Skip to main content

Anwar Liwat Kesucian Huguan Siou: Penafian Anwar menyebabkan kaum Kadazandusun semakin ‘sakit hati’


                                                                     
                                             


Masyarakat Kadazandusun nampaknya masih lagi tidak dapat memaafkan Anwar Ibrahim kerana ‘meliwat’ kesucian gelaran Huguan Siou iaitu kedudukan tertinggi bagi kaum tersebut.  Bukan sahaja kerana ia tidak mengikut prosedur dan adat perlantikan tetapi yang lebih menyakitkan hati ialah ia merupakan jawatan ekslusif yang hanya boleh dipegang oleh kaum Kadazandusun Murut.  

Justeru, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) telah menuntut permohonan maaf dari pihak PKR Ranau dan Anwar Ibrahim sendiri atas tindakan tidak bertanggungjawab menganugerahkan gelaran tersebut kepada Ketua Pembangkang itu.  Menurut Setiausaha Agung KDCA, En. Suman Yasambun dalam kepercayaan kaum mereka, tindakan tersebut akan mengundang sumpahan ke atas pihak yang telah mencemar struktur kepimpinan, terutamanya apabila ia melibatkan Institusi Huguan Siou. 

Huguan Siou merupakan ‘penjaga’ kepada budaya, norma-norma, artifaks dan tradisi Kadazandusun Murut yang diraikan setiap tahun dalam Pesta Kaamatan.  Gelaran itu membawa bersamanya semangat perpaduan, keberanian dan keazaman.   

Huguan Siou yang sah pada hari ini adalah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, sekali gus menjadikan perlantikan seorang lagi Huguan Siou sebagai satu penghinaan terhadap beliau, serta seluruh masyarakat Kadazandusun.

Jelaslah bahawa tindakan PKR Ranau adalah keterlaluan, selain tidak bijak.  Lebih dari itu, tindakan Anwar untuk menerima penganugerahan itu juga, dilihat sebagai bukti sikapnya yang tidak sensitif dan gila kuasa.  

Percubaan Anwar untuk memperbaiki keadaan dengan menafikan beliau ada menerima gelaran tersebut serta menuduhnya sebagai salah satu dari taktik kotor politik BN, nampaknya tidak berjaya.  Ini kerana, seluruh rakyat Malaysia telah melihat sendiri gambar-gambar Anwar memakai hiasan kepala tradisi Kadazandusun yang dipanggil ‘sigar’ dan juga selempang yang tertulis ‘Huguan Siou Malaysia’.  

Mana mungkin terdapat Huguan Siou Malaysia sedangkan ia merupakan gelaran khas bagi satu kaum sahaja?  Mana mungkin Anwar menjadi Huguan Siou sedangkan beliau bukan dari kaum Kadazandusun?  Dan, mana mungkin terdapat dua orang Huguan Siou?    

Ketua Cabang PKR Ranau, Jonathan Yasin mungkin terbawa-bawa dengan keghairahannya untuk mengambil hati Anwar sehingga terlepas pandang akan kesucian gelaran Huguan Siou.  Keinginan yang meluap-luap untuk menang pilihanraya telah menjadikan Jonathan terlupa siapa dan apakah Huguan Siou dan siapa dan apakah Anwar Ibrahim.  

Namun begitu, Jonathan mungkin hanya melakukan apa yang diarahkan atau dinasihat oleh pihak atasan parti sahaja.  Tidak mustahil, beliau diberikan tugas untuk menonjolkan sokongan dan penerimaan masyarakat Kadazan terhadap Anwar yang tidak berbelah bagi.  Justeru, satu-satunya cara yang dapat difikirkannya ialah dengan menggambarkan Anwar sebagai pemimpin tertinggi masyarakat tersebut, iaitu sebagai Huguan Siou.  

Jika Anwar mempunyai sedikit maruah atau moral, beliau pasti tahu bahawa cara terbaik untuk meredakan kemarahan kaum Kadazandusun adalah dengan meminta maaf atas ‘kejahilannya’ mengenai adat resam kaum tersebut.  Tetapi, seperti yang kita sedia maklum, Anwar adalah jenis manusia yang tidak bermoral, tidak pernah mengaku salah dan tidak mungkin meminta maaf.  

Penafian Anwar menyebabkan kaum Kadazandusun semakin ‘sakit hati’ terhadapnya.  Anwar nampaknya langsung enggan bertanggungjawab malah tidak segan silu pula menuding jari terhadap BN walaupun bukti begitu nyata.  Ini tidak menghairankan kerana beliau juga tidak pernah mengaku menjadi pelakon utama dalam video seks yang tersebar sedangkan wajah serta gerakgeri pelakon tersebut saling tak tumpah dengan dirinya.  Malah disahkan pula oleh sistem pengesan wajah sebagai 99% dirinya.   Jika itupun Anwar masih boleh menafikan, maka tentu saja Anwar boleh menafikan apa saja.     

Inilah masalahnya jika terlalu dahagakan sanjungan dan penerimaan tetapi sukar mendapatnya.  Anwar telah lama mengidam menjadi pemimpin tertinggi dalam negara.  Memandangkan terlalu sukar sekali untuk memakai gelaran Perdana Menteri Malaysia, maka gelaran Huguan Siou Malaysia sahaja sudah memadai baginya, buat masa ini.  

Malangnya, gelaran Huguan Siou Malaysia itu nampaknya telah menjauhkan lagi Anwar dari gelaran Perdana Menteri Malaysia. 

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun