Skip to main content

π“π„π‘π‰π„πŒπ€π‡π€π πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π 𝐓𝐒 𝐒𝐇𝐀𝐅𝐄𝐄 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐔𝐒𝐔𝐋𝐀𝐍 πŠπ„ππ”π“π”π’π€π πŒπ€π‡πŠπ€πŒπ€π‡ π“πˆππ†π†πˆ πƒπ€π‹π€πŒ πŠπ„π’ 𝐒𝐑𝐂 𝐏𝐀𝐃𝐀 πŸπŸ– π‰π”π‹π€πˆ 𝟐𝟎𝟐𝟎.



TSSA: Memandangkan DSN telah bercakap dalam bahasa Melayu, saya akan berbicara  dalam bahasa Inggeris supaya semua orang (wartawan asing) di sini juga faham. Tetapi anda bebas bertanya saya soalan dalam Bahasa Melayu dan saya akan jawab dalam Bahasa Melayu kepada anda.

Saya mulakan kenyataan saya begini...
Anda semua amat kenal saya. Saya bekerja lebih cekap dengan tekanan. Ini adalah merupakan cabaran yang serius. Sungguhpun saya kecewa, saya belum tumbang. Sekiranya ada persamaan antara saya dan DSN, kami identikal dari aspek bekerja dengan paling efisien apabila adanya tekanan yang besar.

Jadi, cabaran kami untuk melakukan rayuan  nanti akan dilakukan dengan format yang lebih tinggi dan gear yang lebih tinggi. Kerana kami percaya kes kami ini sangat kuat sejak permulaan lagi. Tapi kami gusar apabila dipanggil untuk pembelaan dengan asas-asas yang dijadikan alasan. Kerana alasannya nampaknya tidak.... (TS cepat-cepat susun kata untuk elak menghina mahkamah)....

Ia adalah merupakan satu penghakiman yang jujur ya! Biar saya katakan ini supaya saya tidah berhadapan tindakan. Saya rasa hakim ini adalah seorang yang jujur. Tetapi saya rasa beliau telah secara jujur melakukan beberapa kesilapan penghakiman.

Bermula dari penghakiman di peringkat pembelaan malah sejak pendakwaan sehingga terkini, kami dapati kekhilafan telah terkumpul. Mungkin ini adalah kerana beliau tidak mampu untuk memperbetulkan alasan-alasan sebelum ini yang telah diberikan.

Jadi saya fikir kita mempunyai peluang paling kuat untuk memenangi rayuan ini.

Ini adalah sebuah kes yang mana hakimnya sendiri telah mengatakan tanpa ragu bahawa kes ini adalah kes yang mengandungi fakta matriks dan isu perundangan yang tidak ada satu pun kes seumpamanya sebelum ini.

Dan apabila saya katakan (di mahkamah tadi) bahawa ini adalah kes perbicaraan terbesar dunia, saya tidak menokok tambah. Dan terdapat beberapa isu perundangan yang anda perlu pertimbangkan dalam penilaian anda kepada senario ini.

Ini adalah kes pertama sepanjang zaman yang mana seorang Pengarah Bayangan (Shadow Director) yang bukan Pengarah SRC...telah dianggap sebagai individu yang boleh membuat arahan dan keputusan melangkaui lembaga pengarah syarikat.

Ini adalah prinsip yang saya tak pernah dengar sebelum ini! Sungguhpun Pengarah Bayangan adalah merupakan satu konsep, tetapi prinsip seperti ini tidak pernah terpakai terutamanya dalam kes jenayah.

Itu yang pertama. Keduanya, ini juga adalah satu kes yang mana prinsip perundangan syarikat telah dibuang ke tepi kerana hakim mengatakan bahawa seorang pemegang saham boleh secara literal mengambil alih fungsi lembaga pengarah dan lembaga pengarah tidak perlu bertanggungjawab.

Kita semua tahu, bahawa di dalam mana-mana syarikat, terutamanya syarikat seperti SRC...lembaga pengarah adalah merupakan orang-orang utama yang akan membuat keputusan dan mereka yang bertanggungjawab, bukan pemegang saham.

Jadi, ini hanyalah dua perkara yang saya berikan kepada anda sebagai contoh perkara yang menggusarkan kami (pihak pembelaan) kerana nampak secara jelas kekhilafan penghakiman telah dilakukan.

Dan tidak ada bukti langsung, bahawa DSN telah megarahkan RM 42 juta dibayar kepada beliau. Sekiranya ia adalah rasuah, anda mesti tertanya-tanya, mengapa tidak dinyatakan siapa yang telah memberi rasuah kepada DSN? Siapakah yang telah bersetuju bahawa DSN perlu diberikan rasuah?

Caj pertuduhan tidak menyatakannya dan begitu juga penghakiman tadi. Siapakah yang telah memutuskan untuk membayar kepada DSN? Jadi ini hanyalah sedikit iklan kepada anda, supaya anda boleh fikirkan tentang bagaimana secara jujurnya hakim telah terkhilaf dalam membuat penghakiman.

Jadi jika anda tanya kepada saya, saya rasakan bahawa melihat kepada keputusan hakim yang mendapati DSN bersalah ke atas SEMUA TUJUH PERTUDUHAN, bagi saya, SAYA GEMBIRA....kerana kini saya mempunyai peluang yang lebih tinggi (di peringkat rayuan) kerana beliau telah memutuskan DSN bersalah ke atas SEMUA PERTUDUHAN.

Beliau telah menafikan setiap satu point pembelaan pihak kami. Langsung tidak diterima oleh hakim ini.

Jadi bagi saya, ini adalah senario yang lebih baik untuk kami lawan di Mahkamah Rayuan nanti. Kita ada lagi 10 orang hakim untuk mendengar kes ini. Ini hanyalah penghakiman seorang hakim sahaja. Di Mahkamah Rayuan nanti ada 3 hakim dan di Mahkamah Persekutuan nanti akan ada 7 orang hakim tertinggi.

Wartawan (audio kurang jelas): Berapa lamakah proses ini (rayuan) akan berlangsung. Apakah ramalan kamu?

TSSA: Saya telah beritahu hakim bahawa saya mahukan rayuan ini dapat dilakukan dalam tempoh 3 bulan. Itu adalah pusingan pertama. Pusingan kedua mungkin akan makan masa 4 bulan lagi. Jadi keseluruhan rayuan bagi kes ini akan mungkin mengambil masa 7 bulan. Dan saya sangat ternanti-nanti proses rayuan ini berbanding dengan semua kes lain yang pernah saya kendalikan seumur hidup saya. Kerana ini adalah kes rayuan yang sangat menarik dan kami mahu ia dilakukan secapat mungkin.

Soalan wartawan: TS, apa pandangan kamu tentang hukuman yang telah dijatuhkan, hukuman pemenjaraan dan denda sebanyak RM 210 juta.

TSSA: Ok. Saya tidak fikir hakim ini ada pilihan. Kerana ia adalah berdasarkan pandangan yang telah diambil olehnya. Jumlah wang yang dipertikaikan adalah RM 42 juta, ia bukan RM 4 billion yang diperkatakan. Namun beliau dipengaruhi oleh pandangan bahawa salah guna kuasa dalam wang 2 billion + 2 billion (KWAP) sungguhpun wang yang dipertikaikan adalah RM 42 juta.

Saya fikir beliau terperangkap dengan keputusannya sendiri dan oleh itu beliau telah menjatuhkan hukuman sedemikian. Kami sudah semestinya akan merayu bagi kedua-dua, pensabitan dan juga hukuman yang telah dijatuhkan. Kami fikir kami ada peluang yang cerah untuk kedua-duanya.

Soalan wartawan (audio tak jelas)

Jawapan TSSA: Perbicaraan di hadapan hakim ini adalah adil. Kita harus beri kredit kepada beliau untuk itu. Beliau beri ruang luas untuk mendengar kes...

Satu saja yang saya ingin mengadu.
Beliau kelihatan tidak mengaplikasikan  konsep jenayah dan konsep falsafah perundangan. Beliau telah mengaplikasikan konsep sivil dalam kes ini. Kerana dalam perundangan jenayah, sekiranya ada keraguan munasabah atau sedikit keraguan pun, anda perlu buang kes tersebut.

Berbeza dengan kes sivil...anda akan buat pertimbangan dan kebarangkalian. Siapa yang lebih mungkin berkata benar dan siapa ada kes yang lebih kuat. Kemudian ia akan dinilai dan diimbangkan. Jika beza antara kedua pihak hanya dengan kelebihan 10%, maka pihak itu yang menang.

Soalan wartawan (audio tak jelas)...

Jawapan TSSA: Saya dapati ia adalah suatu kenyataan yang ‘fantastic’ yang dikeluarkan oleh hakim terutamanya dalam keadaan berikut...

Anda masih ingat bahawa kami kekurangan bukti. Tetapi kami tampilkan 4 orang saksi (tanpa mengira DSN). Dan terdapat satu pertemuan dengan King Abdullah. Dan dalam mesyuarat itu, terdapat satu lagi pertemuan kecil di dewan utama melibatkan beberapa orang personaliti. Dan King Abdullah telah bertitah di dalam bahasa Arab bahawa bantuan akan diberikan.

Bantuan yang akan diberi semestinya  bantuan kewangan kerana terdapat bukti apabila Menteri Luar ketika itu Anifah Aman telah katakan, begitu juga dengan DSN dan juga DS Jamil Khir...kesemua mereka telah mengatakan bahawa serta merta selepas pertemuan itu, DSN telah bertanya kepada mereka yang lain, “Apakah saya dengar dengan betul tadi bahawa Raja Abdullah mahu saya buka akaun peribadi untuk menerima wang ini?”
Dan Anifah Aman mengesahkannya kepada DSN.

Bagaimana anda boleh mengetepikan pertemuan ini telah berlaku hanya berdasarkan pertikaian pertemuan itu berlaku pada 10, 11 atau 12hb kerana orang tak berapa ingat disebabkan ini adalah pertemuan tidak rasmi. Pertemuan rasmi sebenar berlaku pada 13hb. Jadi anda boleh katakan pertemuan ini berlaku sejurus sebelum pertemuan rasmi.

Ketidak seragaman tarikh ini adalah tidak relevan sebenarnya. Kerana sekiranya kita mahu reka bukti, sekiranya kita mahu menipu, kita boleh lakukan tugas lebih baik. Boleh saja kita plan dengan semua saksi supaya tetapkan satu tarikh khusus. Kewujudan ketidakseragaman tarikh yang sedikit ini adalah merupakan satu bukti bahawa para saksi-saksi ini tidak berpakat untuk mereka bukti.

Itu satu contohnya. Contoh kedua adalah, pertemuan di Istana yang sama setelah kemangkatan Raja Abdullah antara 2 putera Raja Saudi dan pegawai-pegawai SPRM, peguam-peguam dan beberapa orang lain.
Pertemuan ini juga benar-benar berlaku. Tetapi hakim tidak mengambilkira dan memberi kredibiliti terhadap versi ini!
Sungguhpun pegawai SPRM mengesahkannya!

Soalan wartawan: DSN telah bersumpah lagi menafikan kesalahan di mahkamah hari ini. Apakah sumpah ini akan mempengaruhi keputusan rayuan?

TSSA: Sepatutnya! Jika anda tahu falsafah seorang Muslim dan agama Islam, ini bukanlah perkara main-main dan mudah bagi seorang Muslim untuk bersumpah dengan nama Allah. Kerana akibatnya sekiranya anda menipu adalah sangat dahsyat. Orang Islam percayakannya.

Jadi DSN telah melafazkannya dan terdapat satu lagi lafaz yang beliau ucapkan di sebuah masjid sebelum ini berkenaan kes Altantuya. Beliau berani dan bersedia melafazkan ini kerana itulah kebenarannya.
Jadi ia memberi impak kepada kredibiliti tertuduh. Sama ada anda boleh percaya saksi itu atau tidak, inilah antara elemen yang anda lihat.

Ok. Terima kasih.

Diterjemahkan oleh Nabeel Naqie.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun