Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

Jika Struktur negara sudah runtuh, bukan mudah mendirikan semula

Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah melakukan yang terbaik untuk kesenagan dan kesejahteraan rakyat. Itu kenyataan. Perpaduan, muafakat dan persefahaman dalam UMNO/ BN telah terjalin sekian lama. Manakala kerjasama dalam PR masih diragukan, bersifat sementara demi keselesaan dan agak rapuh. Kesepakatan itu mewajahkan BN sebuah gabungan parti yang berdaftar dan menggunakan satu lambang, berbanding dengan PR belum pun tercipta satu lambang perpaduan politik, tetapi berbanding atas bendera masing-masing. Pandagan kebanyakan pemimpin BN supaya perubahan dilakukan berikutan kelemahan jentera pilihanraya BN memerlukan tindakan bukan lagi cakapan. Jentera BN memang kurang bertenaga dan tidak kreatif, konflik antara pemimpin setempat dan ada lepas tangan (ini berikutan tidak dapat kerjasama pemimpin setempat/Negeri (seperti PRK Sibu). Faktor tidak mengenang budi kepada kerajaan semakin meluas menusuk ke hati remaja dan pengundi generasi baru. Mereka tidak percaya bahawa kemajuan selama ini ak