Skip to main content

Bajet 2012, Belanjawan Keprihatinan Kerajaan Kepada Rakyat -- Ahmad Zahid

Secara keseluruhannya, Belanjawan 2012 adalah belanjawan yang merangkumi semua peringkat tanpa mengira penduduk di kawasan bandar mahu pun luar bandar.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Belanjawan 2012 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datu Seri Najib Tun Razak membuktikan bahawa keprihatinan kerajaan terhadap rakyat.

“Secara menyeluruh, ucapan belanjawan perdana menteri tidak meninggalkan satu kelompok rakyat Malaysia, malah ini memang diharapkan oleh semua rakyat Malaysia di bandar dan juga luar bandar.

“Selain membabitkan kemudahan infrastruktur, bajet yang dibentangkan membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap betapa pentingnya pendidikan di semua peringkat sektor pendidikan menerima bajet paling banyak kali ini.

“Ia meliputi semua peringkat, termasuk sekolah agama sama ada bantuan kerajaan atau bukan kerajaan, sekolah Cina dan Tamil,” katanya kepada UMNO-Online di Parlimen selepas pembentangan Belanjawan 2012.

Menurutnya, pelaburan kerajaan dalam pendidikan itu sama ada untuk jangka pendek atau panjang termasuk bantuan kepada pelajar dan penuntut adalah menunjukkan sektor pendidikan amat penting dalam kemajuan sesebuah negara.

Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata Belanjawan 2012 itu tidak melupakan jasa kepada bekas anggota pasukan keselamatan dengan memberikan imbuhan kepada mereka yang telah bersara.

Selain imbuhan, kerajaan turut menyediakan peruntukkan kepada bekas anggota tentera yang tidak berpencen dengan memperluaskan latihan, dana dan pinjaman untuk membantu mereka dan perkara itu akan diterjemahkan kepada mereka nanti.

“Walaupun imbuhan yang diberikan hanya sekali sahaja, namun sebagai bukti kerajaan menghargai jasa-jasa mereka yang berjuang untuk mempertahankan negara suatu ketika dahulu,” katanya.

Mengulas bantuan kewangan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000, Ahmad Zahid berkata bantuan itu adalah untuk meringankan golongan berpendapatan rendah dan tidak ada berhubungkait dengan apa yang diperkatakan oleh pihak pembangkang.

“Bantuan yang kita beri bukan seperti apa yang dicanangkan oleh pembangkang yang hanya pandai bercakap sahaja tetapi tidak mampu menunaikannya, mereka hanya pandai berjanji untuk mengaburi rakyat, itu semua janji politik mereka,” katanya.

Katanya, belanjawan tahun depan itu turut meliputi rakyat di Sabah dan Sarawak, ia bukan sahaja membabitkan penyediaan kemudahan infrastruktur, malah turut membabitkan bantuan kebajikan.

Beliau tidak menafikan bahawa pihak pembangkang akan membuat pelbagai andaian bahawa belanjawan itu sebagai belanjawan pilihan raya sedangkan apa yang diperuntukkan oleh kerajaan itu adalah untuk membantu rakyat sejajar dengan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Menurutnya, berdasarkan kepada pembentangan Belanjawan 2012 itu, ia membuktikan bahawa kerajaan prihatin dengan nasib rakyat dan sentiasa berusaha untuk menambah baik taraf kehidupan rakyat sama ada dari membabitkan sudut fizikal mahupun rohani

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun