Skip to main content

Ayuh kKta Rapatkan Saf Dan Kita Tutup Segala Kelemahan

Korang nak claim kredit ambik la... Korang nak usung proposal pun jalan jela... Saya tak pernah nak ambil tahu apa korang kejar.. Bagi saya cukup mudah saya hanya seorang penghasut yang menghasut  rakyat untuk benci Pakatan Harapan.

Hari BN tumbang, saya nekad untuk saya lawan Pakatan Harapan secara solo. Saya yakin ramai pembaca media sosial akan bersama dengan saya untuk kita solidariti menentang Rejim Pakatan Harapan. Tak pernah pula saya nak claim ohh itu video saya owhh itu poster saya. Bagi saya cukup berbesar hati apabila video yg dihasilkan dan poster yg dihasilkan diguna pakai oleh kawan kawan saya.

Tak pernah terlintas dalam hati untuk bermusuh dengan sesiapa pun waimah sahabat yang loncat ke seberang selepas BN tumbang. Bagi saya mereka mempunyai seribu alasan untuk tidak memihak kepada BN semasa itu.

Sekarang saya masih lagi mengetuk keypad HP walaupun kerajaan Pakatan Harapan sudah pun tumbang tak sampai 2 tahun memerintah. Cuma senario ada sedikit berubah, saya hanya memerhatikan ada yang dah mula mengulangi tabiat lama UMNO(Bergaduh sesama sendiri). Mungkin ada yang rasa selesa dengan bergaduh sesama sendiri sebab nak menjadi hero dan menarik minat orang besar Politik untuk membuka mata melihat hasil mereka.

Cuma nasihat saya jangan cepat seronok sangat dengan senario politik semasa. Kerajaan Perikatan Nasional ini umpama telor dihujung tanduk. Tidak tentu akan selamat dimasa hadapan. Plot sandiwara Politik Malaysia baru sahaja bermula. Jangan dengar guruh dilangit air di tempayan kita curahkan.

Kepada semua sahabat yang tidak pernah berhenti berjuang di media sosial semenjak 9 mei saya harap anda semua bersabar dengan apa yang berlaku sekarang, saya tahu anda mungkin akan rasa marah, geram dan sedikit emosi. Sebab masa susah memang ramai yang menyorok dari bangkit bersama kita.

Ingatlah pesan Dato Sri Najib Razak, "biar hanya tinggal saya sahaja dalam UMNO, saya tidak akan berhenti berjuang bersama sama rakyat, kroni saya adalah Rakyat Malaysia dan Penyokong saya juga rakyat Malaysia "

Ayuh kita rapatkan Saf dan kita tutup segala kelemahan yang ada dengan sebaik baiknya.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun