Skip to main content

Laman ‘Suara PR’ Milik Azmin? banyak kali menimbulkan kontroversi



Sebuah Laman web pro-Pakatan Rakyat iaitu Suara Pakatan Rakyat telah banyak kali menimbulkan kontroversi apabila mengeluarkan artikel-artikel yang bertentangan dengan arus pemikiran masyarakat malah langsung tidak mengambilkira sensitiviti agama mahupun kaum dalam membentangkan hujah. Beberapa kali laman tersebut membangkitkan kemarahan golongan-golongan tertentu antaranya, suku kaum di Sabah Sarawak malah menghina wira negara, Kanang Anak Langkau, memperlekehkan Ulama tersohor Malaysia, Allahyarham Dr. Uthman AlMuhammady, menyokong LGBT dan lain-lain lagi. Akibatnya, pihak Pakatan Rakyat berusaha menafikan bahawa laman tersebut milik mereka dan beberapa kali membuat kenyataan rasmi serta memberi amaran kepada penyokong mereka agar menjauhi laman tersebut. Namun, yang peliknya, apabila saja berlaku kontroversi dan pemimpin mereka membuat kenyataan akan menarik balik artikel tertentu, maka artikel tersebut pun ditarik balik oleh admin laman tersebut. Ini membuktikan wujudnya saluran terus antara admin laman itu dengan pemimpin atasan PR. Sehingga kini, tiada yang tampil mengakui bahawa laman kontroversi itu adalah miliknya manakala penyokong-penyokong PR pula memilih untuk menuduh laman tersebut sebagai sebahagian dari propaganda UMNO. Tuduhan tersebut jelas menunjukkan yang penyokong-penyokong PR kebanyakannya berada dalam keadaan penafian terhadap hakikat sebenar parti yang dijulang mereka iaitu menyokong LGBT, liberalisme serta pluralisme. Sedangkan perjuangan ini adalah perjuangan azali Anwar Ibrahim. Dari maklumat paling dalam dan ‘paling halus’, kita mendapat tahu bahawa laman ini adalah milik Azmin Ali dan digunakan sebagai pencetus cara pemikiran baru masyarakat Malaysia yang berlandaskan kebebasan tanpa had. Melalui laman ini juga, pihak Azmin atau Anwar, memantau penerimaan masyarakat terhadap cara pemikiran baru ini. Harapan mereka, suatu hari nanti, masyarakat Malaysia tidak lagi akan ‘fobia’ terhadap kebebasan dan kelainan dalam berbahasa, tingkahlaku atau budaya. Ini disokong oleh kenyataan Anwar di Australia baru-baru ini yang menuduh rakyat Malaysia mengalami sindrom ‘xenophobia’ iaitu takut kepada dunia luar atau apa yang asing dengan budaya kita. Adalah mustahil bagi Anwar untuk menerapkan cara pemikiran baru ini melalui kenyataan rasmi atau ceramah-ceramah terbuka kerana beliau pasti akan dikecam hebat oleh masyarakat. Walaupun begitu, Anwar telah beberapa kali ‘tersasul’ membela LGBT serta berdolak dalih tentang orientasi seksnya sendiri, namun penyokong PR masih lagi pura-pura tidak mendengar atau tidak memahaminya. Anwar sebenarnya sudah terlalu letih untuk terus berpura-pura selamanya dan laman Suara PR itu adalah satu-satunya platform untuk beliau menyerlahkan warna sebenarnya. Oleh yang demikian, penyokong-penyokong PR perlu menerima dengan tangan terbuka apakah parti yang disokong mereka dan siapakah ‘bakal’ Perdana Menteri mereka. Sekiranya, mereka sendiri tidak sanggup menerima cara pemikiran baru yang dipelopori Anwar/Azmin ini, maka inilah masanya mereka berbuat keputusan yang tepat, iaitu dengan menolak parti PR dalam PRU kali ini, dan bukannya dengan menafikan hakikat bahawa laman web Suara PR adalah suara sebenar perjuangan mereka.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun