Skip to main content

KABINET BARU PERLU SEDIA HADAPI KRISIS







Alhamdulillah kemelut penentuan Perdana Menteri ke-8 telah selesai pagi tadi dengan perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Walaubagaimanapun tentunya selepas ini akan ada pertikaian dan tindakan balas daripada Mahathir dan Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan.

Kerajaan baru yang akan dibentuk oleh Muhyiddin kini adalah sangat kritikal sebab sekarang sebenarnya adalah masa yang amat mencabar untuk membentuk kerajaan di kala ekonomi berada di ambang krisis.

Kemelut politik juga dijangkakan akan terus berlaku dengan perebutan kuasa yang berpanjangan seperti 22 tahun dahulu pada tahun 1998.

Pada PRU-13 pada tahun 2013, kerajaan Barisan Nasional hampir tumbang berhadapan dengan Anwar Ibrahim.

Lima tahun kemudian, pada PRU-14, kerajaan Barisan Nasional telah tumbang berhadapan dengan Mahathir semasa Anwar berada di dalam penjara.

Pada PRU-15 hanya dua tiga tahun yang akan datang ini, buat pertama kali dalam sejarah kerajaan akan berdepan dengan kedua-dua Mahathir dan Anwar sebagai pembangkang.

Saya telah mengikuti dan mengkaji mereka ini selama berpuluh tahun.

Semasa Mahathir dan Anwar berada dalam kerajaan pada tahun 90an dahulu dan apabila Anwar dipecat dan memulakan Reformasi, umur saya sudah 20an, kini mencecah pertengahan 40an.

Apa yang saya belajar dari sejarah mereka berdua ini ialah jangan sekali-kali kita mengambil enteng dengan kebolehan mereka terutama dalam menjatuhkan kerajaan.

Semasa Reformasi 1998, berpuluh ribu rakyat berhimpun di Kuala Lumpur di belakang Anwar Ibrahim.

Pada ketika itu negara sedang menghadapi krisis ekonomi terburuk dalam sejarah.

Kebanyakan rakyat telah turun ke jalanan bukan kerana mereka sokong Anwar, tetapi kerana berpuluh ribu daripada mereka telah hilang kerja.

Anwar hanya mengambil kesempatan untuk meraih sokongan ke atas keadaan rakyat yang tertekan kerana keadaan ekonomi yang teruk pada ketika itu.

Pada tahun 2002, susulan daripada krisis ekonomi 1997-1999 di mana keadaan ekonomi dan politik menjadi huru hara, Mahathir telah mengumumkan untuk meletakkan jawatan kerana tekanan rakyat dan dia akhirnya telah menyerahkan jawatan kepada Abdullah Badawi setahun kemudian pada tahun 2003.

Kini krisis ekonomi dan politik negara berlaku lagi dengan serentak seperti dahulu.

Mengambil iktibar sejarah dan untuk mengelakkan negara dan rakyat daripada terjerumus ke keadaan huru hara dan sengsara, di samping pertimbangan politik, barisan Kabinet baru yang ditampilkan kini perlulah kompeten dan cekap untuk menangani krisis ekonomi di depan mata kini dengan secepat mungkin.

Jika tidak, kita akan gagal dan Kerajaan Perikatan Nasional ini akan ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang akan datang dan menjadi kerajaan separuh penggal seperti Kerajaan PH yang lepas, Nauzubillah.

ISHAM JALIL
1 Mac 2020

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun