Skip to main content

Jantina Psy Gangnam Tidak Diketahui, Nik Aziz Patut Ludah Muka Sendiri



 

Memang memalukan apabila Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat gagal mengenal pasti jantina penyanyi popular dari Korea, Psy yang tika ini popular dengan lagu tarian kuda, Oppa Gangnam Style. Nik Aziz dilaporkan telah dengan selambanya menegaskan artis Korea yang bakal membuat persembahan di Pulau Pinang pada 11 Februari 2013 itu nanti perlu menutup auratnya kerana menyangkakan Psy adalah seorang perempuan.

 Bila kebebalannya ditegur oleh wartawan, cepat-cepat pula Nik Aziz cuba pusing cerita bertanyakan samada lirik lagu Oppa Gangnam Style itu memberi kesan positif atau sebaliknya kepada golongan muda. Itu tabie Nik Aziz yang sudah terkenal dengan perangai semula jadinya yang jarang sangat mahu mengaku kesalahan dan kelemahan diri sendiri, sebaliknya lebih kerap bersilat kata semata-mata untuk menutup kelemahannya.

 Tinggi benar egonya, mungkin mencecah langit agaknya. Dah buat silap pun masih cuba berdolak-dalik. Tak sedar diri betul. Punyalah riuh rendah seluruh negara bercakap mengenai fenomena Oppa Gangnam Style, rupanya ada lagi yang duduk di bawah tempurung terpinggir dari dunia nyata tapi masih bernafsu besar untuk turut serta bercakap mengenainya.

 Tak pasal-pasal komennya itu menjadi bahan gelak tawa orang ramai di masa yang sama menyebabkan aib kepada rakyat Kelantan kerana memiliki seorang Menteri Besar yang gemar bercakap semberono dan tanpa usul periksa. Umum tahu fokus PAS tika ini ialah mengaitkan isu kemaksiatan dengan program hiburan sempena Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru yang dianjurkan oleh BN itu, dengan demikian PAS berharap akan mendapat kredit dari kalangan pengundi beragama Islam.

 Hakikat yang berlaku tidak pun mengikut kehendak PAS, sebaliknya malu yang dapat gara-gara kebebalan Mursyidul Amnya sendiri. Nampak sangat keprihatinan yang cuba PAS tonjolkan itu sengaja dibuat-buat untuk tujuan politik kepartian sahaja. Lagipun jika PAS serius ingin bercakap soal kemaksiatan dan lagho yang berlaku dalam program bercorak hiburan, sepatutnya PAS telah ke depan membantah tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang menganjurkan konsert hiburan larut malam pada November 2012 yang lalu.

Dalam konsert di Batu Feringgi Pulau Pinang itu, muda mudi keturunan Cina, India serta Melayu bukan setakat bercampur gaul jantan betina malah ramai yang tunggang terbalik dek penangan arak Carlsberg. Sehingga sekarang PAS senyap sunyi dari mengulas kemaksiatan yang jelas berlaku di konsert hiburan anjuran Kerajaan DAP Pulau Pinang, barangkali PAS sengaja memejamkan mata kerana terlalu takut untuk menegur khalifah Lim Guan Eng yang menjadi pujaan ramai pemimpin PAS agaknya.

 Hatta persembahan hiburan separuh bogel anjuran PKR di Kulim, Kedah pun tidak kedengaran sebarang teguran dari PAS. Di masa yang sama, Nik Aziz pula hingga kini ibarat syaitan bisu tak terfikir untuk turut sama membantahnya. Apa pun, malu besar yang ditanggung oleh PAS disebabkan kebebalan Nik Aziz mengulas isu Psy Gangnam Style ini wajarlah dijadikan iktibar sepanjang zaman. 

 

Di samping itu, alang-alang sudah terserlah kebebalannya, eloklah Nik Aziz meludah ke muka sendiri, dengan demikian bila tiba-tiba sahaja mulutnya gatal untuk komen itu ini, akan terdetik kesedarannya untuk mendalami isu sebelum membuka mulut berusnya itu.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun