Skip to main content

Tokoh akademik ramal BN menang PRU13

Pembubaran Parlimen yang diumum Perdana Menteri pagi tadi bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), telah menimbulkan banyak persoalan terutama di kalangan ahli politik, pemerhati politik, pelabur, ahli perniagaan atau rakyat biasa, apakah Barisan Nasional (BN) akan kembali diberikan mandat oleh rakyat atau sebaliknya. Namun apa yang pasti ia terpulang kepada kira-kira 13 juta pengundi yang akan membuat pilihan dalam menentukan mereka yang layak diberikan amanah dan tanggungjawab dalam mengurus tadbir negara. Seorang tokoh akademik yang ingin merungkai persoalan tersebut, telah melakukan kaji selidik dan analisa mengenai perkembangan politik negara percaya arus politik massa akan memihak kepada BN. Dalam wawancara khas bersama Bernama, Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Kamaruddin M Said, meramalkan BN mempunyai peluang untuk menang 2/3 kerusi parlimen pada pilihanraya umum ke-13 (PRU13). Ia merujuk kepada dasar dan perlaksanaan dasar yang dilakukan oleh kerajaan BN tetap jauh lebih baik dari Pakatan Rakyat. Selain daripada memang lebih 2/3 majoriti, beliau turut optimis BN akan dapat merampas semula kerusi-kerusi yang hilang pada pilihan raya yang lalu. Ini kerana para pengundi pada 2008, telah mula menyedari dan melihat kesilapan mereka 4 tahun lepas, ingin menebus kembali kesilapan yang pernah dilakukan itu. Kamaruddin mengakui bahawa pandangan beliau mungkin dianggap terlalu optimistik oleh sesetengah pihak tetapi pandangan ini berdasarkan kepada sentimen pengundi dan asas-asas yang memihak kepada BN. Dengan menyifatkan PRU13 sebagai pilihan raya penyelarasan, beliau berpandangan pengundi 2008 sudah dapat menilai baik buruk, kekuatan dan kelemahan kedua-dua pihak BN dan pakatan pembangkang (PR). Beliau turut bersandarkan kepada analisis yang optimis melalui kepimpinan kerajaan di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Kepimpinan BN sudah jauh berubah berbanding 2008. Dinamik, pemikiran yang lebih terancang dan langkah-langkah pembangunan yang strategik. Beberapa faktor ini difikirkannya akan mempengaruhi pengundi untuk memberi undi mereka kepada BN. Malah sebelum ini, badan pemikir swasta, Institut Kepimpinan Strategik Asia (ASLI) turut meramalkan BN akan memenangi PRU13 kerana sokongan masyarakat Melayu luar bandar telah kembali kepada Umno dan BN. Dalam analisis yang dibentangkan, ASLI berkata BN dijangka memenangi 123-135 kerusi dalam pilihan raya akan datang, tetapi boleh mencapai setinggi 150 jika Perdana Menteri berjaya menarik pengundi Cina dan India yang dilihat semakin cenderung dan selesa dengan pendekatan Datuk Seri Najib. Selain dari itu, kaji selidik yang dianjurkan Yayasan Ehwal Siswazah (YES) awal tahun lalu turut menunjukkan sokongan terhadap BN berada dalam keadaan kukuh di kalangan mahasiswa dengan 63% yakin bahawa BN akan menang dalam PRU-13. Tidak cukup dengan itu kaji selidik di negeri-negeri yang dikuasai oleh pakatan turut menunjukkan populariti Perdana Menteri meningkat. Kelantan sebagai contoh memperlihatkan tahap sokongan 60.8%, Kedah 63.8% dan Selangor 54.55%. Daripada semua responden ini, 40.1% telah dikenalpasti sebagai golongan atas pagar dan 80% daripada mereka ini pula telah bersedia untuk mengundi dalam PRU kali ini.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun