Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2020

Kerajaan Warisan Tumbang Di Sabah -Kenyataan Rasmi YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman.

1. Alhamdulilah saya bersyukur kepada Allah swt kerana akhirnya dengan izin Tuhan, ingin memaklumkan bahawa satu gabungan baharu telah di bentuk bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) dari pelbagai parti. 2. Saya juga ingin memaklumkan yang Menteri Keselamatan dalam Negeri  Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Nardin, Setiausaha Politik kepada PM telah membuat Kunjungan Hormat kepada Tuan Yang Terutama pagi tadi untuk memaklumkan gabungan baru yang menyokong Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri  YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperolehi sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru. 3.Tuan Yang Terutama telah meminta saya mengemukakan surat-surat akuan bersumpah yang mengesahkan sokongan mereka. 4. Saya telah menerima surat akuan bersumpah ADUN yang mengesahkan pendirian mereka  menyokong gabungan baharu yang saya ketuai. 5. Melangkah ke hadapan, kerajaan gabungan baru akan berusaha memperbaiki dan menghasilkan dasa

𝐓𝐄𝐑𝐉𝐄𝐌𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐀𝐍 𝐓𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐅𝐄𝐄 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐔𝐒𝐔𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐇𝐊𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐒 𝐒𝐑𝐂 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟐𝟖 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟎.

TSSA: Memandangkan DSN telah bercakap dalam bahasa Melayu, saya akan berbicara  dalam bahasa Inggeris supaya semua orang (wartawan asing) di sini juga faham. Tetapi anda bebas bertanya saya soalan dalam Bahasa Melayu dan saya akan jawab dalam Bahasa Melayu kepada anda. Saya mulakan kenyataan saya begini... Anda semua amat kenal saya. Saya bekerja lebih cekap dengan tekanan. Ini adalah merupakan cabaran yang serius. Sungguhpun saya kecewa, saya belum tumbang. Sekiranya ada persamaan antara saya dan DSN, kami identikal dari aspek bekerja dengan paling efisien apabila adanya tekanan yang besar. Jadi, cabaran kami untuk melakukan rayuan  nanti akan dilakukan dengan format yang lebih tinggi dan gear yang lebih tinggi. Kerana kami percaya kes kami ini sangat kuat sejak permulaan lagi. Tapi kami gusar apabila dipanggil untuk pembelaan dengan asas-asas yang dijadikan alasan. Kerana alasannya nampaknya tidak.... (TS cepat-cepat susun kata untuk elak menghina mahkamah).... Ia adalah m

Tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) Dan Mesti Dilakukan Segera

Pertama... Mujahid dan kjaan PH menjual segala macam perabot2, katil, meja, kerusi, dapur milik keempat-empat Hotel yg dimiliki oleh Tabung Haji sebelum ini melalui UJSB, syarikat milik MOF di bawah Lim Guan Eng, kepada pihak luar hanya dengan harga RM10,000 SAHAJA... Kedua... Mujahid dan kjaan PH telah dan masih GAGAL mengemukakan dan membentangkan Penyata Kewangan Tahunan Tabung Haji yang telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara, kepada Parlimen untuk tahun 2018 dan 2019... hal ini TIDAK PERNAH berlaku ketika era kjaan BN mentadbir dulu, dan ianya jelas telah melanggar Akta Tabung Haji... Ketiga... Tabung Haji adalah sebuah entiti yang unik kerana ianya tidak tertakhluk di bawah Bank Negara Malaysia dan juga BAFIA... Istimewanya Tabung Haji adalah kerana ia lahir dari dalam Parlimen Malaysia melalui penggubalan undang2 yang sah, menjadikan Tabung Haji berdiri di atas Aktanya sendiri... ini kerana, asas penubuhan Tabung Haji itu sendiri adalah berbeza berbanding institusi2 kewangan

Melayu Adalah Rasis.

Tetapi walaupun Melayu ni Rasis, tidak pernah Melayu menganiaya orang bukan Melayu yang baik, yg menghormati budaya Melayu, yg bertutur bahasa Melayu. Malah orang bukan Melayu yang baik seperti di atas akan di lindungi, di berikan anugerah, dan di berikan pengiktirafan Tinggi oleh orang Melayu. Sebab itulah sebuah kedai runcit milik bukan Melayu boleh berniaga sampai 4 Generasi di kampung Melayu walaupun Itulah satu2nya keluarga Cina yang tinggal di kampung tersebut. Samalah kedai baikal, kedai tayar, Bengkel dsb milik bukan Melayu, asalkan pekedai bukan Melayu itu kelihatan baik dan ramah bercakap bahasa Melayu, maka Melayu Rasis semua tak kisah memberi Wang untuk perkhidmatan atau membeli barangan mereka. Pelik kan sikap Rasis Melayu ni? Sesama Melayu takda pula Kita nak layan sepertimana Kita melayan satu dua bukan Melayu yg kelihatan baik ni. Kaum lain pun Rasis juga. Cuma bezanya, jangan harap lah ada kedai runcit Melayu boleh di buka di perkampungan bukan Melayu.

Ahmad Mahmood TIDAK PERNAH Tikam P. Ramlee

“Saya mengakui ada perkara yang saya TIDAK BERSETUJU dengan P. Ramlee. Saya mengkritik beliau secara terang-terangan, tetapi saya tidak pernah menafikan sumbangan beliau di dalam industri perfileman. Saya tidak mahu bersikap baling batu sembunyi tangan seperti segelintir ‘manusia’ yang mengaku sahabat sesudah P. Ramlee meninggal dunia.” Di dalam sejarah perfileman Melayu, ramai yang tidak mengetahui tentang hubungan antara seniman Ahmad Mahmood dengan P. Ramlee yang agak DINGIN. Sekitar tahun 1980-an, Ahmad Mahmood pernah menolak undangan untuk menjadi panel dalam sebuah program Senandung Seniman Agung. Hal ini berikutan Ahmad Mahmood tidak mahu menjadi manusia HIPOKRIT dalam memberi kenyataan tentang P. Ramlee. Ada pihak yang meminta Ahmad Mahmood memberikan komen tentang bakat P. Ramlee. Ahmad Mahmood akan berkata, “Bagi saya, P. Ramlee itu hanya manusia biasa saja. Tidak ada yang ‘special’ tentang dirinya seperti anggapan sesetengah pihak yang tidak tahu tentang P. Ramlee. Orang

Untuk Ahli Parlimen UMNO Bacalah Apa Aku Tulis, Dalam Linangan Air Mataku Pagi Ini.

UMNO ini ada falasafah perjuangan. Jaga dan hurmati perasaan ahli yang menyokongnya. 2.Jangan kepentingan peribadi, mengatasi kepentingan perjuangan.  Kerana di rasuah dengan jawatan, lupa prinsip perjuangan UMNO memelihara dan menjaga maruah  agama, bangsa dan negara. 3. Jangan sampai roh pejuang-pejuang UMNO yang tidak dapat sebarang nikmat dari perjuangan  mereka selain daripada  anak cucu cicit selamat dalam tanah air  ini keluar dari kubur mencekik kamu sewaktu tidur. 4. Insaflah ahli Parlimen UMNO, jangan kamu gugurkan air mata kami yang berada di frontliner mempertahankan UMNO  yang di perlecehan oleh mereka yang hari ini kawan yang kamu peluk atas perbuatan kamu di Parlimen. 6. Ingatlah dibelakang kamu yang berpeluk bermuka-muka itu, ada pisau yang menikam kamu. Jika kamu 'mampus' satu orang', kami tidak ambil peduli. Tetapi UMNO turut mati kerana tangan dan perbuatan kamu. 7. Baliklah  semula ke perjuangan berasas falasafah UMNO. Berhentilah melukakan p

JujurKah PPBM?

PPBM dulu tak wujud.  Lepas muhyiden TPM berpakat dengan Tun M tubuhkan PPBM dan. Bersekongkol dengan PKR PAN  dan DAP, PH pun menang. Runtuhlah kerajaan islam BN dan Bila Tun M letak jawatan Perdana Menteri  Anwar calon PM Tepi sekian lama menawarkan diri dan Muhyidden terpaksa meraih sokongan  BN PAS..  Bila terbentuk kerajaan PN, BN merupakan parti terbesar dalam PN. Tetapi jawatan TPM pun tidak diberi kepada parti terbesar dalam PN itu.. Sebaliknya wujudlah pula jawatan menteri kanan..dan Muhyidden turut berpesan jika beliau bercuti Azmin Ali akan memangku tugas PM.. Azmin Ali semua orang kenal berhubung video kontroversi dulu. Bulanpuasa lalu ditangkap pula oleh MAIS kerana tidak berpuasa dan makan dikhalayak ramai dikedai nasi Ambang di Selangor. Layakkah dia? Manakala perlantikan kabinet ikut sedap Muhyidden bukannya merujuk kepada pimpinan tertinggi  BN. Bukannya disenarai calon calon dari BN yang layak dipilih mengisi kabinet Muhyidden. i Maka Muhyidden pun mengutip

Apa Lagi Baki Perjuangan UMNO?

Bila Ahli Parlimen UMNO termasuk berjawatan Menteri, Timbalan Menteri, Pengerusi Badan Berkanun dan GLC tanpa mengira risiko perjuangan di tanggung UMNO. Dengan bangga memangkah dan mengundi dikosongkan jawatan Speaker Dewan Rakyat bagi memboleh Datuk Azhar Azizan@Harun menjadi Speaker Dewan Rakyat di lantik sebagai Speaker Dewan Rakyat. 2.  Azhar Harun dari segi kelulusannya tidak meniadi masalah tetapi dia cacat hubungannya dengan UMNO. Kenaikan dari seorang peguam dan juga penulis bloq kerana tulisan yang menghentam UMNO. 3. Dari mercerca dan serangan kepada UMNO dan pemimpinnya dan menunjukan diri sebagai penyokong tegar Tun Dr Mahathir, telah mengambil perhatian Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga  di lantik Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya sebaik sahaja PH membentuk kerajaan. Dari segi tradisi jawatan Pengerusi SPR, kebiasaan dikalangan pesara Pegawai Kanan Kerajaan. 4. Semasa menjadi Pengerusi SPR, selaku Pengerusi beliau tidak pernah mengendahkan sebarang aduan UMNO khas

Isu pertukaran Speaker Dan Timbalan Speaker

Melihat kepada apa yg terjadi di persidangan Parlimen hari ini tentunya mengundang pelbagai pandangan di kalangan kita semua rakyat Malaysia mahupun masyarakat antarabangsa termasuklah para pelabur asing. Adakah ianya sesuatu yg baik atau sebaliknya kepada kita semua ???? Isu pertukaran Speaker dan Timbalan Speaker itu adalah urusan ahli2 dewan sepenohnya. Bukan level kita utk bercakap soal ligitimasi proses tersebut. Malah bekas Speaker sendiri dlm temubualnya dgn pihak wartawan mengesahkan bahawa proses tersebut memenuhi peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Cuma isu pertikaiaan di kalangan ahli dewan berkaitan kenyataan yg berbaur lucah, menyentuh sensitiviti kaum dan agama kerapkali kedengaran pada setiap sessi parlimen bersidang termasuklah pada sidang hari ini. Walaupun akhirnya Tuan Speaker akan mengarahkan supaya kenyataan itu di tarik balik dan kadangkala ahli dewan yg berkenaan di kenakan tindakan gantong utk suatu tempoh tertentu tetapi 'demage has been done',

SATU JENAMA BERNAMA UMNO!!

Soal relevan atau tidak relevan sesuatu jenama bukanlah terletak pada jenama itu sendiri. Sebaliknya, ia adalah terletak pada siapa yang berkerja untuk menyambung legasi syrikat jenama tersebut. Ambil contoh mudah jenama yang kita guna pada hari ini. Contohnya; Levi's, Adidas,Coca-Cola dan Sony. Kita melihat ada diantara sudah menjangkau operasi lebih 100 tahun. Amatlah jarang untuk melihat sesebuah syarikat berjenama bertahan lebih 100 tahun. Kenapa? Kerana gaya mutu kerja mereka yang berkualiti disamping pengurusan cekap dan disertakan oleh  penjenamaan produk yang sampai kepada golongan sasaran yakni pelanggan. Begitu juga dengan parti politik yang perlu mendepani zaman untuk terus kekal relevan dalam arena. Jikalau tidak jadilah seperti Kodak dan Nokia yang bangkrap akiba gagal keluar dari zon selesa. Sudah lebih 2 tahun UMNO terhina menjadi parti pembangkang akibat dihukum oleh pengundi. Walaupun hari kembali menjadi kerajaan, bukan UMNO yang menjadi tuan tetapi sekad

BERHATI2 DALAM MENYOKONG PENGKHIANAT ... PENGKHIANAT TETAP PENGKHIANAT ...

Semasa PRU14, saya sarankan agar sokong PAS jika x mahu BN sebab calon2 yg diketengahkan Parti marhein itu semua pakar2 dlm pelbagai bidang profesyional dn juga ulamak. Namun pengundi2 mengetepikan kelayakan ini semasa memilih mereka2 yg bercakap bukan kemain, berjanji apa2 saje, melontarkan tuduhan pelbagai tetapi x punyai latar belakang akademik, sahsiah diri mahupun sifat amanah. Setelah 22 bulan "Terantuk dn Tergadah", ramai pengundi2 PHD4P mulai sedar dan beralih sokongan pd TSMY dn Kabinet PN atas kesedaran bahwa Pemimpin Melayu lebih cekap dn mampu mentadbir Kerajaan berbanding PHD4P yg asyik "Salahkan Kerajaan Terdahulu". Namun sokongan pd PM8 bukan bermakna menjulang parti PPBM kerana Parti Pengkhianat Bangsa Melayu dianggotai olih mereka2 yg berpaling tadah dn bersekongkol dgn musuh untuk jatuhkan Pemimpin Tertinggi UMNO dn berniat jahat untuk kuburkan Parti Keramat Melayu ini ... Jangan pula kepimpinan dn ahli2 UMNO serta rakyat yg turut sokong PP

PRK DUN N23 CHINI

1. Ramai pulak yg buat macam2 analisa selepas keputusan rasmi diumumkan. 2. Ada yg kata Chini bukan ukuran utk ketahui kekuatan kerajaan PN.  Ini saya setuju. Pahang bukan kerajaan PN tapi BN. Pahang adalah negeri yg jadi perintis kpd MN sejak PRK CH tetapi kerajaan Negeri tetap dibawah BN. Uji kekuatan BN itu yg pastinya! 3. Chini adalah manifestasi sokongan kpd Kerajaan BN Pahang yg sekarang ini menjalin kerjasama dgn PAS utk bergerak dibawah Muafakat Nasional. Pahang tidak bergerak sebagai PN. 4. Ada juga yg membuat analisa kalau dicampurkan undi BN dgn undi Pas pada PRU14 dulu, PRK ini tidak tally. Masa PRU14 dulu BN dpt 10027 undi dan Pas 5405 undi. Kalau dicampur jadi 15432 sedangkan PRK ini hanya dapat 13872 undi. Kurang 1560 undi. Analisa begitu tidak tepat sebab kita tidak boleh tentukan undi dari parti mana yg kurang atau mungkin juga peratusan keluar mengundi yg kurang. PRU14 dulu 78.72% dan PRK ini 73.87%. 5. Ada juga yg kata undi calon Bebas lambang rumah lebih b

UMNO TETAP PARTI KERAMAT. UMNO SUDAH TIDAK LAKU - PROVOKASI TERANCANG.

Umum sedia maklum UMNO adalah parti terbesar yang mempunyai kerusi majoriti daripada mana-mana parti yang ada pada ketika ini. Dalam keadaan negara sedang menuju kestabilan politik di bawah PN di mana PPBM adalah sebahagian daripadanya, *kenyataan pertama yang mengatakan UMNO seperti sarkas dan diikuti pula dengan UMNO sudah tidak laku oleh Menteri daripada PPBM ini tidak lain dan tidak bukan adalah provokasi terancang* oleh pencatur masalah dalaman PPBM. Penerimaan positif rakyat terhadap UMNO dan Muafakat Nasional dapat dilihat daripada beberapa siri kemenangan PRK yang telah berlangsung sebelum ini. Kemenangan di PRK Kimanis juga adalah bukti UMNO masih relevan di Sabah. *Kenyataan Menteri ini yang menang sebagai ahli parlimen atas undian rakyat juga seolah-olah menolak dan memperkecilkan suara rakyat yang telah mengundi.* Ini jelas cubaan pihak-pihak tertentu yang mahu mengganggu-gugat hubungan baik dan persefahaman di antara UMNO dan parti-parti lain di dalam PN. PPBM

IBARAT KAHWIN DAHULU BARU BERCINTA ATAU BERKAHWIN UNTUK BERCERAI...

Saya masih tertanya-tanya apakah mesej sebenar yg ingin di sampaikan oleh YB Datuk Dr Latif, Menteri KPLB yg mewakili Bersatu dalam Kerajaan PN berkaitan UMNO Sabah khususnya dlm video pendek yg sedang berlegar di media sosial skrg ini. Nampak jelas beliau terdesak utk cuba memperkuatkan parti Bersatu di Sabah dan pada masa yg sama cuba melemah dan merendahkan UMNO di Sabah. Sebarang usaha utk mengukuhkan Bersatu di Sabah adalah wajar dan tidak salah tetapi memijak UMNO Sabah bagi tujuan tersebut adalah satu tindakan yg sukar difahami dan menimbulkan pelbagai persoalan. Pastinya hujah dan perkataan yg di ungkapkan mengguris hati ahli-ahli dan penyokong UMNO di Sabah. Jawapan pantas YB DS Bung selaku Pengerusi UMNO Sabah di kira tepat dan tegas.... "Orang yg paling tepat untuk menentukan kedudukan UMNO di Sabah ialah rakyat Sabah sendiri" Spt 'cubit peha kiri, peha kanan terasa juga' pasti ahli2 UMNO di Semenanjung juga turut tersentuh dan berkecil hati dgn k