HUTANG ASING PENTADBIRAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN: SATU SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA PERLU DITUBUHKAN SEGERA
PENGAKUAN rasmi Menteri Kewangan Tengku Zafrul bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan Negara masih kukuh mewajarkan suatu siasatan peringkat tertinggi ke atas segala urusan pinjaman asing pentadbiran 22 bulan Pakatan Harapan.
Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut PH buat pinjaman wang melalui Bon Samurai Jepun? Apa sebenarnya motif mantan Perdana Menteri ke-7 Mahathir dan Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan kerajaan terlucut PH ?.
Secara tidak langsung kenyataan Tengku Zafrul, negara tidak perlu membuat pinjaman di luar negara telah membongkar penipuan Mahathir dan Lim Guan Eng.
Dalam hal ini sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja atau Royal Commission of Enquiry (RCI), perlu buat siasatan perihal tindak tanduk Mahathir dan Lim Guan Eng buat pinjaman wang melalui Bon Samurai sedangkan kewangan negara kukuh.
Lebih-lebih lagi Mahathir sendiri ada membuat kenyataan terakhir sebagai Perdana Menteri bahawa negara mempunyai rizab simpanan berjumlah RM 2 trillion (RM 2 ribu billion).
Bongkar segala penipuan dan pembohongan kerajaan terlucut PH. Kerana pembohongan mereka , hidup rakyat tertekan.

Comments