Skip to main content

Apa Lagi Baki Perjuangan UMNO?


Bila Ahli Parlimen UMNO termasuk berjawatan Menteri, Timbalan Menteri, Pengerusi Badan Berkanun dan GLC tanpa mengira risiko perjuangan di tanggung UMNO. Dengan bangga memangkah dan mengundi dikosongkan jawatan Speaker Dewan Rakyat bagi memboleh Datuk Azhar Azizan@Harun menjadi Speaker Dewan Rakyat di lantik sebagai Speaker Dewan Rakyat.

2.  Azhar Harun dari segi kelulusannya tidak meniadi masalah tetapi dia cacat hubungannya dengan UMNO. Kenaikan dari seorang peguam dan juga penulis bloq kerana tulisan yang menghentam UMNO.

3. Dari mercerca dan serangan kepada UMNO dan pemimpinnya dan menunjukan diri sebagai penyokong tegar Tun Dr Mahathir, telah mengambil perhatian Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga  di lantik Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya sebaik sahaja PH membentuk kerajaan. Dari segi tradisi jawatan Pengerusi SPR, kebiasaan dikalangan pesara Pegawai Kanan Kerajaan.

4. Semasa menjadi Pengerusi SPR, selaku Pengerusi beliau tidak pernah mengendahkan sebarang aduan UMNO khasnya dalam PrK Cameron Highland.

5. Mungkin ada orang akan berkata. Apa beza UMNO menyokong Muhyiddin Yasin, juga cacat hubungan UMNO. Malah berapa youtube yang beredar ceramahnya jelas membusukan dan memburukan UMNO.

6. UMNO menjadikan dia kaya raya. Jika UMNO tidak memliih beliau sebagai calon BN/UMNO di Pagoh tahun 1978. Kemungkinan paling tinggi kerjaya ialah pemilik Syarikat penjual kereta.Sebelumnya beliau pengurus besar syarikat milik PKNJ di Sergam yang menjual kereta mercedes.

7. Sokongan Ahli Parlimen UMNO, sama dengan sikap perjuangan UMNO. Bila Mahyuddin di sokong menjadi Perdana Menteri, dengan sendiri Tun Dr Mahathir Mohamad akan tersingkir sebagai Perdana Menteri kerana kurang sokongan untuk dinamakan semula oleh Pakatan Harapan.

8.Sokongan Ahli Parlimen UMNO, akan menyebabkan Muhyiddin Yasin tidak memerlukan lagi sokongan dari PKR dan DAP. Secara  jalan mudah. Tun Dr Mahathir Mohamad  tidak lagi menjadi Perdana Menteri, kuasa DAP tidak ada dalam Kerajaan.
Dan seterusnnya Anwar Ibrahim akan tersekat menjadi Perdana Menteri ke 8.

9. Apa yang dilantik sebelum UMNO/BN menyertai Kerajaan Muhyiddin Yasin. UMNO tidak pertikaian sama sekali. itu urusan PPBM, jika Azhar Harun menjadi ahli Parti tersebut.

10. Salepas UMNO melalui Ahli Parlimen dan bukan Parti, menyokong Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri, soal perlantikan Speaker perlu dan mesti di rundingkan dengan UMNO. Asasnya Ahli Parlimen itu milik individu, tetapi kawasan pilihanrayanya milik UMNO. Maka UMNO ada sebab untuk bertanya dan mengambil bahagian membincangkan soal perlantikan seorang Speaker., bukan menggunakan kuasa Perdana Menteri.

11. Kini   UMNO menanggung  risiko atau kerugian sokongan rakyat atas memberikan sokong kepada Azhar Harun. Azhar Harun tidak boleh mencari dalih bagi menghalalkan   sikap peribadi dalam beberapa isu perjuangan UMNO.

15. UMNO berjuang perkara-perkara yang mungkar yang membabitkan orang Islam . Saperti peminuman arak. pertukaran jantina dan menerima sah trangender (kecuali semula jadi saperti khunsa) menilai dan meningkat undang-undang syariah dari masa kesemasa.  Ini antara isu liberal yang didukung oleh Azhar Harun. yang kesimpulannya  sebagai tidak wajar dilakukan oleh Kerajaan.

16. Hari ini UMNO menyokong beliau sebagai Speaker. Dari segi Protokol Persekutuan, Speaker Dewan Rakyat senarai ke 15 kedudukan jika Majlis Rasmi di Istana Negara jika melibatkan Raja Melayu, Undang yang empat, Tengku Besar Tampin. Dan jika senarai Protokol Perdana Menteri, Speaker Dewan Rakyat yang kelima. Salepas Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Ketua Hakim Negara dan Presiden Dewan Negara.

17.  Bolehkah UMNO masuk keluar kampong, kesana ke sini (pinjam ayat Muhyiddin Yasin) bercakap dan berkempen dalam soal perjuangan UMNO bagi mendapat sokongan orang Melayu semasa Pilihanraya Umum ke 15?.

18. Ahli Parlimen UMNO dan Parti UMNO sendiri telah memberikan sokongan kepada individu yang bersikap Liberal dalam isu sebahagian kempen mempengaruhi orang Melayu supaya  menolak  satu parti dan Kerajaann yang akan merealisasikan perkara-perkara yang bertentangan dengan islam dan kebudayaan Melayu.

19. Boleh para  pengundi akan percaya akan UMNO membenteras arak? membenteras LGBT?  Sebab pejuangnya di sokong oleh UMNO tanpa bantahan oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO. Malah Presiden dan jajaran Majlis Tertinggi UMNO yang menjadi Ahli Parlimen juga menyokongnya.

Anda fikirlah sendiri sebagai pengundi. Abaikan sikap PAS. Sebab jika Dewan Ulamak yang juga Ahli Parlimen Pasir Putih telah mengatakan secara terbuka didalam Parlimen bahawa Azhar Harun lebih baik daripada  Mohamad Arif. Maka UMNO dan PAS sebenarnhya sudah hilang arah disebabkan pemimpin yang disuapkan jawatan.

Sang Kelembai.
Kuala Lumpur.
Julai 14, 2020

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun