Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2010

10 Dalil DAP duri dalam daging PR

1. Tindakan ADUN DAP Kedah menggugyt Kerajaan Negeri dan Istihar keluar PR semasa isu perobohan pusat penyembelihan babi di Alor Setar. 2. Jeff Ooi melebelkan Ahli Majlis Pulau Pinang dan Jemaah Islam Malaysia, Mohd Razali Abdullah sebagai ekstremis, fundamentalis dan teroris kerana mengkritik kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng. 3.Jeff Ooi melebelkan PKR dipenuhi sampah-sampah kerana kritikan terbuka terhadap Lim Guan Eng. 4. Kegagalan PR melantik ADUN PAS Permatang Pasir, Salleh Man dalam Exco atau sebagai Pengerusi Majlis agama Islam Pulau Pinang sebagaimana dijanjikan dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir. 5. Auan tiga ADUN di Perak yang tidak berpuas hati dengan tinda-tanduk dan sikap kepimpinan DAP akhirnya menyebabkan mereka keluar daripada PR menjadi punca tumbangnya Kerajaan Perak. 6. Tindakan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mendesak Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, dipecat selepas pertikaian mengenai Selcat dan kebenaran perjualan arak dikedai se