Skip to main content

IBARAT KAHWIN DAHULU BARU BERCINTA ATAU BERKAHWIN UNTUK BERCERAI...



Saya masih tertanya-tanya apakah mesej sebenar yg ingin di sampaikan oleh YB Datuk Dr Latif, Menteri KPLB yg mewakili Bersatu dalam Kerajaan PN berkaitan UMNO Sabah khususnya dlm video pendek yg sedang berlegar di media sosial skrg ini.

Nampak jelas beliau terdesak utk cuba memperkuatkan parti Bersatu di Sabah dan pada masa yg sama cuba melemah dan merendahkan UMNO di Sabah. Sebarang usaha utk mengukuhkan Bersatu di Sabah adalah wajar dan tidak salah tetapi memijak UMNO Sabah bagi tujuan tersebut adalah satu tindakan yg sukar difahami dan menimbulkan pelbagai persoalan.

Pastinya hujah dan perkataan yg di ungkapkan mengguris hati ahli-ahli dan penyokong UMNO di Sabah. Jawapan pantas YB DS Bung selaku Pengerusi UMNO Sabah di kira tepat dan tegas.... "Orang yg paling tepat untuk menentukan kedudukan UMNO di Sabah ialah rakyat Sabah sendiri"

Spt 'cubit peha kiri, peha kanan terasa juga' pasti ahli2 UMNO di Semenanjung juga turut tersentuh dan berkecil hati dgn kenyataan tersebut. Saya tidak pasti apakah YB Datuk Dr Latif sememangnya di arahkan oleh pimpinan Bersatu pusat utk mengeluarkan kenyataan sedemikian atau itu hanyalah pandangan peribadi beliau. Apapun 'the damage has already been done'.

Saya turut khuatir nanti akan ada pula pimpinan UMNO turut bereaksi kesat membalas kenyataan tersebut. Akhirnya ahli2 di bawah juga dan rakyat menjadi keliru dan terpinga2 memikirkan ke manakah arah haluan PN ini hendak di bawa ??

Kepada pemimpin Bersatu dan UMNO saya syorkan berhati2lah dlm setiap ungkapan dan kenyataan kerana jika terguris di khuatiri lukanya sgt dalam dan berpanjangan. 'Prevention is better then cure'.

Sewajarnya setelah kita 'berkahwin' atas dasar nak menyelamatkan agama, bangsa dan negara maka berusahalah utk membuahkan bibit2 cinta dan keharmonian di kalangan sesama kita dan bukan sebaliknya.

Urusetia PN di peringkat pusat perlu segera duduk dan mencari kesepakatan bersama sebelum nasi menjadi bubur. Berlajarlah utk 'bercinta setelah kita berkahwin'.

Begitu juga kenyataan oleh pemimpin2 UMNO berkaitan MN atau PN dan isu tentang siapakah PM selepas PRU 15 nanti ??? Gunakan sepenohnya platform parti utk memberikan pandangan serta tegoran. Akhirnya carilah kesepakatan utk mencapai pendirian parti, MN dan PN atau sebaliknya. Kenyataan2 secara individu yg keras dan tegas pasti mengundang pelbagai reaksi pro dan kontra serta menambah kecelaruan ahli2 di peringkat akar umbi.

Hentikan sebarang usaha utk mencari populariti diri. Fokus kpd survival parti dan arah tuju yg jelas. Kecelaruan yg sedang berlaku ini sedang menyebabkan terjadinya seolah2 gencatan senjata di peringkat akar umbi. Jentera pru masih belum di gerakkan sepenohnya kerana hala tuju parti masih kabur...MN atau PN. Fokus kpd isu ini dan muktamadkan dlm kadar yg segera. Jgn biarkan spt 'gantong tak bertali'.

Jangan jadikan ahli2 dibawah spt 'sibuta kehilangan tongkat'. Sedarlah 'musang dan ular sawa' sedang memerhati dan mengatur langkah utk membaham ayam di remban. Jangan sampai 'yang di kejar tak dapat dan yang di kendong keciciran'.

Wallahuaklam

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun