Skip to main content

Untuk Ahli Parlimen UMNO Bacalah Apa Aku Tulis, Dalam Linangan Air Mataku Pagi Ini.


UMNO ini ada falasafah perjuangan. Jaga dan hurmati perasaan ahli yang menyokongnya.

2.Jangan kepentingan peribadi, mengatasi kepentingan perjuangan.  Kerana di rasuah dengan jawatan, lupa
prinsip perjuangan UMNO memelihara dan menjaga maruah  agama, bangsa dan negara.

3. Jangan sampai roh pejuang-pejuang UMNO yang tidak dapat sebarang nikmat dari perjuangan  mereka selain daripada  anak cucu cicit selamat dalam tanah air  ini keluar dari kubur mencekik kamu sewaktu tidur.

4. Insaflah ahli Parlimen UMNO, jangan kamu gugurkan air mata kami yang berada di frontliner mempertahankan UMNO  yang di perlecehan oleh mereka yang hari ini kawan yang kamu peluk atas perbuatan kamu di Parlimen.

6. Ingatlah dibelakang kamu yang berpeluk bermuka-muka itu, ada pisau yang menikam kamu. Jika kamu 'mampus' satu orang', kami tidak ambil peduli. Tetapi UMNO turut mati kerana tangan dan perbuatan kamu.

7. Baliklah  semula ke perjuangan berasas falasafah UMNO. Berhentilah melukakan perasaan kami. Janganlah maruah dan semangat juang kami, dijual dan di perdagangkan oleh kamu secara murah.

Apa pun saperti kata Tan Melaka, 'suaraku didalam kubur lebih kuat pekik dan jerit dari di atas bumi' - zmy

Sang Kelembai
Kuala Lumpur
Julai 15, 2020

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun