Skip to main content

PAS Dicabar Bertanding Lebih Banyak Kerusi-YB Dato Dr Mohamad Shahrum Os...

Pas dicabar untuk bertanding lebih banyak kerusi Parlimen jika mereka benar-benar hendak melaksanakan hukum Hudud dan Negara Islam di negara ini jika pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, ujar Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman.

“Mereka harus bertanding lebih banyak kerusi Parlimen jika benar-benar hendak laksanakan hukum Hudud ini. Jika dengan jumlah kerusi yang mereka bertanding pada PRU 12 yang lalu, kemungkinan untuk Pas memerintah memang tidak ada.

”Ini kerana jika mereka (Pas) mahu melaksanakan hukum Hudud, pasti DAP akan membantah dan tidak membenarkannya. Bila nak mereka memerintah, sampai bila-bila pun mereka tidak akan dapat melaksanakan hukum hudud tersebut,” katanya ketika ditemui UMNO-Online di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Tambahnya, jika Pas gagal menambah kerusi untuk ditandinginya pada PRU13, memang benarlah hukum Hudud Pas ini hanya sekadar permainan politik mereka untuk meraih undi orang Melayu.

“Jadi, mereka bukan bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hukum ini, kerana mereka (Pas) tidak akan dapat memerintah jika tidak bersama orang lain (DAP dan PKR), dan sudah pasti DAP tidak akan melaksanakan hukum hudud Pas dan Negara Islam seperti yang Pas inginkan.

”Ini semua gimik pilihanraya. Sebab itu bila dah dekat dengan pilihan raya, baru timbul isu-isu sebegini,” tambahnya lagi mengulas kenyataan Nik Aziz Nik Mat baru-baru ini bahawa Pas masih berharap untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini jika pembangkang mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, beliau turut membidas Pas ibarat bermimpi di siang hari jika mereka war-warkan mereka mahu memerintah berdasarkan scenario yang ada sekarang.

”Mereka harus bertanding di semua kerusi termasuk kerusi yang ditandingi DAP dan PKR di seluruh Negara, 222 kerusi Parlimen dan mereka menang majority 2/3 di Dewan Rakyat.

“Tapi jika mereka kekal bertanding kerusi yang diperuntukkan pakatan pembangkang ini, pelaksanaan hukum hudud ini hanya gimik Pas sahaja. Mereka hanya nak mengaburi mata rakyat khususnya orang Melayu. Bertandinglah kalau mereka mereka benar-benar serius dalam soal hukum hudud ini,” tambahnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun