Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2019

Sarang Tebuan Jangan Dijolak...

Apabila ia dibangkitkan - misalnya oleh Tuan Guru Presiden PAS di Pasir Salak baru-baru ini - nampaknya semacam tidak ada lagi alasan untuk orang Melayu tidak menyokong PAS dan Umno. Tidak ada. Kecualilah bagi orang yang mahu berfikir sedikit lama dan mencari sedikit jauh daripada sekadar omelan atau bisikan dalam mimpi. Arakian dimaklumkan kepada sekalian umat, Dato Maharajalela itu sesungguhnya sebuah gelaran kebesaran cuma. Akan nama sebenarnya ialah Maharajalela Pancung Tak Bertanya. Kata seorang pensyarah universiti yang didakwa akan dia menumpang populariti universitinya ketika menulis untuk  Malaysiakini , gelaran itu memberi lesen besar kepada batang tubuh pembawanya. "Sesiapa yang diberi gelaran itu," katanya, "dibenarkan membunuh" oleh penguasa. Syahdan tahu benarlah kita akan jahatnya penguasa dulu menyembunyikan sejarah. Tidak ada dikatakan bahawa Dato Maharajalela itu seorang mufti. Mujur juga ada Icerd yang menjelma. Mujur juga ada himpu

TIGA SEBAB MENGAPA UMNO TIDAK LAGI PERLUKAN MAHATHIR

(Esei pendek berkenaan halatuju dan survival politik Melayu selepas PRU-14 dan menjelang PRU-15) Oleh: ISHAM JALIL Kerajaan PH di bawah Dr. Mahathir kini telah membekukan akaun-akaun UMNO. Mahathir dan kerajaan melalui SPRM telah memfailkan tuduhan ke atas 41 individu dan entiti berkaitan UMNO untuk melucut hak harta. Mahathir berkata dia boleh membankrapkan UMNO jika dia mahu. Ini semua adalah untuk menekan UMNO supaya tunduk, akur dan melutut kepada beliau. Beliau juga mahu memaksa lebih ramai pemimpin-pemimpin UMNO untuk melompat masuk partinya. Jika UMNO berdegil juga Mahathir mempunyai pilihan untuk mengharamkan UMNO. Namun Mahathir tahu UMNO tidak boleh dipecahkan dari luar. Apa yang sebaliknya Mahathir akan dan sedang buat untuk melenyapkan UMNO ialah melemah dan memecahbelahkan UMNO dari dalam, seperti yang beliau sedang buat kepada PKR kini. Mahathir akan cuba menunjukkan seolah-olah UMNO masih memerlukan beliau lantas "menjemput" beliau kononnya

DUIT BANYAK NAMA RUPANYA

Duit ni bila bertukar tangan namanya pun bertukar sekali. Di tempat ibadah namanya jadi sedekah, di persatuan, kelab atau sekolah dipanggil yuran.   Dalam perkahwinan dipanggil hantaran dan mas kahwin. Bayaran untuk bercerai dipanggil tebus talak. Bila kita beri orang pinjam, kita sebut hutang. Bila kita bayar kerajaan dipanggil cukai. Di mahkamah dipanggil denda.  Gaji orang bersara, dipanggil pencen. Semasa bekerja disebut gaji. Kerja sambilan  kita bayar upah. Kalau yang berkerja baik, kita bagi tip. Kepada yang mencolek kita panggil wang tebusan. Bayaran pada ajen atau orang tengah namanya rasuah. Bila suami beri duit pada isteri, itu namanya nafkah. Kalau kepada anak-anak, jadi duit poket. Sebenarnya banyak lagi nama duit bertukar sebaik sahaja ia bertukar tangan. Kalau beri bini, namanya nafkah Kalau beri anak, namanya belanja Kalau beri zakat, namanya rukun  Kalau beri luo dari haul dan nisab, namanya sedekah Kalau beri gofren, namanya ‘cari nahas!’ Kalau beri girlfriend, kira