Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Haramkan Tanda Putera Adalah Kerja Bodoh

  Lidah biawak betul lah anak GAMPANG NI. Dalam tempoh 24 jam, kerajaan Cina DAP Pulau Pinang telah meminda surat kepada pengendali panggung wayang, kini "menasihatkan" dan bukan "mengarahkan" Tanda Putera tidak ditayangkan di Pulau Pinang dalam sidang medianya hari ini, sambil mendakwa surat sebelum ini salah.   Orang awam datanglah beramai-ramai menonton filem patriotik itu pada Hari Kemerdekaan sambil memakai songkok bagi mengambil aura perjuangan generasi Melayu terdahulu.  Meskipun kedengaran agak ganjil bagi generasi zaman siber untuk memakai songkok ke kompleks membeli-belah, namun tidak dinafikan ini adalah cara meraikan Hari Kemerdekaan ke-56 yang amat unik dan sesuai untuk golongan muda. Tanda Putera merupakan satu filem sejarah yang perlu dihargai oleh setiap pihak. Namun begitu ada sesetengah pihak yang menyifatkan Tanda Putera sebuah analogi politik bagi sesuatu parti. Sedangkan apa yang dipaparkan

Peguam PR Paling Ramai Lindungi Gangster

Pakatan Rakyat merupakan sebuah parti politik yang amat sinonim dengan kerosakan. Selama kewujudannya, parti itu hanya memainkan peranan sebagai pencetus huru-hara melalui siri-siri demonstrasi ganas, selain menghasut dan memfitnah bagi menimbulkan ketegangan antara kaum, agama mahupun sesama Islam. Malah, PR juga dikaitkan dengan pencerobohan Lahad Datu. Pendek kata, sehingga kini, tiada suatu pun kebaikan yang dibawa oleh PR kepada negara ini walaupun parti itu membawa slogan keadilan, kebebasan dan hak asasi manusia. Tidak lama dahulu, PR begitu bangga apabila kerajaan tunduk kepada desakan mereka untuk menghapuskan Akta Pencegahan dan Akta Hasutan. Kononnya, dengan terhapusnya Akta tersebut maka keadilan, kebebasan dan hak asasi manusia dapat ditegakkan. Walaubagaimanapun, hasil dari ‘perjuangan’ PR hanya membawa kerosakan yang lebih besar apabila provokasi agama dan kes tembak menembak semakin menjadi-jadi. Apa yang pel

TROIKA ANWAR-DAP-GEREJA BENTUK GERAKAN KRISTIANISASI

Kemenangan kerajaan dalam permohonannya menolak rayuan pihak Gereja Katholik untuk mengenepikan permohonan untuk merayu keputusan Mahkamah Tinggi berhubung isu kalimah Allah disambut umat Islam dengan penuh kesyukuran dan kelegaan. Keputusan Mahkamah Rayuan 22 Ogos lalu di Putrajaya bermakna perbicaraan penuh akan berlangsung mulai 10 September depan. Perjuangan masih belum selesai dalam mempertahan kesucian kalimah Allah yang kini direbut oleh puak-puak Kristian untuk digunakan sebagai terjemahan istilah 'God' di dalam kitab Injil berbahasa Melayu yang dipanggil 'Al Kitab'. Isunya tidaklah berbelit-belit seperti mana yang cuba digambarkan oleh pihak Kristian. Mereka menggunakan alasan bahawa penganut Kristian di Sabah dan Sarawak sudahpun dibenarkan menggunakan kalimah Allah di dalam amalan keagamaan mereka sejak puluhan tahun dulu. Mereka juga menggunakan alasan bahasa kalimah Allah juga sudah menjadi sebati dengan budaya orang Arab Kristian sejak ratusan tah

Jenayah di Malaysia dan Arab Spring Berkaitan?

Bagi mereka yang melihat politik secara sehala, pastinya menyatakan bahawa penulis seorang yang ‘paranoid’ atau mungkin juga berhalunisasi jika mengaitkan jenayah di Malaysia dengan Arab Spring yang berlaku di Timur Tengah. Namun, bagi mereka yang bermaklumat, mereka tahu bahawa politik dunia hari ini adalah berkaitan dan tiada satu perkara pun yang berlaku tanpa dirancang atau diambil kesempatan oleh mana-mana pihak. Dunia hari ini, terutamanya dunia Islam, sedang mengalami kemusnahan secara sistematik. Ianya dimusnahkan oleh umat Islam sendiri dan rata-ratanya atas nama memperjuangkan Islam. Laungan seperti ‘kerajaan tidak cukup Islam’, ‘ingin menegakkan syariat Islam’ dan ‘ingin menghapuskan kemungkaran’ merupakan punca utama tercetusnya ketegangan sebelum ia merebak menjadi pemberontakan, keganasan dan kehancuran total. Lebih-lebih lagi di mana di negara-negara Arab, laungan ini disertai dengan keluhan kemiskinan dan ketidakadilan di mana ia begitu mudah menjan

Isu Kalimah Allah: Bukti UMNO Pertahan Islam-Kalimah Allah: Mahkamah menolak rayuan Gereja Roman Katolik

Tidak salah jika dikatakan bahawa Kalimah Allah tidak mungkin menjadi isu jika PAS tidak bersekongkol dengan DAP. Persekongkolan PAS dengan DAP telah membawa kepada dolak-dalih dan ‘flip-flop’ dalam kes kitab Injil berbahasa Melayu yang menggunakan Kalimah Allah bagi menggantikan nama Tuhan Kristian. Suatu ketika PAS menyokong DAP dan menggesa kerajaan membenarkan Injil tersebut diedar dan suatu ketika pula, PAS menafikan pula yang mereka pernah menyokong DAP dalam isu tersebut. Dolak dalih atau ‘flip-flop’ adalah tanda kelemahan dan DAP tidak mengambil masa yang lama untuk mengeksploitasi kelemahan PAS bagi menekan kerajaan, sekali gus mencabar agama Islam serta mempromosi Kristian. Akibatnya, kerajaan UMNO yang bertegas enggan membenarkan Injil tersebut disebar kini dicabar di mahkamah. Perkara ini tidak mungkin terjadi jika PAS sejak dari awal lagi tidak memberi muka kepada DAP untuk memainkan isu ini. Malang sekali apabila kerajaan telah kalah kepada pihak gerej

Pelaburan di Selangor Menjunam: Bukti PR Gagal Mentadbir

Selangor Darul Ehsan merupakan negeri paling kaya di Malaysia dengan kemasukan pelaburan yang tinggi setiap tahun. Namun, itu semua sudah menjadi kisah lama. Hari ini pelaburan di negeri ini terus menjunam semenjak diambil alih pentadbirannya oleh Pakatan Rakyat. Selangor kini berada di tangga ke 4 dengan penurunan kemasukan pelaburan sebanyak 86% dengan hanya mencatatkan RM1.8 billion pada tahun 2012 berbanding RM11.7 billion pada tahun 2011. Senario yang sama juga dilihat di Pulau Pinang di mana negeri itu mencatatkan penurunan jumlah pelaburan sehingga 73%. Dengan jumlah penurunan yang begitu drastik lagi dramatik, Pakatan Rakyat tidak mampu untuk menuding jari kepada sesiapa. Setelah sepenggal memerintah, PR akhirnya telah gagal sama sekali untuk membuktikan bahawa parti itu lebih bijak dan lebih cekap dari BN. Jelas sekali bahawa pelabur tidak yakin dengan kredibiliti PR.

Mampukah Mualaf Zairil Menang CEC DAP?

Kemenangan Zairil Khir Johari dalam kiraan semula pemilihan CEC DAP Januari lalu dirujuk sebagai ‘ajaib’ oleh bekas pemimpin parti itu iaitu, Tunku Aziz. Zairil pada mulanya hanya mendapat 305 undi tetapi jumlah undian telah melonjak sehingga 803 dalam pengiraan semula. Keputusan tersebut meletakkan beliau di tangga ke 20 yang mana membolehkan beliau dilantik sebagai ahli jawatankuasa eksekutif parti. Pengiraan semula dibuat setelah parti itu mendakwa telah ‘tersilap kira’ dalam pemilihan awal dua minggu sebelumnya. Umum melihat alasan DAP untuk mengira semula undi adalah kerana ingin menutup sifat rasis parti itu apabila tiada wakil Melayu yang terpilih walaupun di kalangan mereka yang telah berabad berkhidmat kepada parti. Oleh kerana tidak tahan dengan kecaman ramai, maka DAP sanggup memanipulasi undi bagi memenangkan Zairil. Tindakan tersebut bagaimanapun bukan sahaja telah menyerlahkan ketidaktelusan DAP dan sifat penipu pemimpinnya, tetapi juga membuktikan bahawa DAP

CEC DAP: Guan Eng Mesti Ditumbangkan

Kredibiliti parti DAP kini jatuh ke tahap sifar. Jika selama ini DAP mungkin mampu mengaburi mata sebahagian rakyat kononnya parti itu memperjuangkan ketelusan, tetapi kini semua orang dapat melihat sendiri betapa hipokritnya DAP. Jangankan tidak telus, malah rasis tegar dan juga penipu besar. Kredibiliti DAP jatuh mendadak sejurus selepas berjaya menguasai Pulau Pinang. Dalam keadaan mabuk kuasa, warna sebenar DAP mula terserlah dan semakin hari semakin terang dan semakin jelas. Sama ada parti itu ingin mengaku atau tidak, kita melihat hampir semua masalah yang menimpa DAP hari ini adalah berpunca dari Lim Guan Eng. Sudah menjadi hukum alam bagi mereka yang bongkak akan pasti melakukan kesilapan. Selagi mereka tidak insaf, selagi itulah orang yang bongkak akan didera dengan kesilapan demi kesilapan. Inilah yang berlaku terhadap Lim Guan Eng yang sudah terlalu besar kepala setelah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Mungkin jawatan itu ditambah dengan jawatan sedia ada

Anak Cucu Komonis Malaya Budak Hingusan Tidak Fahami Sejarah Negara

https://www.facebook.com/photo.php?v=642053609138659&set=vb.100000020763321&type=2&theater Orang bodoh tidak tahu berhujah atas alasan kukuh tetapi hanya tahu meminta, mendesak, menuntut dan memaki hamun serta menghina orang. Manusia begini tidak mampu berfikir secara mendalam tetapi hanya melihat semuanya dari atas permukaan. Oleh itu, mereka tidak mampu mencerna kesan dan akibat dari perbuatan mereka serta tidak pula mempunyai perasaan bersalah atau malu. Melayan manusia seperti Namewee seolah-olah meletakkan kita setaraf dengannya. Malangnya, Namewee bukan seorang, tetapi kebanyakan anak Cina produk SJKC adalah Namewee. Mungkin tidak salahlah jika pak menteri menggelarnya sebagai ikon 1Malaysia iaitu ikon yang rosak teruk dan koyak rabak. Hari ini negara ini dipenuhi dengan manusia seperti Namewee yang mana di dalam kepala mereka hanya ada perkataan ‘saya mahu’ dan ‘saya suka’ serta mempersetankan segala yang lain di keliling mereka. Maka tida