Skip to main content

Mampukah Mualaf Zairil Menang CEC DAP?


Kemenangan Zairil Khir Johari dalam kiraan semula pemilihan CEC DAP Januari lalu dirujuk sebagai ‘ajaib’ oleh bekas pemimpin parti itu iaitu, Tunku Aziz.   Zairil pada mulanya hanya mendapat 305 undi tetapi jumlah undian telah melonjak sehingga 803 dalam pengiraan semula.  Keputusan tersebut meletakkan beliau di tangga ke 20 yang mana membolehkan beliau dilantik sebagai ahli jawatankuasa eksekutif parti. 
 
Pengiraan semula dibuat setelah parti itu mendakwa telah ‘tersilap kira’ dalam pemilihan awal dua minggu sebelumnya. 
 
Umum melihat alasan DAP untuk mengira semula undi adalah kerana ingin menutup sifat rasis parti itu apabila tiada wakil Melayu yang terpilih walaupun di kalangan mereka yang telah berabad berkhidmat kepada parti. Oleh kerana tidak tahan dengan kecaman ramai, maka DAP sanggup memanipulasi undi bagi memenangkan Zairil. 
 
Tindakan tersebut bagaimanapun bukan sahaja telah menyerlahkan ketidaktelusan DAP dan sifat penipu pemimpinnya, tetapi juga membuktikan bahawa DAP benar-benar sebuah parti yang tersangat rasis.  Ini kerana Zairil yang dicanangkan sebagai wakil Melayu adalah seorang Cina 100%, melainkan pada namanya yang ditumpangkan kepada nama bapa tirinya, Tan Sri Khir Johari. 
 
Rakyat terkejut besar melihat betapa kroniknya sifat perkauman DAP sehingga tidak sanggup melantik Melayu, sebaliknya sanggup melantik seorang Cina bagi mewakili Melayu!
 
Sifat rasis DAP kini bakal di-uji sekali lagi apabila ROS mengarahkan parti tersebut untuk mengadakan pemilihan semula setelah didapati terdapat unsur tidak telus, tidak adil dan manipulasi undi yang ketara dalam pemilihan terdahulu.    
 
Justeru, kedudukan Zairil kini berada dalam perhatian ramai.  Rakyat sedang memerhati DAP dari segi ketelusan, dan di masa yang sama ingin melihat bagaimana DAP mencaturkan parti dari segi kaum.  Apakah Zairil akan tertendang keluar atau atau apakah kedudukan beliau akan semakin kukuh? 
 
Bagaimanapun, sukar bagi rakyat untuk merasa yakin yang pemilihan semula ini juga akan diadakan secara telus.  Ini kerana, DAP tidak pernah mengambil tindakan mahupun mengakui bahawa terdapat unsur manipulasi yang nyata dalam pemilihan lalu yang membawa kepada pemilihan semula arahan ROS.   
 
Sekali gus, mereka yang bertanggungjawab menyebabkan 753 perwakilan India DAP dinafikan hak mengundi dan yang bertanggungjawab menyebabkan ‘keajaiban’ dalam jumlah undi yang didapati oleh Zairil, masih lagi bebas.  Dan kemungkinan besar, pemilihan kali ini juga bakal diuruskan oleh orang yang sama. 
 
Justeru, apakah jaminan yang beliau atau mereka, tidak akan memanipulasi undi sekali lagi bagi ‘menyelamatkan’ Zairil dan juga air muka DAP? 

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun