Skip to main content

Sokong Najib Bererti Sokong Semua Calon BN


                                                             


Di saat-saat akhir pilihanraya, pembangkang terus cuba memomokkan rakyat bahawa menukar kerajaan bukanlah sesuatu yang harus dikhuatiri kerana mana-mana parti pun pasti akan cuba berbuat yang terbaik untuk rakyat. Dalam pada itu, pembangkang terus menonjolkan Barisan Nasional sebagai bukan sebuah parti yang baik, manakala parti mereka adalah yang terbaik. Hakikatnya, menukar kerajaan bukanlah perkara kecil dan boleh dicuba-cuba dan diperbetulkan kembali dengan mudah. Sekali kita menukar kerajaan, beberapa polisi akan turut berubah sama yang mana tidak semudah itu untuk diubah pula jika tidak berpuas hati. Apatah lagi jika kerajaan baru itu mengambil langkah awal menghapuskan atau menukar semua platform bagi menyukarkan polisi tersebut diubah kembali ke asalnya. Lihat saja bagaimana Presiden Morsi di Mesir yang mendapat kuasa melalui pemberontakan kini menyusun prosedur dan undang-undang baru bagi menghapuskan apa jua peluang bagi orang lain menjatuhkannya melalui cara yang sama, termasuk menangkap mereka yang mengkritiknya. Apa yang berlaku kepada rakyat Mesir tidak mustahil berlaku di Malaysia, iaitu terpedaya dengan pihak yang ingin merampas kuasa kerajaan yang ada tetapi berakhir dengan mendapat kerajaan yang jauh lebih kejam. Bak kata pepatah, sia-sia saja rakyat Mesir lari dari mulut harimau tetapi akhirnya masuk ke mulut buaya. Malaysia adalah negara yang jauh lebih ‘rapuh’ dari Mesir dan juga jauh lebih ‘muda’. Oleh itu tindakan menukar kerajaan tentulah jauh lebih berisiko lagi. Ini kerana kita bukan sahaja berhadapan dengan risiko ketidakstabilan kerana diperintah oleh tiga orang pemimpin kuku besi dari tiga parti yang sering bertentangan prinsip, tetapi juga berhadapan dengan kemungkinan terhapusnya keseluruhan sistem dan budaya bangsa asal negara ini dengan terbuangnya Raja-raja Melayu yang merupakan cita-cita azali Parti DAP. Kita juga mungkin berhadapan dengan risiko kehilangan kedaulatan jika dilihat dari bantuan-bantuan asing yang dipohon dan diberikan oleh rangkaian zionis kepada Parti PKR. Malah, kita juga mungkin berhadapan dengan pemerintahan ala Taliban, mundur, chauvinis, kejam, tidak adil dan terkebelakang bagaikan zaman jahiliah jika dilihat dari mentaliti PAS yang mengambil sikap tidak apa jika puak mereka terlibat dalam skandal melibatkan wanita tetapi di masa yang sama mengambil sikap tertutup terhadap hak-hak wanita. Dengan semua kemungkinan ini bercampur-baur, adalah mustahil bagi kita untuk menggambarkan satu pemerintahan yang stabil di bawah kerajaan PR. Apatah lagi apabila PR telah terbukti gagal menjadi kerajaan yang baik di negeri-negeri yang diperintah mereka. Mengambil kira semua risiko ini, terbukti rakyat tidak mampu membuat pilihan yang salah dalam pilihanraya. Rakyat wajib memahami bahawa pilihanraya ini bukan lagi berkisar tentang hal setempat, atau diri sendiri atau calon. Pilihanraya kali ini perlu dilihat dari gambaran yang lebih luas iaitu soal masa depan negara, dari segi kedudukan agama Islam, bangsa dan kedaulatan, sekali gus diri sendiri, keluarga dan generasi masa depan. Oleh itu, jika kita yakin dengan kepimpinan Dato’ Seri Najib, maka kita wajib yakin dengan calon pilihannya. Bagaimanapun, kita percaya yang rakyat Malaysia kini sudah jauh lebih matang dan terbuka untuk menilai keadaan. Rakyat juga sudah cukup lali dengan masalah cantas-mencantas dan sabotaj-mengsabotaj siapa saja yang terpilih nanti. Justeru, usah terpedaya dengan pihak-pihak yang berpolitiking keterlaluan itu, kerana kuasa memilih ada di tangan rakyat, bukan Ketua Bahagian atau Cawangan atau Ahli-ahli Jawatankuasa parti. Biarkan golongan yang masih tidak sedar itu berpolitik sesama sendiri, tetapi rakyat wajib menetapkan pendirian untuk memilih berdasarkan Parti - bukan calon. Pendek kata, jika anda memilih BN, maka anda wajib memangkah BN walau siapa pun calonnya. Ingatlah bahawa undi anda akan menentukan kerajaan, bukan hanya wakil rakyat di kawasan anda. Menilai dan memilih calon terbaik bukanlah mudah. Tetapi, menilai dan memilih sebuah parti politik itu adalah tidak sukar kerana kita hanya perlu melihat kepada diri kita dan sekeliling kita. Sekiranya, kita berada di dalam suasana aman dan selesa, negara pula tidak bergolak, suara dan ketidakpuasan hati kita diberi perhatian, peluang untuk berjaya ada di mana-mana, maka itu menunjukkan bahawa parti politik yang memerintah adalah cukup baik. Maka, jelaslah bahawa Malaysia bukan berada di mulut harimau pun, jadi kenapa kita perlu lari ke mulut buaya?

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun