Skip to main content

PEMIMPIN MENDENGAR....


Rasullullah SAW bersabda yg bermaksud " Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan di minta bertanggongjawab ke atas kepemimpinannya. Seorang Penguasa adalah pemimpin bagi rakyatnya dan bertanggongjawab ke atas mereka. Seorang isteri adalah pemimpin ke atas rumah suaminya dan bertanggongjawab ke atasnya. Seorang hamba adalah penjaga bagi harta tuannya dan dia bertanggongjawab ke atasnya"
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Pemimpin yg baik pasti mahukan kepemimpinannya berjalan sempurna. Bagaimanapun pemimpin tetap perlu mendengar pandangan orang lain dlm membuat perancangan dan keputusan.

Antara sifat pemimpin yg baik adalah tidak menggunakan kekuasaan yg dimiliki untuk membuat keputusan.

Semangat mengadakan perbincangan perlu di semarakkan bagi memastikan pemimpin itu benar-benar memahami kehendak dan aspirasi orang ramai di bawah kepemimpinannya.

Kepemimpinan dlm sesebuah rumah tangga misalnya, suami tidak boleh menafikan pandangan isteri dan anak-anak dalam membuat keputusan.

Begitu juga dlm sebuah organisasi. Setiap pemimpin mesti mendengar pandangan orang bawahannya dan tidak sesekali bergantung hanya kepada orang kanannya sahaja.

Tidak rugi mendengar pandangan orang lain kerana pasti ada kebaikan hasil buah fikiran orang ramai.

Firman Allah SWT yg bermaksud " Maka dgn sebab rahmat (yg melimpah-limpah) drp Allah (kepadamu wahai Muhammad) engkau telah bersikap lemah-lembut kpd mereka (para sahabat dan pengikutmu) dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah kereka lari dari kelilingmu. Oleh itu, maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yg mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah kemaafan bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dgn mereka dlm urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat) maka bertawakkallah kpd Allah, sesunggohnya Allah mengasihi orang yg bertawakal kepasaNya"
(Surah Ali 'Imran, ayat 159)

Allah SWT mengajar Rasulullah SAW mendapatkan pandangan sahabat dlm urusan penting yg menjadi antara sebab sahabat sentiasa mendampingi Baginda.

Orang yg tidak mahu mendengar pandangan orang lain adalah pemimpin yg sombong.

Tidak ada cara lain untuk mendampingi orang di bawah melainkan membuka pintu utk mereka memberi sumbangan idea.

Rasullullah SAW sentiasa menunjukkan contoh  kepimpinan terbaik. Baginda SAW adalah insan agung yg menerima wahyu petunjuk drp Allah SWT.

Namun Baginda SAW tetap membuka ruang kpd para sahabat menyuarakan pandangan sebelum membuat sesuatu keputusan.

Malah, pandangan sahabat banyak yg diterima Rasullullah SAW. Antaranya, Baginda SAW menerima pandangan Abu Bakar as- Siddiq berkenaan tawanan Perang Badar yg di bebaskan selepas mereka membayar tebusan perang.

Selain itu, Rasullullah SAW turut menerima pandangan Salman al-Farisi untuk membuat parit bagi menghalang serangan musuh dalam Perang Khandak.

Itu semua adalah akhlak Rasulullah SAW sebagai seorang pemimpin yg mendengar dan menerima pandangan orang lain dalam membuat keputusan demi survival Islam.

Rasulullah SAW juga tidak pernah membeza-bezakan kedudukan sahabat tatkala berbincang bagi mendapat keputusan ramai.

Baginda SAW meraikan pandangan sahahatnya selagi pandangan itu tidak merugikan umat Islam dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Oleh itu amat wajar bagi setiap pemimpin sentiasa menyemarakkan budaya bertukar-tukar pansangan sesama individu dlm organisasi yg di tadbir supaya dapat menemui keputusan terbaik.

Mendengar pandangan orang bawahan tidak sesekali akan menjatuhkan kredibiliti seseorang pemimpin, malah akan menyerlahkan sifat keterbukaannya.

Kadang-kadang ada pemimpin berasa dirinya tidak berkuasa jika mendengar pandangan orang bawahannya.

Bukankah pemimpin itu diangkat kerana adanya orang bawahan dlm organisasinya. Tiada org bawahan, maka tiadalah pemimpin berada di atas. Ingatlah kedudukan di dunia juga tidak kekal selamanya.

Sementara itu setiap ahli juga perlu akur kpd keputusan pemimpin yg telah dibuat dengan sebaik-baik pertimbagan dan setelah mendengar pelbagai pandangan meskipun berbeza dengan pandangan kita sebagai individu.

Kita semua samada pemimpin atau ahli bagi mana-mana organisasi pasti ada salah silap di mana-mana serta berbeza pandangan dlm beberapa perkara. Yang penting kita wajar bermaaf-maafan dan sentiasa bersedia meraikan perbezaan sesama kita. 

Wallahuaklam

(Sekadar bahan utk renungan bersama. Tiada kaitan dgn sesiapa samada yg masih hidup atau yg telah meninggalkan kita)

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun