Skip to main content

Sifat Kemanusiaan MAS Perlu Dipuji Ucapan Terima Kasih Kepada Pihak MAS


                         
Mimpi ngeri yang menimpa seorang wanita dan bayinya yang baru berusia 14 bulan selepas dihalang menaiki pernerbangan pulang Air Asia dari Ho Chi Minh, Vietnam ke Malaysia sudah pun berakhir sebaik mereka selamat sampai di di KLIA tepat jam 7.45 19 Mei 2013. Mereka tidak dibenarkan menyertai pernerbangan Air Asia atas alasan bayi 14 bulan itu dikatakan masih belum sihat dari demam campak sedang hakikatnya sudah sembuh dan tidak membahayakan penumpang lain. Kedua-dua beranak itu kemudiannya di bawa pulang ke Malaysia dengan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) bersama dua saudara yang lain. Jika tidak terpaksalah mereka terkontang kanting di Vietnam untuk selama lima hari lagi. Turut sama menjayakan misi penerbangan ehsan itu termasuklah Tourism Malaysia, Kedutaan Malaysia di Vietnam, Hong Leong Bank serta kakitangan MAS. Inisiatif kesemua pihak di atas wajar diberi pujian kerana masih mengutamakan sifat kemanusiaan yang cukup tinggi. Tahniah diucapkan. Meskipun begitu bukan bermakna trauma yang mereka alami telah berlalu pergi kerana peristiwa tersebut tentunya melekat dalam ingatan untuk tempoh masa yang sama, barangkali kalau melihat logo Air Asia di kaca TV pun boleh mengundang imbasan yang tidak menyenangkan itu. Sukar dipercayai sama sekali perkara ini berlaku, jika tidak kerana keprihatinan wartawan TV3, Mazidul Akmal yang kebetulan berada di tempat kejadian barangkali kes ini hanya dipandang sepi seolah-olah tiada apa yang berlaku. Kisah yang menimpa mereka berdua cukup menyentuh perasaan ramai di masa yang sama membongkar sisi gelap syarikat penerbangan murah Air Asia yang memperlihatkan ketinggian ego dan betapa rendahnya sifat kemanusiaan syarikat itu. Apapun, sekali lagi kita
ucapkan terima kasih kepada pihak MAS dan semua yang terlibat di atas jasa baik dan sikap kemanusiaan yang ditunjukkan dan ia satu tindakan terpuji dan cukup menyentuh hati khalayak.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun