Skip to main content

Sejak Menjadi Ahli DAP, Hata Wahari semakin kurang ajar dan BIADAP


                                     
Bekas Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hatta Wahari sejak menyertai parti ‘ultra kiasu’ DAP dilihat semakin berjaya meresapi ideologi dan mentaliti pembangkang yang gemar berpolitik di jalanan. Namun amat malang baginya apabila demonstrasi yang dianjurkan itu GAGAL mendapat sambutan seperti yang diharapkan apabila hanya dihadiri oleh ahli DAP itu sahaja. Dia yang pada mulanya berhasrat untuk meluahkan bantahan ke atas gaya dan kandungan penerbitan akhbar arus perdana Utusan Malaysia, muncul untuk beberapa minit sahaja di hadapan premis syarikat itu. Namun, insiden tersebut mengundang reaksi negatif mereka yang berada di tempat kejadian apabila, Hatta selaku PENGANJUR dan KETUA DEMO tidak dapat menahan rasa malu telah menunjukkan isyarat lucah kepada kakitangan Utusan yang ‘menyambut’ kehadirannya. Menurut rekod, Hata adalah merupakan bekas kakitangan Utusan yang dipecat kerana di dapati bersalah mengeluarkan kenyataan yang cenderung menyokong ideologi pakatan pembangkang. Malah beliau juga sebelum ini pernah mengugut akan mendedahkan kepada umum identiti sebenar ‘Awang Selamat’ Berbalik kepada isu menunjukkan isyarat lucah tadi, sebagai seorang yang berpendidikan dan kononnya mempunyai maruah diri, dia sepatutnya tidak melakukan perkara sedemikian. Ini secara tidak langsung menunjukkan pemikiran yang sempit serta sikap tidak profesional yang wujud dan membelenggu dirinya. Tak ubah seperti orang yang ‘gila talak’. Sedangkan secara rasionalnya, jika benar terdapat rasa tidak puas hati, Hatta boleh menyuarakan perkara tersebut dengan cara yang lebih berhemah dan beradab. Syukur kakitangan Utusan mempunyai tahap mentaliti yang tinggi, kalau tidak meriah juga aktiviti demonstrasi petang semalam. Sebagai seorang yang telah terjun ke kancah politik, dia seharusnya menunjukkan sikap orang yang mempunyai sahsiah diri yang baik serta tidak menjatuhkan maruah sendiri dan agama. Orang politik akan bergaul dengan segenap lapisan masyarakat dan sikap yang kurang rasional dan tidak profesional boleh mendatangkan impak negatif. Tetapi, inilah cara politik pembangkang, mereka lebih selesa gunakan kekerasan dan menunjukkan kebodohan masing-masing bagi mencapai kepuasan yang diingini. Kalau dapat diubah, mesti lebih cantik corak perjalanan politik negara yang mewujudkan satu persaingan yang sihat. Kalau beginilah gayanya pembangkang, memang tidak jauh perginya. Untuk menggantikan kerajaan sedia ada, haruslah menjadi yang lebih baik. Kalau orang-orang seperti Hatta Wahari ini yang dikumpul Pakatan Rakyat, memang buruk lah pakatan sampai bila-bila dan tidak akan wujud daya persaingan yang sihat. Biarlah bodoh sedikit, asal tinggi budi pekertinya. Kerana dengan adab yang tinggi, banyak ilmu yang dapat dipelajari. Kawan pun senang untuk dicari. Cuma satu menjadi kemusykilan ialah, sejak ahli DAP ini dipecat dari Utusan, dia yang sebelum ini hanya memakai kereta cabuk, dilihat semakin bergaya dengan kereta mewah. Persoalannya dari mana sumber kewangan tersebut diperoleh? Renung-renungkan.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun