Skip to main content

Manifesto BN Adalah Akujanji Bukannya Janji Palsu


                                                                   
                                                                     
                                          


Pelancaran Manifesto BN, "Menepati Janji Membawa Harapan" di Stadium Putra Bukit Jalil pada 6 April 2013 sesungguhnya amat meriah apabila ia tidak hanya dihadiri ahlinya tetapi turut berjaya menarik perhatian orang ramai sehingga hadirin melimpah ke luar stadium. Suasana sekitar perkarangan dan di luar stadium agak sesak di mana jumlah hadirin lebih besar berbanding mereka yang berpeluang masuk ke dalam stadium. Mujurlah ada beberapa skrin besar yang disediakan penganjur membolehkan khalayak di luar mengikuti perkembangannya, jika tidak tentu ramai yang merungut dan kecewa dibuatnya. Manifesto BN yang dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak itu antaranya menggariskan 150 komitmen termasuk 17 perkara utama meliputi pelbagai bidang ekonomi, agama, pendidikan, kemasyarakatan, keselamatan dan pelbagai lagi keutamaan demi rakyat dan negara. Ia boleh disifatkan sebagai yang terbaik di antara yang terbaik, satu komitmen yang realistik dan berpijak di bumi nyata. Bagaimana pun, sambutan luar biasa dan cukup hangat ini agak di luar jangkaan pihak penganjur, tapi di masa yang sama agak menguja dan menyemarakkan semangat kerana ia adalah satu petanda yang menggambarkan keyakinan umum kepada BN. Senario ini berlaku tentu sekali berkait rapat dengan kepercayaan dan keyakinan kuat rakyat kepada prestasi BN yang sudah terbukti sedari dulu lagi sentiasa berusaha menepati janji dan sudah terserlah jasa bakti serta kerja buat bermanfaat untuk rakyat dan negara. Ini jauh berbeza dengan pelancaran manifesto PR di Shah Alam Convention Center (SACC) pada 25 Februari 2013 yang lalu di mana anggaran kehadiran hanya sekitar 1,000 orang sahaja, menunjukkan kurangnya kepercayaan penyokong PR dan orang ramai terhadap manifesto PR. Mana nak ada sambutan hangat dari rakyat bila mana pada pandangan PR, manifesto bukannya satu perjanjian sebaliknya sekadar janji kosong dan umpan politik yang ditaburi kemudian dimungkiri. Sebab itu bila sebut saja istilah "Janji Dicapati" ramai yang akan terbayang wajah-wajah munafik pemimpin PR. Sebaliknya Manifesto BN jelas sekali menarik perhatian rakyat kerana bak kata PM, ia adalah satu dokumen akujanji BN kepada rakyat, maknanya ia satu perkara yang serius yang mesti ditunaikan. Ia manifestasi kesungguhan pemimpin BN yang pasti akan dilaksanakan dan bukannya janji palsu atau dilakukan secara semberono tanpa kajian teliti. Setiap yang diungkapkan oleh PM dan dinukilkan dalam Manifesto BN ia adalah akujanji yang realistik yang akan ditepati. Justeru itu, memanglah wajar pada PRU13 yang dijangkakan berlangsung tidak berapa lama lagi, rakyat Malaysia membulatkan tekad untuk memastikan BN terus kekal menguasai Kerajaan Pusat dan kembali mengurus tadbir beberapa Kerajaan Negeri yang sebelum ini jatuh ke tangan munafik PR.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun