Skip to main content

LIMA PUKULAN K.O. UNTUK TUN DR MAHATHIR

Dalam sidang media bersama Pakatan Harapan, BERSATU dan WARISAN pada 18 Mei, Tun Dr Mahathir menyatakan:
(1) MPT BERSATU tidak pernah buat keputusan untuk keluar daripada Pakatan Harapan.
(2) Sehingga diputuskan sebaliknya, BERSATU masih kekal di dalam Pakatan Harapan.
(3) Tindakan Tan Sri Muhyiddin membawa BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan adalah bertentangan dengan perlembagaan BERSATU.
(4) Tindakan Tan Sri Muhyiddin membawa BERSATU masuk ke dalam Perikatan Nasional juga adalah bertentangan dengan perlembagaan BERSATU.
(5) BERSATU akan mengambil tindakan disiplin terhadap Tan Sri Muhyiddin kerana membuat tindakan yang bertentangan dengan perlembagaan BERSATU.

Malangnya, hanya selang sehari sahaja selepas Tun Dr Mahathir membuat kenyataan ini, satu demi satu pukulan k.o. terus singgah di muka beliau:

Pukulan k.o. pertama yang keluar adalah audio rakaman Mesyuarat MPT BERSATU pada 23 Februari dalam mana Tun Dr Mahathir kedengaran menerima keputusan Ahli-Ahli MPT BERSATU untuk membawa BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan hari itu juga dengan berkata “ok hari ini, hari ini kita keluar daripada Pakatan Harapan” dan video rakaman Dato' Haji Marzuki Bin Yahya pada 24 Februari dalam mana beliau kedengaran mengesahkan perkara ini, iaitu bahawa dDalam Mesyuarat MPT pada 23 Februari juga kita telah bersetuju untuk keluar daripada Pakatan Harapan, inilah keputusan parti dan kita akur dengan keputusan parti”.

Pukulan k.o. kedua yang keluar adalah kenyataan media 20 Ahli MPT BERSATU yang mengesahkan dan menyokong tindakan BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan dan masuk ke dalam Perikatan Nasional selain menyokong Tan Sri Muhyiddin berbanding hanya 8 Ahli MPT BERSATU yang tidak berbuat demikian. 20 Ahli MPT BERSATU yang membuat kenyataan media ini adalah Tan Sri Dato’ Sri Panglima Abdul Rashid Bin Abdul Rahman, Datuk Abdul Rashid Bin Asari,  Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun, Dato’ Seri Hamzah Bin Zainudin, Dato’ Mohamed Salleh Bin Bajuri, Dr Radzi Jidin, Tan Sri Abd Aziz Bin Mohd Yassin, Muhammad Zahid Bin Md Arip, Datuk Dr Sukiman Bin Sarmani, Azlinda Binti Abd Latiff, Datuk Mohd Rafiq Bin Naizamohideen, Wan Mohd Shahrir Bin Wan Abd Jalil, Dr Muhammad Faiz Bin Na’aman, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu, Najwah Halimah Binti Abd Halim, Datuk Nordin Bin Salleh, Datuk Seri Mohd Redzuan Bin Md Yusof, Datuk Dr Shahruddin Bin Md Salleh, Datuk Wira Dr. Rais Hussin Bin Mohamed Ariff dan Wan Saiful Bin Wan Jan. 8 Ahli MPT BERSATU yang tidak menyertai kenyataan media ini adalah Dato’ Seri Mukhriz Bin Tun Dr Mahathir, Syed Saddiq Bin Syed Abdul Rahman, Akramsyah Muammar Ubaidah Bin Sanusi, Dato’ A. Kadir Bin Jasin, Tariq Ismail Bin Mustafa, Ulya Awamah Bin Husamuddin, Abu Bakar Bin Yahya dan Dr Maszlee Malik.

Pukulan k.o. ketiga yang keluar adalah kenyataan media 11 Ketua BPN Negeri yang mengesahkan dan menyokong tindakan BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan dan masuk ke dalam Perikatan Nasional selain menyokong Tan Sri Muhyiddin berbanding hanya 3 Ketua BPN Negeri yang tidak berbuat demikian. 11 Ketua BPN Negeri yang membuat kenyataan media ini adalah Ketua BPN Kelantan, Datuk Kamarudin Bin Md Nor, Ketua BPN Terengganu, Datuk Razali Bin Idris, Ketua BPN Pahang, Wan Mohd Shahrir Bin Wan Abd Jalil, Ketua BPN Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato’ Azumu, Ketua BPN Selangor, Datuk Abdul Rashid Bin Asari, Ketua BPN Wilayah Persekutuan, Kapt (B) Muhammad Suhaimi Bin Yahya, Ketua BPN Melaka, Datuk Seri Mohd Redzuan Bin Md Yusof, Ketua BPN Negeri Sembilan, Tan Sri Dato’ Seri Utama Dr Rais Yatim, Ketua BPN Johor, Mazlan Bin Bujang, Ketua BPN Sabah, Datuk Seri Hajiji Bin Hj. Nor, dan Ketua BPN Sarawak, Jaziri Alkaf A. Suffian. 3 Ketua BPN Negeri yang tidak menyertai kenyataan media ini adalah Ketua BPN Kedah, Dato’ Seri Mukhriz Bin Tun Dr Mahathir, Ketua BPN Pulau Pinang, Dato' Haji Marzuki Bin Yahya, dan Pemangku Ketua BPN Perlis, Dato' Haji Marzuki Bin Yahya.

Pukulan k.o. keempat yang keluar adalah pengesahan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) bahawa perletakan jawatan Tun Dr Mahathir sebagai Pengerusi BERSATU pada 24 Februari adalah sah, bahawa Tun Dr Mahathir kini bukan lagi Pengerusi BERSATU dan bahawa Tan Sri Muhyiddin kini adalah Pemangku Pengerusi BERSATU selaras dengan Fasal 16 (9) Perlembagaan BERSATU yang berbunyi “Jika Pengerusi berhenti atau diberhentikan maka Presiden hendaklah memangku jawatan itu sehingga diadakan pemilihan untuk memilih Pengerusi baru mengikut Fasal 13.3 dan ia mempunyai kuasa mengikut Fasal 16.2”.

Dan pukulan k.o. kelima yang keluar adalah pengumuman Pengerusi Lembaga Disiplin BERSATU, Tan Sri Dato' Seri Megat Najmuddin Bin Dato' Seri Dr Megat Khas, bahawa tindakan Tun Dr Mahathir, Datuk Seri Mukhriz, Syed Saddiq dan lain-lain pemimpin BERSATU yang enggan akur dengan keputusan BERSATU keluar daripada Pakatan Harapan dan masuk ke dalam Perikatan Nasional menyebabkan keahlian BERSATU mereka terhenti secara serta-merta selaras dengan Fasal 10 (2) (3) Perlembagaan BERSATU yang berbunyi “Keahlian seseorang ahli terhenti secara serta-merta apabila ahli itu menyertai atau menjadi ahli mana-mana parti
politik lain di negara ini”.

Macam mana agaknya perasaan Tun Dr Mahathir yang dua hari lepas beria-ia mahu mengambil tindakan disiplin terhadap Tan Sri Muhyiddin kerana kononnya membuat tindakan yang bertentangan dengan perlembagaan BERSATU sekarang?

Sedarlah Tun Dr Mahathir, Tun Dr Mahathir kini bukan lagi Pengerusi BERSATU dan Tun Dr Mahathir serta penyokong Tun Dr Mahathir kini juga bukan lagi ahli BERSATU, mohon main jauh-jauh tubuh atau cari parti baru untuk dimasuki.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun