Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2013

Manifesto: Hudud Gugur, Perjuangan PAS Sudah Tidak Bernilai

Manifesto PR bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat' telah pun dilancarkan secara rasmi pada 25 Februari 2013 yang lepas sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Ke-4 yang dilangsungkan di Shah Alam Convention Centre (SACC). Manifesto itu dirangka bersandarkan empat tonggak utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat mendapat pengesahan dan perakuan rasmi ketiga-ketiga pemimpin utama PR dari DAP, PKR dan PAS. Satu perkara menarik, kandungan manifesto itu langsung tidak menyentuh sebarang komitmen PR untuk merintis perlaksanaan hukum Hudud sekiranya berjaya mengambil alih Kerajaan Pusat. Dari muka surat satu hingga akhir walau sepatah ayat pun mengenai perlaksanaan hukum hudud tidak kelihatan. Keadaan ini menunjukkan PR langsung tidak berhajat untuk melaksanakannya sekalipun umum mengetahui janji perlaksanaan hukum hudud amat sinonim dengan PAS sejak ha

Konspirasi Jenayah Terancang Antara PI Bala Dan Deepak

Setelah hampir lima tahun menyepi kerana melarikan diri ke Chennai India, bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam atau lebih dikenali dengan panggilan PI Bala, tampil buat julung kalinya di sebuah program ceramah pakatan pembangkang anjuran Chegu Bard. Dia sebelum ini telah menarik perhatian masyarakat di negara ini dengan kenyataan bersumpahnya (SD1) pada 1 July 2008. SD1 antara lainnya cuba untuk mengaitkan Perdana Menteri dan isteri dalam kes pembunuhan bekas model Monggolia Altantuyya. Namun 3 hari selepas itu, Bala sekali lagi menarik perhatian umum, apabila tampil membuat kenyataan bersumpah (SD2) bagi menafikan tuduhan yang dilakukan sebelum ini di dalam SD1 pada 4 Julai 2008. Sejurus selepas kenyataan tersebut, dia akhirnya ‘hilang’ dari pengetahuan umum serta gagal untuk di kesan, dipercayai telah melarikan diri ke luar negara. Seperti yang telah diduga ketika

Bala Kembali Untuk Tipu Rakyat

Bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (PI Bala) mungkin merasa sedikit hampa apabila sambutan kepulangannya di KLIA tempohari hanya menarik perhatian kira-kira 50 orang pemimpin dan penyokong PKR sahaja, berkali ganda kurang dari jangkaan awalnya. Ia satu permulaan yang kurang baik sementelah lagi di saat PKR begitu terdesak memerlukan penampilan PI Bala untuk digandingkan dengan penjual karpet, Deepak Jaikishan bagi menjayakan kesinambungan ceritera fiksyen mengenai kematian model Mongolia, Altantuya Shariibuu. Walaupun begitu, PI Bala masih boleh berbangga kerana kepulangannya tetap juga diberi sambutan ala-ala pemimpin parti, jauh lebih baik berbanding Helmi Malik yang terpaksa menanggung malu sendirian selepas kantoi menggunakan kad pengenalan palsu di Indonesia. Bagi pembaca yang tidak mengenali siapa Helmi Malik, bolehlah membuat carian di Google mengenai berita dan

Adakah Ng Phaik Keng @ Rainbow @ Chai Hong perangkap Madu yang ditubuhkan oleh Tan Sri Tan Kok Ping untuk CM Lim Guan Eng?

Kami telah menulis tentang Tan Sri Tan Kok Ping sebagai salah satu kroni terdekat Ketua Menteri Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Ini adalah orang yang mengawal kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang terlibat dalam semua maksiat - dari dadah, pelacuran, penyeludupan, perjudian untuk pinjaman sharking - tetapi sudah tentu, camouflaged oleh forays perniagaan dan korporat. Tan Kok Ping memahami kelemahan lelaki - dia telah berurusan dengan ramai lelaki dan banyak terutama mereka dalam kedudukan yang kuat. Kebanyakan lelaki akan jatuh untuk salah satu ini - Wang, Seks atau Kuasa. Dan Lictor mesti dibawa masuk ke dalam bermain. Dan Lim Guan Eng adalah tidak berbeza. Sudah tentu, tawaran wang melibatkan harta dan sogokan adalah sebahagian daripada senjata yang digunakan berkesan pada Lim Guan Eng Tan Kok Ping, namun Kok Ping diperlukan insurans yang harus faktor wang tidak bekerja apa-apa lagi maka faktor seks dan wanita mesti digunakan. Dalam apa jua keadaan, ia adalah terlalu murah dan ser

ASLI Ramal BN Terus Berkuasa

Pilihan Raya Ke-13 (PRU 13) yang akan berlangsung bila-bila masa dari sekarang adalah yang paling sengit dalam sejarah dengan kebanyakan kawasan DUN dan Parlimen yang dipertandingkan akan menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Rakyat (PR). Namun demikian, rata-rata kajian dan analisis oleh pelbagai pihak yang disokong oleh senario semasa jelas menunjukkan BN akan kekal berkuasa di samping menawan semula beberapa negeri yang sebelumnya jatuh ke tangan PR. Terbaru, badan pemikir bukan kerajaan, Asian Strategy and Leadership Institute (ASLI) turut meramalkan PRU 13 akan menyaksikan BN kembali menerajui Kerajaan Pusat berikutan kembalinya sokongan kuat majoriti pengundi Melayu Islam ke pangkuan BN. Hasil kedapatan dari kajian ASLI itu hampir sama dengan laporan kajian oleh Economist Intelligence Unit (EIU), badan pemikir terkenal di London yang baru-baru ini turut meramalkan BN akan muncul

Bala Kembali Untuk Tipu Rakyat

Bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (PI Bala) mungkin merasa sedikit hampa apabila sambutan kepulangannya di KLIA tempohari hanya menarik perhatian kira-kira 50 orang pemimpin dan penyokong PKR sahaja, berkali ganda kurang dari jangkaan awalnya. Ia satu permulaan yang kurang baik sementelah lagi di saat PKR begitu terdesak memerlukan penampilan PI Bala untuk digandingkan dengan penjual karpet, Deepak Jaikishan bagi menjayakan kesinambungan ceritera fiksyen mengenai kematian model Mongolia, Altantuya Shariibuu. Walaupun begitu, PI Bala masih boleh berbangga kerana kepulangannya tetap juga diberi sambutan ala-ala pemimpin parti, jauh lebih baik berbanding Helmi Malik yang terpaksa menanggung malu sendirian selepas kantoi menggunakan kad pengenalan palsu di Indonesia. Bagi pembaca yang tidak mengenali siapa Helmi Malik, bolehlah membuat carian di Google mengenai berita dan gambar Exco Kerajaan PKR Selangor, Elizabeth Wong yang ter

Masa Untuk Orang Cina Beralih Kepada BN

Tsunami politik yang melanda negara semasa PRU 12 2008 memang diakui besar impaknya sehingga mengakibatkan Barisan Nasional (BN) buat pertama kalinya hilang serentak penguasaan di lima buah negeri - Perak, Selangor, Kelantan, Kedah dan Selangor. Serentak dengan itu juga BN kehilangan majoriti dua pertiga manakala undi popular yang menyebelahi BN hanya kira-kira 51% sahaja dari keseluruhan jumlah pengundi yang keluar mengundi. Disingkap kembali keadaan serba mengejutkan tika itu memang menyebabkan ramai pemimpin BN terbeliak biji mata sukar mempercayainya. Kiranya SPR selaku pengendali pilihanraya benar-benar bias menyebelahi BN sebagaimana tohmahan oleh pemimpin PR, tentunya keadaan sedemikian tidak berlaku. Mujurlah di sebalik kejutan tsunami itu tidak menyebabkan pemimpin BN patah semangat, masing-masing cuba berlapang dada bermuhasabah diri dan ternyata langkah itu tepat dalam membantu BN membuat anjakan paradigma. Kini senario telah ban

Orang DAP Tak Bising Pun Pasal BR1M. Nampak Sangat Melayu PAS Kuat Dengki

Menjelang PRU13, Pakatan Pembangkang terus mempolitikkan pemberian BR1M oleh kerajaan. Nik Aziz Nik Mat menyamakan penerima BR1M sebagai haiwan, Hadi Awang memanggil pemberian ini amalan Firaun, dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Hadi mengeluarkan fatwa bahawa BR1M haram di sisi Islam. Pakatan guna strategi serang BN dengan isu BR1M.  Tindakan Nik Aziz & Hadi Awang keterlaluan. Ramai juga ahli PAS yang dapat BR1M, adakah mereka juga haiwan dan pengikut ajaran Firaun?   Majlis Fatwa Kebangsaan kata pemberian BR1M adalah mengikuti ajaran Islam dan tidak salah. Nik Aziz nyanyuk patut dah duduk diam-diam je kat Kelate tuh. Suka-suka nak panggil orang susah haiwan. Kalau orang susah Nik Aziz gelar haiwan, orang kaya pula apa? Manusia? PAS sudah terlalu sesat.  Apa cerita Hadi? Berani ke keluar fatwa kata BR1M haram?  Majlis Fatwa Kebangsaan kata BR1M tak haram. PAS kau duduk diam-diamlah. Duit kau ambik, lepas tu nak main-main hukum Allah pulak!  P

'Haiwankah aku', hanya kerana wang ulil amri (Utusan)

ADAKAH wajar penerima bantuan kewangan dari Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) dianggap sebagai haiwan yang memakan hampas. Sepatutnya isu ini tidak timbul jika kita sebagai umat Islam memahami konsep bersyukur terhadap rezeki yang diberikan oleh Allah SWT. Jika kita hidup susah tetapi hendak mengharapkan kerajaan yang papa kedana pun tidak ada gunanya juga. Soalnya Kerajaan Pusat mampu memberi dan kita tidak kufur nikmat sanggup menerima maka mengapa dipersoalkan sama ada memberi duit sebagai memberi ikan dan bukan memberi pendidikan. Bercakap soal memberi ikan dan bukan belajar cara menangkap ikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, cuba lihat apa yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu di bawah Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said berbanding apa yang telah dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dengan pendidikan anak-anak negeri masing-masing. S

Siapa Tanggung Bala Sepanjang 5 Tahun Menghilang?

Selepas lebih kurang 5 tahun penyiasat persendirian Balasubramaniam Perumal (PI Bala) menghilangkan diri bersembunyi di India, Ahad lepas bersamaan 24 Februari 2013, akhirnya PI Bala muncul di KLIA dengan sambutan hangat oleh kira-kira 50 penyokong PKR. Sambutan yang diberikan oleh PKR terhadap PI Bala itu mengesahkan lagi wujudnya peranan parti itu dalam merencanakan komplot jahat mereka memanipulasi dan mensensasikan kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya untuk dikaitkan dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Lagi pun bila mana perkara pertama yang dilakukan PI bala ialah bersumpah bersaksikan kitab Hindu Bhagavad Gita bahawa Akuan Bersumpah (SD) pertama yang mengaitkan Najib dalam pembunuhan Altantuya kononnya adalah benar, manakala SD 2 pula dilakukan secara terpaksa, tambah jelas lagi peranan PKR dalam kes ini. Sepatutnya jika PI Bala berhasrat menafikan pula SD2, bukankah lebih elok dilakukan pula SD ketiga. Alang-alang sudah b

ANWAR KEHABISAN PELURU SERANG UMNO-BN

Ketua Pembangkang semakin berkecamuk fikirannya ekoran tekanan politik yang dihadapi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan diumumkan dalam masa terdekat. Kalan dalam istilah peperangan, Anwar Ibrahim terpaksa mengeluarkan semua senjata sulitnya bagi menghadapi populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin meningkat. Malah Anwar jelas nampak tertekan apabila rakyat mula memberi respons yang cukup memberangsangan terhadap segala usaha serta program untuk membantu dan meringankan kos kehidupan. Boleh dikatakan tidak ada kelompok atau golongan rakyat yang tidak menerima mahupun menikmati limpahan rahmat hasil daripada keprihatin kerajaan Barisan Nasional. Daripada BR1M 1.0 dan kini BR1M 2.0 dan seterusnya BRIM 3.0 pada masa depan hinggalah kepada program-program membantu ibu tunggal, pelajar sekolah, golongan belia dan remaja, siswa siswi, pemandu teksi, anggota tentera yang bersara, pemandu teksi, kumpulan OKU, golon

Anwar Liwat Kesucian Huguan Siou: Penafian Anwar menyebabkan kaum Kadazandusun semakin ‘sakit hati’

Masyarakat Kadazandusun nampaknya masih lagi tidak dapat memaafkan Anwar Ibrahim kerana ‘meliwat’ kesucian gelaran Huguan Siou iaitu kedudukan tertinggi bagi kaum tersebut. Bukan sahaja kerana ia tidak mengikut prosedur dan adat perlantikan tetapi yang lebih menyakitkan hati ialah ia merupakan jawatan ekslusif yang hanya boleh dipegang oleh kaum Kadazandusun Murut. Justeru, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) telah menuntut permohonan maaf dari pihak PKR Ranau dan Anwar Ibrahim sendiri atas tindakan tidak bertanggungjawab menganugerahkan gelaran tersebut kepada Ketua Pembangkang itu. Menurut Setiausaha Agung KDCA, En. Suman Yasambun dalam kepercayaan kaum mereka, tindakan tersebut akan mengundang sumpahan ke atas pihak yang telah mencemar struktur kepimpinan, terutamanya apabila ia melibatkan Institusi Huguan Siou. Huguan Siou merupakan ‘penjaga’ kepada b

Confirm!!! Anak Kelantan Di Perantauan Akan Bagi Undi Pada BN

Kehadiran lebih 15,000 orang anak Kelantan memeriahkan Himpunan Anak-Anak Kelantan Di Perantauan 2013 yang dilangsungkan di Stadium Putra Bukit Jalil pada 17 Februari 2013 sememangnya di luar jangkaan ramai pihak. Rata-rata pemerhati politik serta pemimpin PAS khususnya, sedari awal lagi berkeyakinan penganjuran majlis himpunan itu akan hanya memalukan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak sahaja kerana mengandaikan hanya kurang dari seribu orang sahaja yang akan hadir. Atau pun paling tidak kata mereka, tak sampai pun tiga empat ribu yang hadir sekadar untuk isi masa hujung minggu kemudian selepas selesai bertemu rakan-rakan senegeri masing-masing akan segera pulang tanpa mendengar ucapan dari PM. Itu andaian dan anggapan PAS dan sesetengah pemerhati politik. Secara jujurnya, keyakinan mereka ada asasnya jika rekod sebelum ini diambil kira, lebih-lebih lag

Mengapa Deepak Masih Bujang?

Dalam isu terbaru Deepak Jaikishan berkenaan dengan pendedahan beliau terhadap apa yang gagal dilakukan oleh SUARAM, kisah berkenaan 'kaitan Perdana Menteri dan isteri terhadap pembunuhan seorang model dari Mongolia yang dikatakan sebagai penterjemah bagi 'skandal 'transaksi pembelian kapal selam Scorpene, Altantuya, Deepak telah membuat pendedahan tergempar terhadap bekas penganalisa politik yang yang digugurkan dari menjadi suspek utama dalam kes pembunuhan tersebut, Razak Baginda, atas alasan beliau mandul. Razak Baginda didakwa mempunyai hubungan sulit bersama Altantuya. Namun, tiada bukti yang dapat ditunjukkan bagi mengesahkan perkara tersebut. Mungkin pada Deepak, mendedahkan nama Razak baginda dan memalukan beliau adalah sesuatu yang perlu dilakukan kerana hanya perkara tersebut yang boleh mengaitkan pembunuhan Altantuya, dengan Perdana Menteri. Mungkin Deepak lupa bahawa Razak Baginda telah berkahwin dan mempunyai seorang anak per

Deepak Atau Razak Baginda Yang Mati Pucuk?

Sekali lagi khidmat penjual karpet, Deepak Jaikishan yang sedang tertekan dengan masalah tuntutan hutang beratus juta ringgit dari institusi kewangan dimanfaatkan oleh jentera propaganda PR untuk memanaskan kembali ceritera mengenai Altantuya. Kian dekat musim pilihan raya, ada sahaja propaganda murahan dan fitnah adu domba akan bergentanyangan kerana sudah menjadi tabie pemimpin dan penyokong PR untuk mencari keuntungan politik melalui kaedah sedemikian rupa. Kali ini, PR melalui Deepak melontarkan satu lagi propaganda versi baru kononnya Razak Baginda mengalami masalah mati pucuk, dengan demikian mustahil untuk teman wanitanya yang merupakan model dari Mongolia, Altantuya mengandung. Seperti mana umum ketahui, PR seboleh mungkin cuba mengaitkan kematian Altantuya dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan isterinya. Kononnya PM mempunyai hubungan sulit dengan Altantuya sehingga menyebabkan wanita itu mengandung kemudian terbabit me

Skandal Tanah: Sampai Bila Rakyat Kelantan Mahu Bersabar?

Dikira dari usia pemerintahan PAS di Kelantan sejak 1959 - 1978 (19 tahun) diikuti dengan pusingan kedua bermula 1990 - 2013 (23 tahun), bermakna sudah 42 tahun negeri Serambi Mekah ini berada dalam genggaman PAS. Suka atau tidak, rakyat Kelantan perlu akui selama tempoh lebih empat dekad ini sudah sekian banyak skandal tanah melibatkan keluasan puluhan ribu ekar tanah dan hasil bumi negeri ini telah dipajak gadai dan terjual kepada orang luar. Dulu dalam tahun 1964 hingga pertengahan 1975, rakyat Kelantan pernah tercabar maruahnya apabila Kerajaan PAS Kelantan telah menyerahkan hak milik tanah seluas lebih 300,000 ekar secara pajakan kepada sebuah syarikat dari Singapura. Ramai pemimpin PAS negeri tika itu yang kaya raya hasil dari tindakan tersebut, sementara rakyat bawahan pula hanya mampu menangis tak berlagu mengenangkan maruah diri dan negeri tumpah darah bagaikan telah menjadi milik orang lain. Kini di abad millenium, peristiwa hampir serupa berulang kembali apabila Keraja

Rakyat Pulau Pinang Bakal Minum Air Longkang

Isu bekalan air antara Kedah dengan Pulau Pinang nampaknya masih tiada perkembangan baru. Sejak ia pertama kali timbul dalam pembentangan Bajet 2013 Kedah tahun lepas, hanya satu surat yang dihantar oleh kerajaan Kedah kepada Pulau Pinang untuk menyatakan perkara tersebut. Itupun surat tersebut hanya dihantar selepas menerima respon melalui media dari Pegawai Eksekutif, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Jaseni Maidinsa yang menolak untuk membayar air yang diambil dari Sungai Muda, Kedah atas sebab yang termaktub dalam Riparian Right iaitu Kedah tidak ada hak untuk mendapatkan sebarang bayaran air kerana kaedah saluran air yang digunakan adalah semula jadi. Beliau memberi contoh Sungai Mekong yang membekalkan air kepada begitu banyak negara di sepanjang alirannya, namun tidak ada satu pun dari negara terbabit membayar kepada China. Jelasnya l

Jantina Psy Gangnam Tidak Diketahui, Nik Aziz Patut Ludah Muka Sendiri

Memang memalukan apabila Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat gagal mengenal pasti jantina penyanyi popular dari Korea, Psy yang tika ini popular dengan lagu tarian kuda, Oppa Gangnam Style. Nik Aziz dilaporkan telah dengan selambanya menegaskan artis Korea yang bakal membuat persembahan di Pulau Pinang pada 11 Februari 2013 itu nanti perlu menutup auratnya kerana menyangkakan Psy adalah seorang perempuan. Bila kebebalannya ditegur oleh wartawan, cepat-cepat pula Nik Aziz cuba pusing cerita bertanyakan samada lirik lagu Oppa Gangnam Style itu memberi kesan positif atau sebaliknya kepada golongan muda. Itu tabie Nik Aziz yang sudah terkenal dengan perangai semula jadinya yang jarang sangat mahu mengaku kesalahan dan kelemahan diri sendiri, sebaliknya lebih kerap bersilat kata semata-mata untuk menutup kelemahannya. Tinggi benar egonya, mungkin mencecah langit agaknya. Dah buat silap pun masih cuba berdolak-dalik. Tak sedar diri betul. Punyalah riuh rendah seluruh negara b