Skip to main content

Tahun Ke-4 PM Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia

Putaran waktu dirasakan begitu cepat berlalu, tanpa disedari telah genap 4 tahun Dato Seri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri mengurus tadbir kerajaan, malah tiada siapa yang dapat menyangkal mahupun menafikan prestasi cemerlang yang telah ditunjukkan selama ini. Ini kerana semenjak Perdana Menteri mengambil alih tampuk kepimpinan negara pada 2008, keadaan ekonomi negara terus berkembang baik berlatar belakangkan ekonomi global yang tidak menentu. Keberansangan dan perkembangan ekonomi dalam tempoh ini memperlihatkan kejayaan implementasi Program Transformasi Ekonomi (ETP) sekaligus membuktikan bahawa negara berada di landasan yang baik untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Sebagai contoh, Keluaran Dalam negeri Kasar (KDNK) dan Pendapatan Negara Kasar (PNK) telah menunjukkan peningkatan yang ketara malah dijangka akan mencecah jumlah 1 trilion untuk kali pertamanya menjelang 2013. Tahun 2009, KDNK yang berada pada paras 629.9 billion telah meningkat sebanyak 749.1 billion pada tahun 2012 manakala PNK yang berada pada paras 605.3 billion telah meningkat kepada 698.0 billion pada tahun 2012. Pelaburan Langsung Asing (FDI) oleh syarikat atau pelabur luar negeri juga menunjukkan peningkatan sejak 2009 iaitu penerimaan yang ketiga terbesar dikalangan negara-negara Asean. Pelaburan yang masuk itu tidak hanya dinilai mengikut jumlah tetapi turut di nilai dari segi pelaburan yang berkualiti tinggi dan mempunyai nilai tambah. Selain dari itu, kerajaan juga telah berjaya mewujudkan peluang pekerjaan sebanyak 800,000 pada tahun 2012 berbanding 2011, sebanyak 313 741 sekaligus mencapai sasaran 66%. Tidak ketinggalan Indeks Bursa Malaysia turut menunjukkan angka peningkatan sebanyak 29% sejak tahun 2010. Malah laporan ‘Menjalankan Pernigaan’ yang dikeluarkan oleh Bank Dunia pada 2013 turut mengatakan Malaysia yang berada pada tangga ke-12 adalah merupakan negara paling berdaya saing yang melonjak sebanyak 6 anak tangga berbanding 2011. Ia merupakan lonjakkan paling tinggi pernah direkodkan. Seterusnya keputusan kerajaan untuk membuat penyenaraian FGV telah meletakkannya sebagai kedua terbesar di dunia dengan meraih dana sejumlah 10 billion melalui tawaran awam permulaan. Ia seterusnya diikuti dengan penyenaraian IHH yang merupakan ketiga terbesar di dunia apabila meraih 6.67 billion daripada tawaran awam permulaan. Akhir sekali penyenaraian Astro yang merupakan ketiga terbesar di Malaysia telah meraih dana sejumlah 4.8 billion. Kesimpulannya biarpun diberikan masa yang agak singkat, ternyata usaha gigih dan kerja keras, Perdana Menteri telah berjaya mentransformasikan negara dalam pelbagai sudut termasuk undang-undang, ekonomi dan sosial. Malah semua usaha tersebut jelas menampakkan perubahan dan kesan yang ketara terhadap rakyat dan negara. Berbanding dengan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang hanya mampu berceramah untuk menipu rakyat, tetapi GAGAL mwngurus tadbir negeri-negeri yang dikuasai. Walaupun kerajaan negeri Selangor pimpinan PKR, melantik Anwar sebagai Penasihat Ekonomi namun pendekatan itu langsung tidak berjaya menarik minat kerajaan Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan untuk melakukan perkara yang sama. Ini kerana mereka juga yakin dan percaya, Anwar hanya mampu beretorik, namun langsung tidak mempunyai bakat untuk mengurus tadbir ekonomi dengan baik. Sesuai dengan kenyatan mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang juga merupakan pakar ekonomi sebelum ini yang mengatakan Anwar telah gagal mengurus tadbir ekonomi negara apabila diuji semasa Krisis Kewangan Asia pada tahun 1997. Malah kecenderungan pemimpin ‘Anugerah Tuhan’ itu dalam membuat kucar-kacir serta banyak disabitkan dalam aktiviti tidak bermoral, merupakan salah satu faktor penting untuk rakyat menolak pakatan pembangkang dalam pilihanraya umum ke-13.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun