Skip to main content

Ahmad Mahmood TIDAK PERNAH Tikam P. Ramlee

“Saya mengakui ada perkara yang saya TIDAK BERSETUJU dengan P. Ramlee. Saya mengkritik beliau secara terang-terangan, tetapi saya tidak pernah menafikan sumbangan beliau di dalam industri perfileman. Saya tidak mahu bersikap baling batu sembunyi tangan seperti segelintir ‘manusia’ yang mengaku sahabat sesudah P. Ramlee meninggal dunia.”

Di dalam sejarah perfileman Melayu, ramai yang tidak mengetahui tentang hubungan antara seniman Ahmad Mahmood dengan P. Ramlee yang agak DINGIN. Sekitar tahun 1980-an, Ahmad Mahmood pernah menolak undangan untuk menjadi panel dalam sebuah program Senandung Seniman Agung. Hal ini berikutan Ahmad Mahmood tidak mahu menjadi manusia HIPOKRIT dalam memberi kenyataan tentang P. Ramlee.

Ada pihak yang meminta Ahmad Mahmood memberikan komen tentang bakat P. Ramlee. Ahmad Mahmood akan berkata, “Bagi saya, P. Ramlee itu hanya manusia biasa saja. Tidak ada yang ‘special’ tentang dirinya seperti anggapan sesetengah pihak yang tidak tahu tentang P. Ramlee. Orang-orang yang tidak tahu akan menganggap P. Ramlee itu sebagai seorang yang agung terutama sekali dalam bidang muzik. Padahal nama P. Ramlee naik dan hidup adalah bersandarkan bakat dan kebolehan orang lain juga”.

Jika merujuk kenyataan Ahmad Mahmood di atas, terbukti bahawa beliau sangat JUJUR dan ikhlas dalam memberi kenyataan ataupun pandangan beliau terhadap P. Ramlee. Beliau menolak undangan itu kerana enggan membohongi anak cucunya apabila bercakap tentang P. Ramlee.
Kita boleh lihat bahawa beliau bercakap benar, tidak seperti segelintir ‘manusia’ yang mengangkat dan mengaku sahabat kepada P. Ramlee setelah beliau meninggal dunia walhal ‘manusia’ itulah yang menikam P. Ramlee ketika beliau masih hidup.

Berbalik kepada hubungan Ahmad Mahmood dengan P. Ramlee tadi, P. Ramlee tahu akan perihal Ahmad Mahmood tidak berapa menyukai dirinya. Akan tetapi, P. Ramlee masih mengambil Ahmad Mahmood berlakon di dalam filem-filem arahannya seperti Seniman Bujang Lapok (1961), Ibu Mertua Ku (1962) dan Nasib Si Labu Labi (1963).

Walau bagaimanapun, Ahmad Mahmood tidak pernah menafikan sumbangan P. Ramlee terhadap masyarakat. Beliau berkata, “Mana mungkin saya melupakan dan tidak mengakui jasa P. Ramlee kerana beliau pernah berlakon dengan saya di dalam beberapa buah filem. Bakatnya yang menyeluruh belum dapat ditandingi oleh artis-artis lain sekarang”.

Semasa P. Ramlee hendak berhijrah ke Kuala Lumpur, beliau sempat bertemu dengan Ahmad Mahmood untuk mengucapkan selamat tinggal serta bersalaman dan berpelukan dengannya. P. Ramlee sempat berkata, “Mad, kau adalah kawan baik aku kerana KEJUJURANMU kepadaku”.

Apa yang yang boleh dirumuskan melalui peristiwa itu adalah P. Ramlee BUKANLAH seorang yang suka berdendam. P. Ramlee boleh melihat keikhlasan serta kejujuran yang ada pada Ahmad Mahmood terhadap beliau. Tidak seperti segelintir manusia yang hanya pandai menokok tambah cerita untuk menjadikan cerita itu kelihatan hebat. Secara tidak langsung, ia dapat membuktikan bahawa kononnya mereka itu adalah sahabat baik kepada P. Ramlee.

Sumber:
Text: Mohd Danial Abd Aziz

1. Kelab FIlem & Muzik Melayu Klasik
2. Ahmad Mahmood: Bintang Di Langit Seni – Mohamad Saleeh Rahamad (FINAS, 2010)
3. P. Ramlee: Erti Yang Sakti – Ahmad Sarji (MPH Publishing, 2011)
4. P. Ramlee: The Bright Star – James Harding & Ahmad Sarji (MPH Publishing, 2011)
5. Dato’ Ahmad Fauzee
6. Pewarnaan: Repair Gambar Lama

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun