau kata tidak boleh asalkan matlamat mu tercapai Kau pergunakan keadaan menghalal kan cara kau guna anjing buruan di mana mana menyalak seteru mu hingga tersungkur sepuas hati mu kau gelak ketawa Satu waktu kau kata mareka itu tidak layak di buat kawan bila kau dalam kelemasan kau panggil mareka sahabat untok membantu mu agar tidak mati kelemasan. Ingatlah istana mu kata pergi kubur mu kata mari... namun kau masih tidak sedar diri masih mahu mengenggam kuasa lagi hingga mati... Mungkin mat

AHMAD ZAHID HAMIDI RANJAU SEPANJANG JALAN

Menjelang ulang tahun penubuhan UMNO yang ke-74, timbul pulak bisik-bisik berlakunya pergolakan dalaman UMNO yang menyebut ada usaha untuk menggangu-gugat kedudukan Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Sejauh mana kebenarnnya bukanlah isu “kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang”. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Ahmad Zahid Hamidi dipilih oleh ahli di peringkat akar umbi bagi menerajui UMNO bagi tempoh 2018-2021 dan ahli akar umbi jugalah yang akan menentukan kedudukannya pada pemilihan parti akan datang. Perlu ingat, Institusi Presiden UMNO adalah tunjang dan simbol kekuatan UMNO dan sewajarnya pimpinan UMNO memperkukuhkan institusi ini bersama presiden bukan membuat perancangan untuk kepentingan diri dan kartel masing-masing. Lemah sangatkah Ahmad Zahid Hamidi? Sehingga desakan demi desakan dibuat. Tempohari didesak bercuti, beliau akur untuk selamatkan UMNO supaya tidak ada lagi ahli parlimen yang mengugut lompat parti. Bila sudah menjadi sebaha

Jangan Mengajak Rakyat Bergocoh Kerana Kesilapan Pemimpin.

Semua bijak belaka. Selesaikanlah secara bijak dan mengikut peruntukan yang ada. Kita boleh beri pandangan dan analisa dan jika proses demokrasi membenarkan apa yang kita nak bebel. Kalau nak ikut kata hati kita, UMNO dengan hujah UMNO dan tentulah orang PAS akan pertahan hujah parti Pas, Bersatu pro TSMY akan pertahankan YAB PM, Bersatu yang kiblat politiknya kepada YB Tun akan pertahankan hak mantan PM itu. Begitu juga DAP,  PKR dan Amanah. Ini parti parti gabungan sah di bawah Pakatan Harapan yang menang dalam PRU lalu. Sudah adat, bagi sistem pemerintahan demokrasi berparlimen menang jadi kerajaan dan kalah jadi Pembangkang. Soal bagaimana ia berlaku dan siapa penyebabnya itu isu lain. Apabila berlaku sebaliknya maka ketidakpuasan ini akan terus membakar samada secara terang ataupun diam. Jika kemelut dan isu ini tidak diselesai segera ia tetap akan berpanjangan. Rakyat akan terus membuat andaian dan analisa yang akhirnya usaha membangunkan ekonomi dan hak rakyat akan tergan

CUKOP CUKOPLAH MENJADIKAN UMNO LADANG MENUAI KEKAYAAN DIRI.

KITA SAMBUNG LAGI..... Tok Mat Hassan  bernasib baik, saat beliau memangku jawatan Presiden UMNO hasil buah dipohon muafakat nasional semakin ranum, maka ramailah yang dapat duduk berteduh dibawah pohon yang mula rendang sambil menikmati hasil buahnya. UMNO mula mengapai keyakinan rakyat menerajui Mufakat Nasional dengan termeterainya Piagam  Mufakat Nasional..kerana itu saya sering menyebut ikatan antara umno dan Pas ada hitam putihnya dalam bentuk piagam (perjanjian) yang ditanda tangani oleh Presiden Umno dan Presiden Pas disambut dengan lenangan air mata di bangunan bersejarah Dewan Merdeka PWTC tanggal 14 September 2019. Kini.. bila terbentuknya kerajaan baru atas nama perikatan nasional yang dicetuskan oleh Tan Sri Muhyudin dari Bersatu dan Azmin  Ali bersama  beberapa orang ahli Parlimen dari Parti Keadilan yang turut disokong oleh Umno dan Pas maka Tan Sri Muhyudin akhirnya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri. Khalash. Matlamat UMNO pimpinan DS Zahid dan Tuan Guru Hj.