Skip to main content

ANWAR MAHU CETUS REVOLUSI GAGAL JADI PM



                                                                     
                                     
Setelah amat kecewa tidak dapat menjadi Perdana Menteri ke tujuh Malaysia, Anwar Ibrahim kini merancang untuk mencetuskan keganasan dan huru hara dengan menghasut penyokong-penyokong pembangkang. Perasaan marah Anwar nampaknya sukar dibendung melihat kepada air muka dan raut wajah beliau mengadakan sidang akhbar bersama pemimpin-pemimpin pembangkang lain sehari selepas kemenangan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu. Seperti diduga Anwar mendakwa BN telah merampas kemenangan yang kononnya sepatutnya dimiliki pembangkang. Beliau mendakwa kononnya terdapat unsur-unsur penipuan dan penyelewengan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memenangkan BN. Seperti biasa juga SPP menjadi sasaran pembangkang yang seringkali dituduh menjadi talibarut dan perkakas UMNO. Hakikatnya jika proses pengundian dikatakan begitu teruk dimanipulasi oleh SPR tidak mungkin pembangkang mampu meningkatkan jumlah kerusi parlimen daripada 82 pada PRU 2008 kepada 89 kali ini. Pada masa yang sama pembangkang juga menambah jumlah kerusi dewan undangan negeri yang dimenangi kepada 230 berbanding 196 pada tahun PRU ke 12. Malah pembangkang mampu mengekalkan penguasaan ke atas negeri-negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. BN pula kehilangan tujuh kerusi parlimen kepada 133 berbanding 140 pada PRU 2008. Bagaimana diasak, dicabar dan berhadapan dengan keadaan yang amat getir daripada pembangkang sekalipun, namun majoriti rakyat negara masih terus menaruh kepercayaan dan keyakinan terhadap BN untuk terus menerajui negara. Kemenangan BN juga membuktikan rakyat menerima baik program transformasi yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sejak empat tahun lalu. Kemenangan BN juga menunjukkan rakyat juga menolak politik fitnah, adu domba, pecah belah dan janji palsu yang menjadi sebati dengan amalan pembangkang. Kekalahan pembangkang adalah petunjuk jelas bahawa rakyat menolak Anwar sebgai pemimpin pembangkang seterusnya cita-cita beliau menjadi Perdana Menteri. Mana mungkin rakyat Malaysia yang majoritinya adalah beragama Islam serta kuat pegangan agama mahu dipimpin oleh seorang individu seperti Anwar yang rosak moral dan akhlaknya. Mustahil Anwar boleh menjadi pemimpin nombor satu Malaysia apabila dirinya sendiri tidak terpimpin dan dibelit dengan pelbagai dakwaan rasuah, penyelewengan termasuk melakukan sekas songsang yang amat dibenci oleh agama. Atas kekecewaan dan kemarahan kerana apa yang diimpi tidak tercapai, Anwar mahu mengadakan Himpunan Kemarahan Rakyat di Stadium Kelana Jaya pada malam ini. Yang marah hanya Anwar seorang kerana sekutunya Pas dengan rela dan penuh kesyukuran menerima kekalahan pembangkang dengan berlapang dada. Ini satu sikap Pas yang harus dipuji walaupun semasa berkempen parti itu menentang BN sebagaimana amalan biasa dalam mana-mana pilihan raya di mana-mana negara. Tetapi ini berbeza dengan sikap Anwar yang perasan dirinya telah dinafikan menjadi Perdana Menteri dengan meletakkan kesalahan kepada BN dan SPR. Malah pentadbiran Presiden Barack Obama dari Amerika Syarikat secara jelas telah mengiktiraf serta menyatakan sokongan padu kepada Datuk Seri Najib yang dilantik semula sebagai Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia yang diterajui oleh BN. Mungkin Anwar lupa bahawa beliau telah berjanji pada dirinya dan rakyat Malaysia bahawa beliau akan kembali kepada dunia akademik sebagai pensyarah universiti sekiranya gagal dalam cubaan untuk menjadi Perdana Menteri. Beliau mungkin lupa tetapi rakyat dan media yang melaporkan kenyataannya tahun lalu mempunyai memori yang panjang. Adalah elok beliau menerima kekalahan pakatan pembangkang secara 'gentleman' serta hati terbuka. Mengadakan demonstrasi dengan menggunakan Bersih sebagai landasan untuk mencetuskan keganasan dan ketidakstabilan politik pasca PRU13 hanya akan mengundang tindakan undang-undang yang keras daripada pihak keselamatan. Seperti mana yang dinasihati oleh Perdana Menteri pada malam kemenangan BN, cukuplah selama empat tahun pembangkang berpolitik secara agresif dan menimbulkan pelbagai polemik da kontroversi sehingga masyarakat berpecah. Marilah semua rakyat tidak mengira bangsa, agama dan oroientasi politik berganding bahu ke arah 'national reconciliation' atau perpaduan nasional. Masa untuk berpolitik pilihan raya sudah tamat pada 5 Mei lalu dan suara keramat rakyat sudahpun memberi kemenangan kepada BN. Anwar dan pemimpin-pemimpin pembangkang boleh menolak keputusan PRU13 yang memihak kepada BN atau menjerit sepuas hati mereka untuk membantah tetapi hakikatnya keputusan muktamad telah diumumkan oleh SPR dan ianya perlu diterima oleh semua rakyat. Yang pasti Datuk Seri Najib adalah Perdana Menteri Malaysia bagi penggal kedua dan yang pastinya juga Anwar tidak berjaya menawan Putrajaya.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun