Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2020

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin diperkotak-katikkan o