Skip to main content

Isu CEC DAP: PR Tidak Layak Persoal SPR


                               
DAP terkenal dengan kelantangan dan kelancangan mulutnya menghentam kerajaan atas apa saja yang dilihat korup, kotor atau salah di mata mereka. Di masa yang sama, mereka mempromosi PR, khasnya DAP sendiri sebagai sebuah parti yang menjunjung segala nilai murni yang tidak diamalkan oleh kerajaan BN. Justeru, slogan Cekap, Amanah dan Telus dijadikan simbol pentadbiran parti itu di Pulau Pinang. Kononnya, pentadbiran kaum Cina lebih bersih dan professional berbanding pemerintahan kaum Melayu. Dan kononnya kaum Cina lebih bijak dan bermaruah dari kaum Melayu. Itulah yang dimomokkan dan diterap ke dalam jiwa anak-anak DAP sejak dahulu kala lagi. Bagi DAP, jika ada segelintir Melayu yang berjaya atau kaya, ia adalah kerana dia atau ibubapanya atau nenek moyangnya pernah memakan rasuah. Sama ada itu, ataupun kerana mempunyai pertalian dengan kerabat diRaja atau orang-orang penting dalam negara. Kononnya juga, anak-anak Melayu di Pusat Pengajian Tinggi Awam bukannya benar-benar bijak tetapi berpeluang melanjutkan pelajaran hanya kerana sistem kuota. Namun, pengalaman berpuluh tahun di sektor swasta menyatakan sebaliknya iaitu kebanyakan kaum Cina yang berjaya adalah kerana kroni. Secara umumnya, sektor swasta di Malaysia menggunapakai sistem rasis iaitu menghadkan jumlah dan jawatan tertinggi kaum bukan Cina, terutama Melayu, setakat tahap tertentu dan jabatan yang perlu sahaja. Manakala bagi kaum mereka, walaupun tidak punya kredibiliti akan tetap diberikan peluang yang luas untuk naik pangkat ataupun gaji. Buktinya boleh dilihat di dalam DAP sendiri di mana seorang yang hanya lulus SPM diberikan tugas sebagai Pengarah Strategik Pilihanraya sehingga menyebabkan kecelaruan undi. Malah, dalam pentadbiran negeri pula, kita dapati DAP gagal menyediakan pembentangan yang tepat mengenai projek mega yang dicadangkan di Pulau Pinang yang mana menunjukkan kesilapan pengiraan yang tidak boleh diterima akal. Pendedahan demi pendedahan dilakukan oleh beberapa pihak juga menyaksikan pemberian projek juga dilakukan dengan cara tidak telus di negeri itu sehingga ada di antaranya membawa kepada perletakan jawatan. Malah pembahagian kerusi bagi parti sendiri juga menyaksikan ketidakcekapan yang parah dalam parti Cina kiasu itu. Kerana kerusi juga, kita melihat beberapa pemimpin DAP meletakkan jawatan walaupun pilihanraya semakin hampir. Semua ini membuktikan yang DAP bukanlah sebijak mana. Lebih dari itu, DAP bukanlah parti yang telus, cekap mahupun amanah. Sikap kukubesi DAP cukup terserlah, terutama di saat-saat genting menuju pilihanraya ini. Tidak cukup dengan menolak demokrasi dengan memboikot media, DAP juga menafikan hak ahli-ahli sendiri untuk bersuara. Apa yang menarik sekali mengenai perkembangan ini ialah, DAP langsung tidak membela diri atau tidak mampu membela diri apabila ketidaktelusan dan ketidakcekapan mereka itu terbukti melalui pemilihan CEC. Dalam dilema antara mengaku tidak telus, atau mengaku bodoh, DAP telah memilih untuk mengaku bodoh atas alasan tidak tahu mengira undi menggunakan komputer. Tindakan tersebut membuktikan kedua-duanya iaitu DAP itu adalah bodoh dan tidak telus sekali gus. Isu ini akhirnya dibawa kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) oleh ahli-ahli DAP sendiri. Oleh kerana licik tetapi bodoh, akhirnya DAP tidak boleh lari lagi. Hari ini, dilaporkan bahawa Lim Guan Eng tidak berani menyerahkan senarai 753 perwakilan yang tidak menerima surat untuk menghadiri Kongres Kebangsaan ke-16 bagi membolehkan mereka mengundi kepada ROS. DAP cukup sedar bahawa mereka tidak boleh terlepas dari tuduhan tidak telus dan tidak cekap ini. Oleh itu, mereka terlebih dahulu membayangkan akan bertanding menggunakan lambang sekutu mereka jika parti itu dibatalkan oleh ROS. Bagi memperbetulkan keadaan, pembatalan tersebut, jika benar-benar berlaku, bolehlah dijadikan peluru untuk menembak BN pula iaitu kononnya takut dengan DAP. Namun, kita pasti rakyat tidak semudah itu untuk diperdaya lagi oleh DAP. Kita sudah cukup masak dengan sikap DAP iaitu, setiap kali terkantoi, DAP akan mengalih cerita ke lain agar kesalahan mereka dilupakan. Contohnya, isu mendiang Teoh Beng Hock di mana kesnya adalah kes rasuah DAP, tetapi dialihkan sehingga menjadi kes SPRM tidak cekap melindungi saksi. Kita pasti, DAP akan berbuat yang sama dalam isu CEC ini iaitu menjadikan ia sebagai isu BN takutkan DAP sehingga memaksa ROS membatalkan pertubuhan parti itu. Sedangkan kes sebenarnya ialah DAP tidak telus, tidak cekap dan bodoh kerana menipu, memanipulasi dan menafikan hak ahli-ahli sendiri. Segala perkembangan ini wajar dijadikan pengajaran dan diambilkira dalam memilih kerajaan. Tanyalah kepada diri sendiri, sanggupkah kita mempunyai kerajaan seperti DAP? Bayangkan, jika ahli-ahli sendiri pun boleh dipijak-pijak dan disepak-sepak, apatah lagi rakyat? Dan apatah lagi kaum lain, terutamanya kaum Melayu? Dalam keadaan ini, di manakah kredibiliti DAP, mahupun PR untuk mempersoal integriti sesiapa terutama, SPR? Jika pemilihan parti sendiri juga tidak boleh dikira dengan tepat dan telus, di manakah letaknya maruah dan kelayakan PR untuk mempertikai SPR? Berdasarkan apa yang berlaku, terbuktilah bahawa segala demonstrasi BERSIH yang dipromosi PR sehingga menyebabkan kecederaan, kemusnahan dan kerugian sebenarnya tidak mempunyai makna sama sekali.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun