Skip to main content

Kerajaan Tidak Perlu Iktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (Gabungan Sekolah Menengah Cina) UEC


Masalah polarisasi kaum di Malaysia nampaknya semakin hari semakin meruncing.  Masalah ini tampak jelas dalam PRU-13 yang lalu di mana hampir 90% kaum Cina menolak kerajaan Barisan Nasional.  Biar apapun alasan kaum Cina, rakyat yang cukup matang sedia maklum bahawa penolakan tersebut adalah berpunca dari keyakinan bahawa DAP akan berjaya merealisasikan Ketuanan Cina dalam ertikata yang sebenarnya di negara ini.  

Hakikatnya, kaum Cina enggan diperintah oleh Barisan Nasional kerana ia diterajui oleh kaum Melayu.    

Justeru, kaum Cina enggan mengiktiraf kontrak sosial yang mengikat perpaduan kaum di negara ini.  Sekali gus, tidak mahu mengiktiraf perlembagaan terutamanya Artikel 152/153 walaupun mereka tahu bahawa perkara inilah yang menghindarkan negara ini dari mengalami nasib seperti Reformasi Indonesia.   

Kaum Cina nampaknya lupa bahawa 13 Mei juga berpunca dari masalah yang sama dengan Reformasi Indonesia di mana penduduk asal tidak berpuas hati dengan kaum Cina yang rakus mengaut hasil dan keuntungan dari tanahair mereka.   Ini berlaku kerana penduduk asal telah lama dipinggirkan dari arus pendidikan dan ekonomi di zaman penjajah bagi mengelakkan pemberontakan.  Akibatnya, penduduk asal tidak mampu lagi ‘mengejar’ atau bersaing dengan kaum Cina yang diberi berbagai peluang oleh penjajah di negara mereka.    

Justeru, bagi mengimbangkan keadaan ini, Malaysia telah menggariskan hak penduduk asal dengan jelas – bukan untuk merampas hak kaum pendatang, tetapi untuk memastikan kaum pendatang tidak merampas hak penduduk asal sehingga kontang.  

Namun, kaum Cina nampaknya masih enggan berganjak dan terus menerus mempersoalkan hak penduduk asal.  Tidak cukup dengan itu, mereka juga terus meminta dan menuntut yang bukan-bukan tanpa mengira kesannya kepada struktur sosial masyarakat, jauh sekali masa depan negara.   

Walaupun sudah diberi hak untuk mengasingkan anak-anak mereka dari kaum lain melalui sekolah vernakular tetapi kaum Cina masih belum berpuas hati.  Mereka ingin pergi lebih jauh lagi dalam usaha menjarakkan lagi jurang antara kaum mereka dengan kaum lain, dengan menuntut agar kerajaan mengiktiraf UEC iaitu peperiksaan di peringkat sekolah menengah yang menggunakan bahasa Cina dan silabus yang berbeza dengan dasar pelajaran kebangsaan, serta bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996.  
 
UEC dibahagikan kepada tiga tahap iaitu Menengah Rendah atau Junior Middle (UEC-JML), Vokational (UEC-V), Menengah Tinggi atau Senior Middle (UEC-SML) di mana kesemuanya menggunakan bahasa Mandarin. UEC-SML mengandungi subjek Matematik, semua subjek sains dan semua subjek aliran perdagangan. 
 
Hujah Dong Zong bahawa UEC diiktiraf oleh Pusat Pengajian Tinggi luar negara seperti United Kingdom, United States, Taiwan, Hong Kong, China, Singapura, Australia dan Kanada adalah tidak  relevan dengan senario  di Malaysia.  Apatah lagi dengan keadaan sekarang di mana  jurang perkauman semakin jelas, lebar dan luas yang mana amat merbahaya untuk masa depan negara.   
 
Bukan sahaja masalah jurang perkauman yang perlu diberi perhatian tetapi masalah anak-anak Cina semakin lemah dalam Bahasa Kebangsaan juga seharusnya dilihat sebagai masalah yang parah.    
 
Sudah sampai masanya, masalah ini diberi perhatian serius, ditangani dan diselesaikan terus oleh kerajaan.   
 
Apa yang kaum Cina tuntut ini adalah tidak baik untuk negara, malah untuk kaum itu sendiri juga.   Tuntutan mereka jika diterus menerus dilayan akan melahirkan generasi baru Malaysia yang berpecah-belah, penuh syak wasangka dan benci-membenci sesama sendiri.  
 
Oleh itu, segala tuntutan para kiasu ini perlu dihentikan segera, iaitu pada dan ketika ini juga.  
 
Kaum Cina telah menunjukkan belang yang mereka tidak akan berganjak dan terus menuntut perkara yang tidak membawa kebaikan kepada negara.  Kaum ini telah membuktikan yang mereka tidak boleh diajak berbincang.  
 
Perlu diingatkan bahawa kerajaan punya tanggungjawab untuk menentukan atau membentuk sebuah bangsa Malaysia selaras dengan Konsep 1Malaysia yang dilaungkan.   Sedangkan UEC dan sekolah vernakular itu sendiri, merupakan penghalang utama dalam menjayakan aspirasi ini.  
 
Justeru, kerajaan wajib menutup segala ruang perbincangan dengan kaum Cina mengenai perkara ini dan menyatakan ‘tidak’ untuk kesekian kalinya.  
 
‘Tidak’ bermakna ‘tidak’.  Sama ada mereka menerimanya, atau berhijrah ke negara lain yang mampu menunaikan permintaan mereka untuk mengiktiraf UEC, itulah saja cara penyelesaiannya.   Noktah. 

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun