Skip to main content

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN 


Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca. 


Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS?


Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut. 


Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin diperkotak-katikkan oleh mereka yang bukan Islam terutamanya DAP. 


Namun disangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Harapan hanya tinggal harapan. PAS kelihatan mula menjauhi UMNO. Mereka tampak bahawa jalinan hubungan akrab bersama PPBM lebih menguntungkan. 


Inilah politik yang ramai dari kita belum sedar. Rakyat mengharapkan akan ada kekuatan luar biasa apabila UMNO dan PAS bersedia bekerjasama. Tetapi PAS tidak berfikiran sedemikian. Kita harus faham bahawa PAS adalah sebuah parti politik. Mereka akan pastikan bahawa matlamat perjuangan mereka didahulukan. 


Apakah matlamat perjuangan PAS?


Dalam politik, matlamat nombor satu ialah KUASA. Walaupun kita tahu bahawa PAS bersandarkan Islam dalam perjuangan mereka, akan tetapi sejarah tidak sangat membuktikannya. Bukti paling jelas ialah PAS pernah bekerjasama dengan DAP yang mana kita semua sedia maklum bahawa DAP adalah parti anti Islam. Di sini saya benar-benar melihat bahawa ahli PAS yang setia dan menganggap PAS sebuah parti Islam diperdayakan pemimpin mereka. 


Ada yang berkata, usah diungkit kisah silam. Mungkin PAS sudah sedar dan insaf. Sesal dengan keputusan lalu, apatah lagi belang DAP sebagai parti anti Islam dan Raja-Raja terserlah ketika DAP bersama kerajaan Pakatan Harapan. 


Kelemahan PAS ialah PAS mudah termakan janji. Dahulu DAP pernah menjanjikan gunung dan laut. DAP taburkan gul-gula untuk memancing PAS. PAS terkesima. Mereka jadi lupa dengan kata-kata mendiang Setiausaha Agung DAP, Karpal Singh, iaitu langkah mayat dia dulu sebelum mahu wujudkan negara Islam. 


Mungkin kerana hasrat mewujudkan negara Islam adalah angan kosong atau retorik PAS, lantas mereka tiada segan silu berjuang bersama DAP membenamkan UMNO. 


Jadi, apa perjuangan sebenar PAS?


Perjuangan PAS bukan baru. Mereka sedar bahawa mereka sudah jauh tinggal di belakang PKR, DAP, apatah lagi UMNO.  Sampai bila mereka terus begitu, apakah sekadar menguasai sebuah atau dua buah negeri di Pantai Timur? Penguasaan PAS di Pantai Barat tidak pernah kukuh, terlalu bergantung ehsan parti lain. 


Apabila PPBM meneraju negara, PAS nampak bahawa di situ ada peluang untuk mereka maju ke hadapan. PAS tahu bahawa PPBM adalah sebuah parti yang lemah, kelebihan PPBM hanyalah kerana Presiden PPBM iaitu TS Muhyiddin yang ada kuasa Perdana Menteri. 


Kita maklum bahawa parti Bersatu begitu menagihkan sokongan parti besar namun UMNO tidak berminat. Bagi UMNO, PPBM adalah parti para pengkhianat UMNO. PPBM ditubuhkan untuk menguburkan UMNO. Jadi, demi kelangsungan hidup mati Bersatu, sokongan PAS dianggap sebagai talian hayat. Ianya kejayaan serampang dua mata. Pertama mengukuhkan Bersatu, kedua, menggagalkan Muafakat Nasional. 


Bagi PAS pula, tiada yang percuma. Sokongannya pada Bersatu perlu ada timbal-baliknya. Memandangkan Muhyiddin ada kuasa penentu, maka mudahlah baginya memenuhi permintaan-permintaan dari PAS. Apa sahaja yang diminta seperti jawatan dan peruntukan boleh dipenuhinya. 


Selamat tinggal UMNO, mungkin itulah yang tertanam dibenak hati pemimpin PAS. Rakyat terutamanya para penyokong UMNO dan PAS masih tertanya-tanya. Rakyat sukar menerima hakikat. Rakyat masih dan begitu berharap. Di hati rakyat hanya satu, UMNO dan PAS perlu bersatu demi agama, bangsa dan negara. 


Kita perlu faham bahawa PAS tidak peduli apa yang rakyat dambakan. PAS adalah parti politik. Kuasa dan kekayaan adalah matlamat mereka. Pergi jahanam dengan apa yang rakyat mahu. 


Ayuh UMNO. Andai ini sudah tertulis, kita terima dengan hati yang terbuka. Pasti ada hikmah dengan semua yang berlaku. Fikiran kita semak dengan permainan tarik tali mereka. Kita harus yakin bahawa UMNO adalah parti keramat. Sokongan rakyat tetap utuh. Rakyat juga makin sedar dan matang. Yakinilah bahawa kita ada lebih 4 juta ahli yang setia. Insya Allah kita mampu ambil kembali kuasa yang dirampas secara fitnah oleh musuh yang dengki dengan kejayaan kita. 


Comments

Roslay Raffie said…
Bukti jelas,bahawa,President Umno dan Bendahari Agong Umno selepas 1987- Kaki Belit,Kaki tipu,kaki Sakau- Aset2 Umno,dan buat.kekayaan peribadi.

MKT umno sekarang- kena.buat proposal kpd Agong dan raja2-agar dua darjah Tun Tun ini d tarik balik.( darjah2 yg lain juga).
Buat report ke SPRM juga.

Itu belum mem -faraid aset PWTC kpd kroni...habis d sakau.
--Nama Putra( ikut nama Tunku Abd.Rahman- PM pertama)juga hilang,akibat pertukaran demi pertukaran shareholders.
- Presiden2 Umno selepas alkutty juga wajib d siasat,isu ini...SPRM,silakan masuk siasat.

Ironinya- Tuan punya tanah 10 ekar, tapak PWTC,hanya merenong dgn tenang,segala urusan Sakau Asset PWTC hingga sekarang.

Belum.lagi Sakau hilang nya Bank Umno,BBMB dari salah satu Asset Umno.

SPRM masuk.laa segera,sebelum.TunTun Tun ini tutup usia.

Ironinya,Tuan.punya lesen bank ini.juga merenong dgn tenang,setelah BBMB banyak.membantu kaum Bumiputra..lebih 10,000 bankers melayu.wujud dan d lahirkan oleh Bank kepunyaan umno ini.-pernah jadi bank yg terbesar d Msia.

-- BBMB juga menolong Si Diam lepas dari Bankrupcy business garam- rm 18 juta.( tahun 1970an)
dengan ehsan dan pertolongan Chairman BBMB ketika itu. Tanah Taman.Maluri -160 ekar,jadi sandaran,utk dapat Bridging Loan( utk project tersebut) dan Term Loan ( settle hutang muflis Diam).
Naimah.pun tak kawen lagi dengan.Diam.
--- bila masa pulak suami dia kaya selepas d limau sintuk.oleh BBMB.( 1st wife,Cikgu tadika,d hantar ke UK,tinggal d sana,AY Mahani,bini no.2),Naimah bini ke 3...skrg jadi bini no.1 d Malaya. Banyak harta sepencarian dgn Diam.

Itu juga belum lagi ,d lihat Diam,pecah amanah semasa jadi MOF. Segala projek konsesi d rebut,segala project direct nego d sakau d salin sulit semasa d MOF.

Termasuk Project Duke hiway..TOKEH CINA ,hanya Pemuka( frontpage) syarikat.Ramai politician sebagai peminum.susu lembu baka keldai dari Duke.ini. Takut mrk utk melawan Diam dan Alkutty,sbb dah minum susu lama( elok sikit dari istilah Dedak) .

Belum lagi project2 konsesi ,konsesi,konsesi, dari udara -MAS sampai angkut Sampah Alam Flora.

Semua ada kroni dan mrk( Tun Tun ini-).pecah amanah,spt yg d serang oleh Anwar Ibrahim- pada 1998.

- BERSAMBUNG....

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun