Skip to main content

CEC DAP: Guan Eng Mesti Ditumbangkan

Kredibiliti parti DAP kini jatuh ke tahap sifar.  Jika selama ini DAP mungkin mampu mengaburi mata sebahagian rakyat kononnya parti itu memperjuangkan ketelusan, tetapi kini semua orang dapat melihat sendiri betapa hipokritnya DAP.  Jangankan tidak telus, malah rasis tegar dan juga penipu besar. 
 
Kredibiliti DAP jatuh mendadak sejurus selepas berjaya menguasai Pulau Pinang.  Dalam keadaan mabuk kuasa, warna sebenar DAP mula terserlah dan semakin hari semakin terang dan semakin jelas.  
 
Sama ada parti itu ingin mengaku atau tidak, kita melihat hampir semua masalah yang menimpa DAP hari ini adalah berpunca dari Lim Guan Eng.  Sudah menjadi hukum alam bagi mereka yang bongkak akan pasti melakukan kesilapan.  Selagi mereka tidak insaf, selagi itulah orang yang bongkak akan didera dengan kesilapan demi kesilapan. 
 
Inilah yang berlaku terhadap Lim Guan Eng yang sudah terlalu besar kepala setelah menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.  Mungkin jawatan itu ditambah dengan jawatan sedia ada iaitu Setiausaha Agong, merangkap anak kepada Lim Kit Siang pula, membuatkan Lim Guan Eng merasakan dirinya berada di puncak kayangan. 
 
Sejak menerajui Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang terkenal dengan sifat angkuh menjadi semakin bongkak. Maka tidak hairanlah beliau digelar ‘Tokong’ oleh ahli-ahli partinya, termasuk parti sekutu serta rakyat Pulau Pinang sendiri. 
                                                                                                  
Kebongkakan Lim Guan Eng merupakan antara penyebab utama beberapa pemimpin DAP meninggalkan parti itu dalam kemarahan, kesesalan dan kekecewaan.  Antara personaliti yang signifikan yang telah meninggalkan DAP kerana Guan Eng ialah Tunku Aziz.  Tunku Aziz telah menyertai DAP kerana persahabatannya dengan Lim Kit Siang.  Namun, Tunku Aziz akhirnya telah dipariahkan saja oleh anak sahabatnya, Lim Guan Eng, dengan percubaan untuk merasuah jawatan dan gaji lumayan apabila beliau mengkritik parti tersebut. 
 
Sedikitpun Lim Guan Eng tidak menunjukkan hormat kepada sahabat bapanya, seorang tua dan seorang yang berjawatan tinggi di dalam parti.  Ini menunjukkan bahawa Guan Eng tidak pernah hormat kepada sesiapa apatah lagi ahli-ahli biasa di dalam parti, terutamanya yang bukan berbangsa Cina. 
 
Justeru, kita tidak terkejut apabila Guan Eng sebagai Setiausaha Agong enggan bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku dalam pemilihan CEC.  Guan Eng tidak merasa bersalah kerana sengaja menafikan hak 753 perwakilan India untuk mengundi.  Guan Eng juga tidak merasa malu apabila tindakannya sengaja memanipulasi undi telah terdedah.  Malah, Guan tidak segan silu menyalahkan komputer dan membiarkan orang lain memikul kesalahan. 
 
Hakikatnya, DAP berada dalam krisis kepimpinan yang kronik.  Kepimpinan, khususnya, Guan Eng, kini menjadi liabiliti kepada kredibiliti dan imej parti.  Kebongkakan Guan Eng menyebabkan ramai ahli dan pemimpin DAP kurang senang dan pada bila-bila masa saja mungkin meninggalkan parti itu.  Dan Guan Eng juga telah terbukti sebagai penipu, rasis, tidak cekap dan tidak telus. 
 
Dalam kata lain, imej ‘telus’ yang ingin DAP paparkan hancur lebur dengan wujudnya Lim Guan Eng di dalam parti itu.    
 
DAP tidak boleh bersikap seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku setelah kemelut pemilihan CEC terdedah sehingga terpaksa mengadakan pemilihan semula.  Pendedahan ini membuktikan ada sesuatu dan seseorang yang tidak kena dan tidak menjalankan tugasnya dengan amanah.  
 
Oleh itu, seseorang perlu memikul kesalahan ke atas apa yang berlaku dan orang itu tidak lain tidak bukan ialah Setiausaha Agong yang sepatutnya bertanggungjawab ke atas proses pemilihan.  Tidak mungkin tidak ada ‘kambing hitam’ yang dengan sengaja atau tidak sengaja telah tidak menghantar jemputan kepada 753 perwakilan yang terlibat?   Apakah DAP cuba menyatakan bahawa ‘kesilapan’ ini juga merupakan salah komputer? 
 
Sebagai Setiausaha Agong, Guan Eng wajib meletak jawatan jika gagal mengenalpasti punca ‘kesilapan’ sehingga membawa malu dan masalah besar kepada parti.  Jika Guan Eng terlalu bongkak untuk meletak jawatan, maka DAP wajib membuktikan ketegasan dan ketelusan dengan memecat beliau sebagai langkah memulihkan kredibiliti dan imej parti.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun