Skip to main content

Manifesto BN - Dokumen 'Akujanji' Kepada Rakyat





Manifesto Barisan Nasional (BN) bukan hanya sekadar manifesto, tetapi satu dokumen 'akujanji' kepada rakyat, kata Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Saya tidak mahu kata manifesto kerana pembangkang kata manifesto bukan janji, sebab itu nama manifesto tidak berapa sesuai. Saya nak kata bukan manifesto tetapi akujanji kepada rakyat Malaysia," kata Perdana Menteri ketika berucap pada perhimpunan janji 1Malaysia "Rakyat Didahulukan" sempena pelancaran manifesto BN bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di Stadium Putra Bukit Jalil di sini malam Sabtu
CIRI-CIRI UTAMA:


  • BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.

  • 112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.

  • Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target & janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.

  • Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.

  • Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.

  • Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’ bersama rakyat.

  • BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.

  • Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.

  • Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.

  • Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.

  • 1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA.

  • Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.

  • Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.

  • Membina Lebuh raya Pan Borneo.

  • Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.

  • Sekolah satu sesi diperluaskan.

  • Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.

  • Transformasi sekolah vokasional.

  • 4,000 anggota Polis setiap tahun.

  • Penggunaan SafeCam.

  • Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.


Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun