Skip to main content

Pertikai Sultan Selangor : Aziz Bari Dibidas Di Sidang Parlimen

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Beberapa anggota Parlimen hari ini membidas pensyarah undang-undang Prof Dr Abdul Aziz Bari kerana kenyataannya yang mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung isu pemeriksaan gereja di Damansara Utama Ogos lalu.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu wajar dikenakan tindakan kerana kenyataannya seolah-olah tidak menghormati Sultan sebagai ketua agama Islam.

Beliau turut menyangkal hujah Ahmad Kasim (PKR-Kuala Kedah) yang berpendapat sarjana perlu diberi kebebasan untuk menyatakan pandangan mereka.

“Memang kita ada kebebasan untuk bercakap dan memberikan kritikan membina tetapi ada batasnya. Dia (Aziz) kritik salah tempat dan salah masa.

“Saya minta tindakan tegas diambil terhadap Aziz. Saya tidak kisah dia ikut parti mana,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Abdul Aziz, dipetik sebagai berkata oleh sebuah portal (MalaysiaKini) baru-baru ini, tindakan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah campur tangan berhubung isu pemeriksaan gereja itu bukan sesuatu tindakan yang lazim selain menyifatkannya sebagai tidak konsisten.

Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) yang mencelah perbahasan Bung Mokhtar turut bersetuju bahawa tindakan perlu dikenakan terhadap Abdul Aziz kerana menyifatkan banyak kenyataan dan tulisan pensyarah itu mengelirukan rakyat selain bersifat partisan.

“Kalau beliau menuduh Tuanku Sultan Selangor membuat kenyataan yang berpihak kepada parti tertentu, saya lihat Aziz juga berpihak pada parti politik tertentu. Jadi kalau (Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu) Mat Sabu diambil tindakan kerana kenyataan yang menghina, saya setuju tindakan turut diambil terhadap Aziz Bari,” katanya.

Pandangan sama dikongsi Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baru) yang secara sinis menyifatkan tindakan itu tidak seharusnya dilakukan oleh seorang yang menggelarkan dirinya sebagai ‘pakar Perlembagaan’, kerana menurutnya kuasa Sultan dalam hal telah jelas termaktub mengikut Artikel 47 dan 48 Perlembagaan Persekutuan.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun