Kenapa td aku tanya, korg org mempertahankan UMNO atau mempertahankan pemimpin? Ni lah jwpnnya....
Ibaratkan UMNO sebagai rumah. DSN dan semua saf kepimpinan seprtti ayah, pak cik dan saudara mara kita.
Bygkan, kalau rumah kita terbakar, kemana hala tuju kita? Sah2 kena menumpang ke rumah org lain kan smeentara nak bina rumah baru.
Akan tetapi, jika ayah ataupun pakcik2 dan saudara mara kita meninggalkan kita, kita masih ada rumah utk berpayung.
Itulah sebabnya kenapa kita perlu mempertahankan rumah kita dr segala bentuk ancaman samada dr dlm mahupun luar. Itulah sebabnya, aku pantang bila kita 1 kem bergaduh sama sendr. Rasa mcm nak dipijak2 je.
Contoh mudah, lihat sahaja bagaimana tentera Islam hebat berjuang demi Islam, payung ummah. Xda pulak aku dgr panglima hebat Islam, Khalid Al waled berperang demi nama Muhammad.
Begitu juga hebatnya 250 ribu tentera Islam mengepung Baitul Maqdis semasa pemerintahan Salehuddin Al Ayubbi. Xda pulak riwayat menyatakan, tentera Islam berperang demi baginda. Yg ada, berperang menyucikan bumi Islam dr tangan kotor kafir.
1 lg contoh, bagaimana 300 ribu tentera Islam di bawah pemerintahan Sultan Muhammad Al Fateh mengepung Konstantinople atau Istanbul hari inj berjuang atas nama Allah dan Islam.
Lebih 200 ribu org menunaikan solat berjemaah bersama berimamkan Baginda Sultan sendr. Semuanya dilakukan kerana Allah dan Islam. Bukan atas kegemilangan Uthmaniyah atau nama Baginda Sultan sendr.
Jadinya, pertahankan rumah kita. Perbetulkan iktiqad kita dlm berjuang. Bersatulah hati semua pejuang maya mempertahankan rumah dan kem kita dr terus menerus dibedil musuh.
Pada yg kaki ampu bos, xleh tgk org lebih dr dia mahupun kaki pijak kawan2, berubahlah. Style camtu dh xda dah dlm kamus perjuangan hari ini. Klu nak teruskan juga blh. G kawan dgn anjing, dubuk ataupun burung ereng.
Comments