Skip to main content

TERIMA KASIH - DATO SERI DR AHMAD ZAHID HAMIDI & TEAM



1. Allah Bagi Ujian setiap hambanya... Sebelum ini ramai salahkan Najib Razak, sehingga apa saja yg beliau buat tak betul... akhirnya beliau dijatuhkan... Bila dah dijatuhkan, Allah buka sedikit demi sedikit kebenaran, ramai yg sebelum ini menyesal dan tak kurang yg nak kan beliau menjadi PM semula....

2. Apabila Najib turun, UMNO perlukan nakhoda yg baharu... Melalui pemilihan, ahli UMNO memilih Zahid... Zahid satu-satunya Presiden UMNO ketika UMNO menjadi pembangkang... Diserang kiri dan kanan dan tak cukup orang luar, org dalam sendiri menyerang beliau...

3. Dalam keadaan ramai pemimpin UMNO telah mula angkat kaki keluar dan ada juga yang tak mahu langsung terlibat dlm kepimpinan utama, namun, Zahid tetap teguh berjuang mengemudi pimpinannya yang percaya dan setia terhdap beliau... Satu demi satu, kepecayaan rakyat yg sebelum ini terhakis terhadap UMNO dipulihkan... Strategi mengembalikan kegemilangan UMNO juga telah mula berhasil...

4. YA ini bukan kerja seorang, tapi ianya memerlukan kerjasama utuh Pemimpin dan yang dipimpin termasuklah pemimpin dipelbagai peringkat… Cerdiknya Zahid, beliau tidak tinggalkan nama-nama besar seperti Najib dan Tengku Razaliegh, beliau ajak mereka utk duduk Bersama-sama dlm UMNO/BN... Beliau membuka peluang kepada idea-idea baharu dan kepimpinan-kepimpinan muda… Lebih bermakna lagi, tidak pernah berlaku dalam sejarah, UMNO dan PAS boleh bersama dalam perjuangan selepas lama menjadi seteru... Pembentukan Muafakat Nasional menjadi titik mula kepada kebangkitan...

5.Ini semua bukan berlaku secara percuma atau berlaku secara tiba-tiba, ini semuanya berlaku disebabkan strategi, usaha dan tawakal kepadaNYA... Barisan kepimpinan UMNO ketika ini cukup cekal menghadapi dugaan dan cabaran yang tiba...

6. Apabila kelihatan UMNO/BN/MN kembali menyinar, musuh sentiasa mencari jalan utk melemahkan UMNO/BN/MN... Antara lain adalah dengan menjatuhkan reputasi Kepala Nakhoda yakni Presiden UMNO (Zahid) sepertimana mereka buat terhadap Najib (Kepala nakhoda sebelum ini)… Kita pasti sedar atau ada yang buat-buat tak sedar, hampir setiap masa jentera2 musuh digerakkan utk menyerang dan menjatuhkan kepala nakhoda, sehinggakan ramai yang mula terpengaruh... Presiden UMNO diserang dari pelbagai sudut, dituduh itu dan ini... Tak cukup lagi, UMNO/BN/MN ditohmah dengan pelbagai tohmahan... Tak sedarkah kita...?

7. Rakyat diluar sana kebanyakan hanya melihat apa yg berlaku diluar, menilai hanya dengan informasi yang dilihat, dibaca, didengar, tapi hakikatkan ianya bukanlah sama... Sesungguhnya menjadi Presiden UMNO bukanlah kerja yang mudah, tambahan lg UMNO dlm keadaan menjadi pembangkang sebelum ini... Tapi, Allah munculkan orang bernama Zahid utk mengemudi UMNO sehingga UMNO menjadi seperti hari ini... Beliau masih berjiwa besar, walaupun tidak mendapat apa2 jawatan dalam keadaan UMNO dah menjadi kerajaan....

8. Pandanglah dengan mata hati... Selepas merdeka, saya rasa UMNO tak pernah sesusah ini, betul tak? Namun, cuba kita lihat dalam kesusahan yang dihadapi Zahid masih mampu mengemudi UMNO/BN dengan baik...

9.Justeru, Ahli UMNO khususnya dan rakyat amnya, sepatutnya menzahirkan ucapkan terima kasih kepada Zahid dan barisan kepimpinannya yang setia berjuang bersamanya demi perjuangan UMNO Di Semua Peringkat , Negeri Dan Bahagian ( Ada Yang Lari Dari Membantu Di Bahagian2 Walaupun Mereka Sebelum Ini Menumpang Di Peringkat Bahagian Maupun Di Cawangan2 Tapi Kini Rakyat Melihat Pemimpin2 Tersebut Mula Kembali Berpahut , Bagus Pada Umno Tapi Umno Wajib Untuk Tidak Lupa Akan Sikap2 Pemimpin Sedemikian Sama ada Di Peringkat Pusat , Negeri Maupun Di Peringkat Bahagian ) ... Jangan pernah diulangi kesilapan sebelum ini... UMNO/BN/MN kena terus kuat seperti hari ini sehingga PRU15, jangan pernah sesekali berpecah... Selepas susah payah ditempuh dan dihadapi, UMNO tidak boleh menoleh kebelakang lagi dan mesti terus bangkit...
Contohilah Semangat Membantu Yang Ditunjukkan Oleh Dato Seri Najib , Tengku Razaliegh Dan Lain2 Termasuk Barisan Kepimpinan Tertinggi Sekarang Mendepani Musuh Yang Datang Dari Pelbagai Sudut Termasuk Dari Dalam.

10. Saya menyarankan agar UMNO/BN/MN terus menyusun strategi dan melaksanakan segala yang baik-baik demi rakyat... Biarlah apa orang lain nak kata, perjuangan mesti diteruskan... Semua ahli juga perlu melatakkan kepercayaan penuh kepada pucuk pimpinan untuk menggerakkan UMNO/BN/MN  ke mercu kejayaan… Bersama kita panjatkan DOA….

*Rakyat melihat, tetapi ingat, ALLAH Maha Melihat..*

Terima Kasih .... Boss n Bossku

🤝🤝🤝🤝🤝🤝🤝🤝🤝🤝🤝🤝

 Alan Ridzuan Radin

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun