Skip to main content

Haramkan Tanda Putera Adalah Kerja Bodoh

                        Lidah biawak betul lah anak GAMPANG NI. Dalam tempoh 24 jam, kerajaan Cina DAP Pulau Pinang telah meminda surat kepada pengendali panggung wayang, kini "menasihatkan" dan bukan "mengarahkan" Tanda Putera tidak ditayangkan di Pulau Pinang dalam sidang medianya hari ini, sambil mendakwa surat sebelum ini salah.  
                   


Orang awam datanglah beramai-ramai menonton filem patriotik itu pada Hari Kemerdekaan sambil memakai songkok bagi mengambil aura perjuangan generasi Melayu terdahulu. Meskipun kedengaran agak ganjil bagi generasi zaman siber untuk memakai songkok ke kompleks membeli-belah, namun tidak dinafikan ini adalah cara meraikan Hari Kemerdekaan ke-56 yang amat unik dan sesuai untuk golongan muda.


Tanda Putera merupakan satu filem sejarah yang perlu dihargai oleh setiap pihak. Namun begitu ada sesetengah pihak yang menyifatkan Tanda Putera sebuah analogi politik bagi sesuatu parti. Sedangkan apa yang dipaparkan oleh filem itu hanyalah persahabatan akrab dua pemimpin lagenda Malaysia, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail. Hanya yang menjadi kontroversi adalah tragedi rusuhan 13 May 1969 yang dijadikan latar belakang kepada filem tersebut. Pengarahnya Datuk Shuhaimi Baba telah menyatakan bahawa filem yang dihasilkan oleh beliau bukanlah berniat atau berunsur politik. Ia hanyalah sebuah filem yang digarap dari sejarah Malaysia berdasarkan fakta sebenar. Ketakutan sesetengah pihak dengan filem ini adalah tidak berasas. Tanda Putera harus dipuji kerana ianya boleh dijadikan bahan rujukan mudah untuk generasi akan datang sama seperti filem-filem sejarah sebelumnya. Dengan adanya filem ini rakyat Malaysia dapat mengabdikan sejarah dan memori berkenaan kedua-dua tokoh yang benar-benar telah banyak berjasa kepada pembangunan negara kita. Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng telah menyatakan keputusan bahawa negeri itu tidak akan membenarkan Tanda Putera ditayangkan di mana-mana pawagam. Tindakan itu adalah berasaskan kepada tanggapan bahawa, filem tersebut adalah rasis dan tidak bertanggungjawab. Namun begitu, keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu dianggap sebagai satu perkara yang tidak berasas. Ini kerana beliau atau mana-mana ahli Pakatan Rakyat belum lagi menonton filem tersebut. Adakah ini satu tindakan yang wajar? Secara tuntasnya kita boleh mengatakan bahawa tindakan ini adalah terburu-buru dan tidak professional, lebih-lebih lagi dikeluarkan oleh YB Lim Guan Eng yang kononya memperjuangkan hak bersuara dikalangan rakyat Malaysia. Apakah hak bersuara rakyat mempunyai sifat selektif dan tertakluk kepada perkara-perkara yang dianuti oleh Pakatan Rakyat sahaja? Mengapa jika sesuatu perkara itu walaupun datangnya dari rakyat, tetapi tidak mengikut ideologi Pakatan Rakyat, maka perkara itu tidak patut didengari atau dipertahankan? Siapa sebenarnya yang tidak telus dalam berbicara soal amanah dan hak rakyat? Apa yang ditakuti oleh Pakatan Rakyat sehingga sanggup mengharamkan sebuah filem yang memaparkan kehidupan sebenar pada era tersebut. Boleh dikatakan ia adalah satu perkara bodoh jika difikirkan bahawa sebuah kerajaan negeri terlalu takut dengan sebuah filem yang mereka sendiri kata tiada kualiti. Apakah sebuah filem “low-class” (pendapat Ketua Menteri Pulau Pinang) boleh mengugat kredibiliti sebuah kerajaan negeri yang telah dilantik oleh rakyat? Ketakutan yang menyelinap dalam setiap ahli Pakatan Rakyat adalah bagaimana terbongkarnya rahsia bahawa pemimpin mereka korup dan tidak berhati perut jika filem ini ditayangkan di pawagan seluruh Malaysia. Telah terang lagi bersuluh bahawa ramai pemimpin tua mereka terlibat di dalam tragedi 13 May 1969. Itu sememangnya tidak boleh dinafikan ataupun disangkal. Seruan harus dinyatakan secara jelas kepada seluruh rakyat Malaysia agar filem ini menjadi satu tontonan wajib. Bukan sahaja ianya perlu ditonton oleh orang Melayu tetapi juga kepada seluruh rakyat negara ini yang masih cintakan keamanan dan keselesaan hidup. Mari kita bersama-sama memenuhkan pawagam di seluruh Malaysia untuk menonton filem Tanda Putera. Bagi penduduk Pulau Pinang, diharap jangan kecewa jika tidak dapat berkesempatan menonton filem ini. Ini adalah kerana, seperti semua filem tempatan yang lain, ia akan disiarkan di Astro First selepas beberapa minggu tayangan di pawagam. Usaha, Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menyekat kemasukan Tanda Putera di semua pawagan di Pulau Pinang adalah usaha yang terlalu bodoh. Agaknya Ketua Menteri Pulau Pinang sudah lupa bahawa terlalu banyak saluran dan media alternatif untuk filem itu ditonton. Tanda Putera tetap akan menemui rakyat Malaysia, walau dimana ceruk rantau sekalipun.
"menasihatkan" dan bukan "mengarahkan" Tanda Putera tidak ditayangkan di Pulau Pinang dalam sidang medianya hari ini, sambil mendakwa surat sebelum ini salah.  

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun