Skip to main content

Nik Nazmi KORBAN Terbaru Anwar 'Himpunan 505'


             

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim ke hulu-ke hilir menganjurkan bantahan melalui 'Himpunan 505' yang kononnya menolak keputusan Pilihan Raya Umum 13 yang jelas tidak memihak mereka, Pengarah Komunikasi PKR 

Nik Nazmi Nik Ahmad pula didakwa kerana dituduh gagal untuk memberikan notis 10 hari behubung perhimpunan selepas pilihan raya di stadium Kelana Jaya, Rabu lepas. Anwar sebaliknya lepas tangan apabila anak buahnya didakwa di mahkamah yang mana sekiranya Nik Nazmi dijatuh hukuman bersalah, beliau akan kehilangan kerusi DUN Seri Setia selain denda RM10,000. Nik Nazmi bagaimanapun tidak mengaku bersalah apabila pendakwaan di bawah di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012, Seksyen 9 (1) PAA 2012, dibacakan kepadanya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya. Apa jadi kepada Anwar? Sedangkan himpunan di seluruh negara adalah ideanya sendiri kerana majoriti pemimpin dalam Pakatan Rakyat menolak cara sedemikian untuk meluahkan bantahan. Dan mangsanya adalah 'agas-agas' di bawah ini. Apa komen Nik Nazmi selepas di 'game' Anwar? Kasihan Nik Nazmi, sebab sayangkan bos, terpaksa korbankan diri sendiri menjadi kambing hitam. Pemimpin PKR seperti N Surendran dan Latheefa Koya sebaliknya memarahi kerajaan kerana mengambil tindakan terhadap Nik Nazmi yang tidak memohon permit untuk himpunan tersebut, atas alasan ianya himpunan aman. Marahlah Anwar, sebab itu semua agenda beliau. Bukan salah kerajaan dan pihak berkuasa kerana ia terletak di bawah bidang kuasa pasukan keselamatan. Habislah Nik Nazmi jika kerusi DUN beliau hilang. Adakah Anwar akan membantunya dalam kes tersebut? Anwar mungkin tergelak besar kerana beliau terselamat daripada sebarang tindakan. Malah, Anwar masih lagi akan meneruskan 'jelajah 505' untuk menyuarakan ketidak puasan hatinya kepada Barisan Nasional (BN) kerana menggagalkan usahanya untuk menjadi perdana menteri. Siapa pula akan menjadi mangsa selepas ini? Adakah kepimpinan Pakatan yang lain bersedia menanggung akibat daripada tindakan Anwar dengan menjadi 'kambing hitam' untuk melepaskan Anwar? Risiko kehilangan kerusi disandang seperti yang dilalui Nik Nazmi mungkin akan berulang sekiranya Anwar terus dengan agenda 'bodoh' untuk menentang keputusan PRU13. Anwar harus menerima nasihat Tan Sri Harussani agar redha dengan ketentuan Tuhan, kerana ianya adalah takdir Anwar.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun