Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2008

Kenyataan penuh Abdul Razak Baginda 20hb.November 2008 di Hotel Maya, Kuala Lumpur

IZINKAN saya pertama sekali merakamkan penghargaan saya kepada sdr/sdri pagi ini. Saya juga ingin terlebih dahulu memohon maaf kerana tidak dapat bertemu sdr/sdri sebelum ini. Izinkan saya mulakan dengan mengucap syukur Alhamdulillah, segala pujian bagi ALLAH SWT, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Agung kerana adanya saya disini hari ini, di antara sdr/sdri sebagai seorang yang bebas. Saya telah menghabiskan selama 22 bulan di penjara dan dengan pettunjuk ALLAH SWT jua, dengan keyakinan penuh bahawa saya tidak bersalah dan sokongan yang diberikan oleh keluarga dan kawan karib yang telah membantu saya melalui apa yang boleh saya katakan sebagai satu tempoh yang sangat menekan, sangat menduga dan sangat menyedihkan sepanjang usia 48 tahun saya. Kata-kata tidak akan mampu menggambarkan dan menyatakan penghargaan saya yang amat mendalam terhadap keluarga saya yang telah bersama-sama saya mengharungi waktu yang sangat mencabar ini. Kasih sayang dan dedikasi mereka yang tidak terhi